BAB 39

1.6K 44 8
                                    

'I love you and you're mine'

"ASSALAMUALAIKUM !"

"Waalaikumsalam, lah Azura ke. Meh jemput masuk," pelawa Puan Latifah.

Puan Latifah membawa Azura ke ruang tamu. Azura menempatkan punggungnya di atas sofa. Sudah lama dia tidak datang ke sini, kali terakhir masa uruskan majlis perkahwinan Sara.

"Mak cik sihat ?" soal Azura.

"Sihat, Alhamdulillah. Lama Zura tak datang ke rumah mak cik ni," jawab Puan Latifah seraya tersenyum.

"Hehehehe sorry mak cik. Saya busy sikit banyak kerja dekat office."

"Takpa-takpa mak cik faham. Orang kuat bekerja memang macam tu. Kamu datang nak tengok Ara ye, dia ada dekat atas tengah susukan baby. Pergilah naik," ujar Puan Latifah.

Azura terus menapak naik ke atas. Dia mengetuk pintu bilik Sara sebelum melangkah masuk ke dalam.

"Hai beb !"

"Shh ! Anak aku nak tidur, slow sikit suara kau tu," marah Sara. Dia menepuk-nepuk punggung Haiyan perlahan.

"Opss sorry-sorry," balas Azura perlahan. Dia mendekati Sara yang mahu menidurkan Haiyan. Beg kertas bersaiz besar diletakkan di tepi katil. Azura mengambil tempat di sebelah Sara.

Sudah 2 minggu Sara menjalani tempoh berpantang di rumah Puan Latifah. Masa mula-mula tu Sara rasa janggal nak uruskan Haiyan tapi sekarang dia sudah handal. Mujur Haiyan tak banyak ragam, si kecil itu hanya merengek apabila lapar atau pampers sudah penuh.

Hubungan Hail dan Sara masih sama. Sara masih dingin terhadap suaminya namun setiap hari Hail akan datang untuk berjumpa dengan Haiyan. Lepas jumpa Haiyan, Hail akan balik. Begitulah rutin harian Hail setiap hari.

Hail ada juga cuba untuk berkomunikasi dengan Sara tapi gadis itu asyik mengelak. Hail rasa macam dah takda cara lain nak pujuk Sara tapi sampai bila ? Sampai Haiyan dah besar atau hubungan mereka berdua memang takkan kembali seperti dulu.

"Hello Haiyan. Ni aunty Zura datang bawak present untuk Haiyan," ucap Azura teruja.

Azura mencuit pipi tembam milik Haiyan. Dahi Haiyan berkerut kerana terasa diganggu. Sara hanya tersenyum melihat anaknya.

"Hadiah apa lagi kau bawa tu ? Kau tau tak Haiyan dapat banyak gila hadiah dari belah family ibu dengan ayah aku. Aku tak tahu nak simpan dekat mana dah," ujar Sara.

Itu baru family belum campur lagi hadiah dari pekerja Puan Latifah. Jiran-jiran dekat sini pun ada yang bagi, haih untung Haiyan.

"Alah ini hadiah aku yang bagi. Kau nak ke tak nak, kau kena terima juga. Penat aku cari tau, aku cari semuanya cute-cute khas untuk si handsome ni," balas Azura. Dia mencuit lagi pipi Haiyan. Eii geram rasa nak gigit je pipi tu !

"Hmm ye lah, terima kasih. Nah pegang anak aku ni, aku nak cuci botol susu Haiyan dekat dapur sekejap."

Haiyan bertukar tangan. Azura kekok, terkial-kial dia mahu menyambut Haiyan dari Sara. Sara pula mengulum senyumannya, aduh macam mana nak jadi mak ni. Pegang baby pun teragak-agak.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now