'I love you and you're mine'
HARI berganti hari dan minggu berganti minggu, sudah masuk 3 bulan projek di Shah Alam dan di Singapura masih berjalan mengikut prosedur dan susunan yang ditetapkan. Begitulah juga tempoh Sara dan Hail sebagai suami isteri.Kehidupan mereka masih sama, dipenuhi dengan peperangan mulut. Ada saja yang tidak kena di antara mereka. Masing-masing cari salah, kadang tu perkara yang digaduhkan tu pun benda yang remeh.
Hail dan Sara umpama angin monsun timur laut dengan angin monsun barat daya, kalau bertembung pasti akan menjadi ribut taufan yang dahsyat.
Pintu bilik Sara dibuka, kepala Hail menjengah ke dalam. Kosong ? Pintu bilik ditutup semula. Hail menghampiri meja kerja Erina.
"Erina, Puan Sara keluar tadi pukul berapa ?"
"Puan Sara keluar dalam pukul 10," jawab Erina.
"Dia pergi site ke ?" soal Hail.
Erina hanya mengangguk. Pukul 10, Hail memandang jam di tangan. Nak dekat pukul 12 takkan lama sangat pergi site. Sejak Sara diberi amanah untuk handle projek di Shah Alam, dia jarang berjumpa dengan gadis itu di pejabat. Kalau dekat rumah pun Sara asyik terperap je dalam bilik kerja sibuk membuat kerja.
"Okay nevermind, hari ni jadual saya apa ?"
Erina membuka tablet untuk menyemak jadual bosnya pada hari ni. Mata dan jarinya teliti mencari isi penting di dalam tablet tersebut.
"Pukul 2 nanti Encik Hail ada meeting dengan Dato Roslan after that Encik Hail ada meeting lagi dengan klien dari China. Hmm buat masa ni itu sahaja jadual Encik Hail and lagi satu tadi Encik Razman datang cari Encik," ujar Erina.
"Okay thank you, awak boleh sambung semula kerja awak," balas Hail.
Haiyoo meeting sana meeting sini. Eii penatlah, patut papa beria nak lepaskan syarikat ni dekat aku. Ni baru sikit kalau projek melibatkan klien yang besar lagi padat jadual Hail penuh dengan mesyuarat.
Hail mendail nombor seseorang, telefon diletakkan di telinga dan dia menunggu panggilan itu disambut.
"Hello Razman, tadi kau cari aku ke ? Nanti waktu lunch jumpa aku dekat tempat biasa. Aku ada benda nak bincang dengan kau, okay bye." Panggilan itu dimatikan. Sebelum keluar lunch setelkan kerja dulu, Hail menapak masuk ke dalam biliknya.
****
RAZMAN dan Hail duduk makan di restoran yang mereka sering lepak apabila menjelang waktu tengah hari. Razman menyedut jus tembikainya penuh nikmat, Hail pula sibuk dengan telefon.
"Haa ada apa kau nak jumpa aku ni ?" Razman bersuara.
"Aku yang patut tanya soalan tu, kenapa kau cari aku ?" soalan dibalas dengan soalan.
"Ouh aku nak ajak kau keluar lunch tapi kau takda, maybe doa aku makbul kut tup-tup kau call aku ajak keluar. Aku pun kaut je la rezeki takkan nak tolak maceh ye abang Hail belanja kita hehehehe," jawab Razman.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romansa[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...