BAB 40

1.9K 42 1
                                        

'I love you and you're mine'


SARA membuka matanya perlahan. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan, eh aku dekat mana ni ? Sara bangun, dia pandang ke sekeliling. Ini rumah aku tapi aku bukan dekat rumah ibu ke sekarang ni ? Desis hatinya.

Sara turun dari katil. Kakinya melangkah keluar dari bilik. Dia rasa macam biasa, Sara menuruni anak tangga satu persatu sehingga tiba di bawah.

Mata Sara tertumpu pada Hail dan Haiyan yang berada di ruang tamu. Sara pergi mendekati mereka namun dia rasa pelik, rasa macam jauh sangat sedangkan dekat ruang tamu je. Langkah dilajukan tapi tak sampai-sampai.

"Hail..."

Hail menoleh memandang Sara. Dia tersenyum. Senyuman manis Hail tu pun nampak pelik. Kenapa semua nampak pelik ni ?

"Ara, maafkan abang."

Tiba-tiba air mata Hail mengalir keluar. Sara kaget, kenapa suaminya tiba-tiba menangis. Apa yang dah jadi sebenarnya ni.

"Maafkan abang..."

"Hail a-apa awak merepek ni ?" soal Sara. Masalahnya sekarang ni kenapa dia tak sampai lagi dekat ruang tamu itu.

Makin lama Sara rasa dia semakin menjauhi Hail dan Haiyan. Tadi dia berjalan tapi kini dia berlari. Punya dia nak kejar Hail tiba-tiba dia terjatuh ke dalam tempat yang sangat gelap.

"Hail ?"

Tiada sahutan. Tempat itu memang gelap, Sara tak nampak apa-apa. Mana Hail ? Mana Haiyan ?

"Ara, maafkan abang."

"Hail ! Awak dekat mana ?!" jerit Sara. Nafasnya mula terasa sesak.

Sayup-sayup sahaja suara Hail. Air mata Sara mula bertakung, dia takut ! Tangannya meraba-raba mencari jalan tapi tak jumpa.

"Hail mana awak ? Jangan tinggalkan saya. Tolong saya Hail !"

"Maafkan abang. Abang dah sakitkan hati Ara jadi abang kena pergi."

"Tak ! A-awak tak salah, saya yang salah. Saya ego, Hail please jangan pergi. Tolong keluarkan saya dari tempat gelap ni !" jerit Sara.

Telinganya dapat menangkap suara tangisan Hail. Dia dengar dengan jelas tapi dia tak nampak Hail, tempat tu sangat gelap.

"Abang pergi dulu. Jaga diri baik-baik."

"No ! Hail please jangan tinggalkan saya !!!" rayu Sara. Dia sudah tidak keruan.

"Maafkan abang..."

"JANGAN ! HAIL !!!" jerit Sara kuat.

Puan Latifah yang dengar jeritan Sara pantas naik ke bilik anak gadisnya itu. Dia nampak Sara masih terjerit dengan mata yang tertutup.

"Ara ! Kamu kenapa ni ?!"

Puan Latifah mula risau, dia menggoyang tubuh Sara kuat. Gadis itu terjaga, dia bangun dari tidur. Naik turun dadanya, peluhnya pula mula merinik di dahi.

Kau Milikku ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang