'I love you and you're mine'
HAIL duduk melepak di warung mamak sambil menunggu seseorang. Walaupun dia dikategorikan dalam golongan orang kaya tapi tidak semestinya kena makan di tempat yang mewah sahaja.Lebih berbaloi makan di warung biasa kenyang pun kenyang harga pula sudah tentu murah. Tak macam makan dekat hotel, harga mahal tapi makanannya seciput je dalam pinggan sekali suap dah habis.
Siapa kata Hail anak orang kaya tak pernah jejak kaki dekat warung-warung tepi jalan tu, itu lah tempat favourite dia selalu pergi. Paling dia suka teh tarik kaw yang terlebih kaw manisnya dengan dia punya pekat likat perghh layan beb.
Hail menanti dengan sabar. Sesekali matanya melihat jam di pergelangan tangan.
Bibir Hail tersenyum apabila seseorang yang dinanti telah tiba. Dia melambaikan tangan kepada temannya itu.
"Shamir ! Long time no see bro, kau apa khabar ? Eh, jemput duduk dulu kita order minum ke makan ke aku pun tak order apa-apa lagi ni," ujar Hail gembira.
Sudah sekian lama Hail tidak bersua muka dengan Shamir. Kali terakhir mereka berjumpa ketika mereka sama belajar di United Kingdom.
Shamir berjabat tangan dengan Hail lalu memeluk temannya erat. Dia juga turut berasa gembira kerana dapat bertemu dengan Hail kembali.
Shamir menarik kerusi sebelum duduk di hadapan Hail. Banyak benda yang ingin diborakkan terutama sekali tentang gosip Hail bersama Sara.
"Alhamdulillah, sihat je. Kau balik sini tak bagitau aku pun tup-tup dah jadi pemilik syarikat papa kau."
Hail tersengih malu, bukan tidak mahu tapi banyak benda yang harus diselesaikan itu yang tak sempat nak jumpa kawan-kawan lama semula.
"Alah kau ni jangan cakap macam tu. Takpa nanti kita buat reunion, kita kumpul ramai-ramai okay ? Hmm sekarang kau kerja apa ? Lawyer ?" tanya Hail.
"Haah," balas Shamir.
Hail mengangguk perlahan, ouh peguam patut aura dia lain macam. Bagus la tu sekurangnya Hail boleh minta tolong pada Shamir kalau ada kes yang melibatkan mahkamah.
"Mesti banyak kes kau berjaya handle kan ?"
Shamir mengusap belakang lehernya, memang la banyak tapi bukan senang nak buat.
"Tengok la siapa, Shamir Iman kan kawan paling hebat yang kau ada abad ini," ucap Shamir bangga.
Hail mencebik, ceh riak ! Tau la hebat daripada aku.
Shamir ketawa apabila melihat reaksi Hail terhadapnya. Jadi peguam ni banyak cabarannya tapi disebabkan menjadi peguam adalah cita-cita Shamir sejak kecil, kini Shamir berjaya mencapai impiannya dengan sempurna.
Hail memanggil pekerja warung di situ untuk mengambil pesanan mereka. Lama-lama bersembang kering jugak tekak dibuatnya.
"Mau minum apa ?"
Hail berfikir seketika, banyak benda yang dia nak minum dan makan di situ. Semuanya sedap-sedap belaka.
"Kasi saya milo 'o' panas satu dengan....kau nak minum apa Sham ?"
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...