BAB 4

2K 67 3
                                    

'I love you and you're mine'


HAIL menggosok kepalanya menggunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Hail hanya memakai jogger pant dan tiada sehelai baju yang tersarung di badannya. Memang dari kecil Hail suka tidur hanya memakai seluar.

Handphone di atas katil dipandang sekilas, dia dah tidur ke ? Tuala yang digunakan tadi dicampak ke dalam bakul.

Hail terus merebahkan badan yang terasa letih, handphone dicapai dan menaip sesuatu pada telefon itu.

Chantik 🐯

Hey, are you okay ?

Hail menghantar mesej itu. Handphone diletak di atas dada, sementara menanti Sara membalas mesej tersebut Hail mula termenung.

Tiba sahaja di kereta, Hail menoleh melihat Sara kembali. Dia sengaja menunggu sehingga gadis itu pulang. Dia duduk di dalam keretanya sambil menunggu.

Nampak sahaja Sara masuk ke dalam grab, Hail baru menghidupkan enjin keretanya. Hail mahu mengekori Sara sehingga gadis itu betul-betul selamat sampai di rumah.

Hail mengekor grab itu dari jarak jauh supaya tidak timbul sebarang kecurigaan. Dia pelik kenapa macam jauh je rumah Sara. Hail rasa dia pernah datang sekali ke rumah Sara sewaktu keluarga Sara mengadakan kenduri kesyukuran sempena Shamir mahu berangkat ke United Kingdom.

Apabila grab berhenti di hadapan sebuah rumah, Hail pun memberhentikan kereta. Agak jauh sedikit tapi masih boleh melihat Sara dengan jelas.

Mata Hail menangkap Sara turun dari grab lalu memeluk seorang perempuan. Dia...dia menangis ? Hail macam kenal perempuan yang Sara peluk, itu bukan Azura ke ?

Akibat terlepas pandang, kelibat mereka berdua hilang. Hail mula gelabah, mana diorang pergi ?

Hail menunggu sehingga Sara keluar dari rumah itu. Hatinya diselubungi rasa risau tambah pulak nampak gadis itu menangis lagi la menyeksa jiwa dan raganya.

Tidak lama selepas itu ada satu kereta masuk lalu berhenti di depan rumah Azura. Hail nampak Shamir keluar dari kereta itu kemudian dia nampak Sara yang baru keluar dari rumah.

Lega hatinya apabila nampak Shamir. Eh kenapa aku beria risau pulak ni ? Kereta Shamir berlalu pergi.

Hail memandu keretanya dan berhenti di hadapan rumah Azura. Azura yang baru nak masuk ke dalam rumah terhenti apabila nampak keretanya.

Macam kenal je kereta ni, tapi di mana ya ? gumam Azura dalam hati.

Mata Azura serta merta membulat apabila pemandu kereta itu keluar. Bos ?! Biar kebenaran !!

"Eh bos ! Bos buat apa dekat sini ? Macam mana bos tau alamat rumah saya ni ?" ucap Azura agak terkejut.

Hail hanya tersenyum, hanya Azura seorang sahaja yang memanggilnya dengan panggilan 'bos'. Pekerja yang lain memanggil Hail dengan panggilan 'Encik Hail'. Azura merupakan pekerja yang terbaik di Mentari Holding's.

"Saya kan bos, mestilah saya tau semua pasal pekerja saya. Urmm tadi tu Sara your friend, is she okay ?"

Azura tersenyum kecil, "Ooo bos ikut Ara la datang sini tadi. Boleh saya tau kenapa bos tanya pasal Ara ?"

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now