BAB 12

16.2K 571 17
                                    

Alhamdullilah kenyangnya. Sebelum aku dan Tengku Rayyan mulakan rancangan aku. Aku kena la isi tenaga. Hanya aku yang makan di warung pak putih ni. Kenapa la irang dulu ii nama diberi nama pelik ii. Tengku Rayyan tetap dengan telefon kesayangan dia tu. Kadang-kadang aku teringin nak jadi telefon tu. Selalu kena pegang dengan Tengku Rayyan, dan jadi benda penting bagi hidupnya. Takpa, kalau aku dapat tawan hati si Tengku ni, telefon berjenama iphone tu aku campak dalam kolam ahaha biar kat dia baru padan muka.

"Sofea.." Lamunanku terhenti. Aku menatap wajah kacak itu.

"Ye syg..eh tak maksud saya emm..ya Tengku" Apabila aku memanggilnya dengan panggilan sayang wajah Tengku Rayyan terus merubah. Ya Allah kenapa la mulut aku ni,kan dah malu.

"Ehem..hem nanti kau drive kereta aku tu"

"Hah?! Biar betul ni Tengku'' ish biar betul singa ni, nanti kalau apa ii jadi kat kereta Lykan dia, aku tak nak tanggung.

"Yela dah kau yang rancang, lagipun aku manalah tau kau nak bawa aku pergi mana?" Kata Tengku Rayyan lalu menghulurkan sengugus kunci kereta Lykan. Tengku Rayyan berlalu pergi. Aku menelan air liur dengan kasar. Terketar ketar tangan aku memengang kunci kereta mewah ni.

"Woii lembapp"

Apabila terdengar jeritan Tengku, aku terus berlari memasuki ke dalam perut kereta.

*****

"Assalamuaalaikum" Amelia memanjangkan lehernya melihat kearah tingkap. Amelia mengeluh dengan kasar.'hais nak layan drama kejap pon tak boleh..sapa la yang datang ni?'

"Adikk Lia..kak Ana rindu tau dengan liya" Raihana memeluk tubuh genit Amelia. Amelia menaikkan anak matanya keatas,rimas. Amelia mengukirkan senyuman yang penuh kepura-puraan.

"Adik liya..emm..kak Aina mana?" Raihana memanjangkan leher untuk lihat isi dalam rumah, tak ada adab sungguh.

"Kak aina tak de"

"Hah!dia pergi mana"

'Kalau sesapa yang datang sini cari aku...jangan kata aku keluar dating tau..kata aku keluar cari keje paham..soal sebab nanty aku bagi.. Ok bye' pesanan dari Aina menerjah pikirannya.

"Emm..dia keluar cari keje"

"Keje?! Aik peliknya"

" Apa yang pelik?" Amelia masih mengawal riak wajahnya.

"Bukan dia dah keje ke dengan mak temah jadi cleaner kat syarikat Tengku's Holding tu" Terasa kelat tekak Amelia.

"Ehem..memangla tapi dia nak cari duit keje lebih" Raihana hanya mengangguk kepala.'harap ii dia percaya.

"Emm ok la nanti kak Ana datang lagi tau,love you" Lambai Raihana sambil masuk kedalam perut kereta Vios.

"Hate you gedikss" Amelia berjalan melabuhkan punggungnya di tempat yang tadi dia duduki.

Aina dan adiknya amat berbeza perwatakkan. Aina walaupun memiliki badan yang besar tapi hatinya begitu lembut. Aina seorang yang suka pendam perasaan hati,itulah mana ii lelaki yang pernah dia minati tinggalkannya tanpa mengetahui perasaan cinta Aina. Aina sensetif bila orang mengatakan dirinya gemuk tapi dia hanya mampu tersenyum walaupun sakitnya dalam hati takkan mudah sembuh. Berbanding adik Aina, Amelia amat kasar dan takkan pernah jaga hati orang yang tak pernah jaga hatinya. Walaupun sekasar Amelia dia amat menyanyangi kakaknya. Dia tahu tekad Aina yang tak mahu kehilangan Tengku Rayyan. Amelia juga tahu yang Aina tak mahu pisang berbuah dua kali. Biarla kesakitan yang lama digantikan dengan kebahagiaan yang baru.

Gemuk VS Mafia (Complete)Where stories live. Discover now