'I love you and you're mine'
KAKI melangkah keluar dari bilik mandi. Pintu ditutup. Wajah si isteri yang dicintai yang sibuk melihat baju di atas katil dipandang. Kekecohan yang berlaku di Mentari Holding's beberapa hari yang lepas masih lagi terngiang.Mujur kandungan Sara tidak apa-apa cuma ada sedikit lebam di punggungnya akibat jatuh terhentak di lantai. Kalau ada perkara buruk yang berlaku pada anak dalam kandungan isterinya, Najwa pasti akan menerima balasan.
"Ara," panggil Hail lembut kemudian dia naik ke atas katil dan duduk di sebelah Sara.
"Ye abang nak apa ?" balas Sara. Disusun baju yang telah dilipat mengikut jenis.
"Punggung Ara dah okay ? Kalau sakit lagi kita pergi check."
Sara hanya senyum.
"Tak sakit dah. Alah lebam sikit je, abang tak payahlah nak risau. Baby kita pun takda apa-apa."
"I'm sorry. Abang tak jaga Ara elok-elok. Kalaulah jadi sesuatu dekat baby dengan Ara, abang takkan dapat maafkan diri abang. Najwa pulak akan dapat balasan yang setimpal dari abang. Dia punca semua ni berlaku," ujar Hail.
"Ish tak naklah cakap macam tu. Takda siapa yang bersalah dalam hal ni. Memang apa yang Najwa buat tu salah tapi Ara tak suka nak simpan dendam dalam hati. Mungkin dia nak perhatian je kut. Kita tak payah fikir lagi pasal benda tu okay, now kita just fokus dekat our little baby yang bakal lahir ni," ucap Sara panjang. Tidak sabar rasanya nak tatap wajah si kecil yang bakal menghiasi harinya nanti.
Tangan Hail naik ke perut Sara, diusap perut itu penuh kasih. Dia bersyukur dapat memperisterikan seorang gadis yang berhati mulia seperti Sara.
"Ara," panggil Hail lagi.
"Hmm ?"
"Esok jom ikut abang."
"Pergi mana ?" dahi Sara berkerut seribu.
"Teman abang pergi meeting. Erina takda minggu depan, dia balik kampung. Susahlah dia takda," keluh Hail.
"Tak nak. Abang pergi ajak Razman. Abang dengan dia kan macam belangkas," tolak Sara.
Hail jebik.
"Please sayang...Razman pun ada kerja dia sendiri," pujuk Hail.
Dicucuk lengan Sara berkali-kali. Bila takda respon, Hail sengaja geselkan hidungnya pula pada bahu Sara.
"Tak nak. Ara bukan PA abang, I'm just your lovely wife. Ara nak rehat dekat rumah. Abang juga yang suruh Ara berehat tapi dia pulak yang ajak kita ikut dia tak malu."
"Eleh nak berehat konon. Sebelum ni abang tegah nak juga pergi office, sekarang ni dah lebam punggung tu baru nak berehatlah apa lah huh !" protes Hail.
"No mana ada. It's already 7 months, so I want to rest. Sebelum ni Ara pergi office pun bukannya Ara boleh turun site sebab Encik Zaqif tak bagi. Tu mesti abang yang suruh kan, dasar pendengki !" balas Sara.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...