'I love you and you're mine'
TELEFON Sara berbunyi. Sara tidak mendengar deringan telefonnya kerana dia sedang sibuk memasak makan malam di dapur."Ara ! Telefon awak bunyi ni !" laung Hail di ruang tamu.
"Abang tolonglah angkat call tu, Ara tengah masak ni. Jangan asyik tengok tv aje !" balas Sara.
Hail jebik. Orang tengah syok layan cerita sibuk suruh angkat call desis hatinya.
Lambat-lambat Hail berjalan ke meja makan. Telefon Sara terletak di atas meja itu. Hail baru nak angkat panggilan tersebut tetapi deringan itu terhenti.
Sara yang baru selesai masak datang menghampiri Hail. Tangan yang masih basah dilap pada apron yang tersarung di badannya.
"Siapa call ?" soal Sara.
"Ibu."
"Ibu ? Kenapa ibu call waktu macam ni. Selalu dia whatsapp saya je," omel Sara.
"Manalah abang tahu, ibu awak kan. Eh dah siap masak belum ? Abang lapar dah ni," ucap Hail sambil tangan mengusap perut yang tidak henti berbunyi.
Sara jeling kepada Hail. Lelaki itu hanya tersengih, eii makan pandai bila minta tolong masak dekat dapur macam-macam alasan Hail bagi.
"Nak makan je tau. Jom tolong Ara ambil lauk dekat dapur," ajak Sara.
"Aye aye maam ! Tapi Ara tak nak call ibu balik ke, kut-kut ada hal penting ibu nak bagitau."
"Lepas kita makanlah. Dah jom tolong Ara ambil lauk."
Hail mengikuti langkah Sara ke dapur. Harum semerbak dapur itu dengan bau ayam masak kari hasil air tangan Sara.
Berulang-alik pasangan suami isteri itu dari dapur ke meja makan. Mereka berdua sama-sama menghidang makanan makan malam mereka.
Sekali lagi telefon Sara berbunyi. Dengan pantas Sara menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum ibu."
"Waalaikumsalam. Kenapa susah sangat nak angkat call ibu, kamu buat apa je," bebel Puan Latifah.
Muka Sara berkerut. Dijauhkan sedikit telefon daripada telinga, sakit apabila mendengar suara nyaring ibunya.
"Ara masaklah dekat dapur tadi. Ni kenapa ibu call, ada apa-apa benda penting ke ibu nak bagitau Ara ?"
Hail hanya memasang telinga mendengar perbualan antara ibu mertua dan isterinya.
"Ibu nak bagitau yang mak cik Aini dah meninggal sekitar jam 6 petang tadi," ujar Puan Latifah.
"Innalillahiwainnailaihirojiun, ye ke ibu. Ni ibu dah ada dekat mana sekarang ?"
Hail diam. Walaupun perut tengah lapar namun dia tahan.
"Ibu on the way ke sanalah ni dengan ayah. Kamu bersiap cepat lepas tu terus ke rumah arwah. Nanti kita jumpa dekat sana," ucap Puan Latifah. Matanya melihat jalan raya di hadapan.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romansa[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...