BAB 23

1.4K 40 0
                                    

'I love you and you're mine'


HAIL mengatur langkah turun dari bilik. Sara yang sedang sibuk memasak sarapan pagi dihampiri. Hail memeluk Sara dari belakang, dikucup lembut belakang leher isterinya sebelum dia melabuhkan dagunya di bahu gadis itu.

Perut Sara yang sebelum ini kempis tetapi kini sudah berubah bentuk diusap lembut. Pejam celik pejam celik, kandungan Sara sudah mencecah usia 6 bulan. Alhamdulillah, Sara berjaya menjalani kehidupan sebagai ibu mengandung dengan sempurna.

Sara tak banyak kerenah yang pelik-pelik sepanjang tempoh kehamilannya tapi masalahnya dia manja bebenor. Asyik nak melekat aje setiap masa. Tak boleh nak berenggang langsung, kalau dimarah nanti merajuk pulak.

Makan breakfast kena suap. Mandi kena teman lepas tu tidur pulak nak kena didodoikan. Alahai nasib ! Mujurlah Hail ni jenis yang rajin melayan perangai Sara.

Memanglah Sara tak banyak kerenah tapi celotehnya tu yang mula terserlah. Kerja nak membebel aje dekat rumah. Ni kalau baby lahir nanti banyak mulut dah tau dah turun dari siapa.

"Anak daddy tolong ibu buat breakfast ke ?" ucap Hail. Perut Sara diusap lagi.

Sara memusingkan badan. Muka bangun tidur suaminya ditatap. Rambut Hail yang kusut masai dikemaskan walaupun rambut tu tetap akan serabai tapi Sara nak betulkan juga rambut itu.

Tadi Hail yang memeluk pinggangnya tapi kini Sara pula yang melingkarkan tangannya pada pinggang lelaki itu. Seperti biasa Hail cukup gemar tidak memakai baju dan hanya berseluar semasa tidur jadi setiap pagi mata Sara akan dihidangkan dengan tubuh sasa suaminya.

"Eii selekehnya suami Ara ni."

Hail hanya senyum mendengar ucapan itu.

"Dah siap masak belum ? I'm hungryyyy~" ujar Hail meleret.

"Dah siap dah tapi abang belum mandi. Pergi mandi dulu lepas tu baru kita breakfast sama-sama."

"No ! Nak makan sekarang. Nanti abang nak keluar jumpa Razman. Kita breakfast dulu and then abang boleh naik mandi dan terus keluar," cadang Hail.

"Okay fine."

Hail tersengih ceria. Cepat-cepat dia mahu pergi ke meja makan tapi Sara lebih pantas menghalang.

"Aip ! Tolong Ara hidang makanan ni. Jangan nak mengelak ye, perut Ara dah bulat macam ni pun abang tak kesian ke ?"

Hail tersipu malu. Segera dia membantu Sara menghidang sarapan pagi di meja makan. Sara pula berjalan perlahan menuju ke meja sambil membawa pinggan makan.

Ouh ya sebelum terlupa mesti ada orang yang nak tahu pasal Syed Azmi kan ? Selepas perginya Puan Aini, Azmi menghilangkan diri. Sudah 4 bulan berlalu pihak polis masih tidak dapat menjejaki Azmi. Tiada langsung khabar berita tentangnya. Masih hidup lagikah lelaki itu ?

Najwa Aliya pula hmm macam biasa dia masih menaruh harapan. Setiap hari gadis itu datang ke Menteri Holding's untuk berjumpa dengan Hail. Tapi dia tak berjaya untuk memasuki Mentari Holding's kerana dihalang oleh pengawal. Ada sekali Najwa berjaya masuk ke lobi tapi dia kena heret keluar.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now