"Kamu ni ada masalah ke Amelia?""Kenapa ibu tanya macam tu? Lia tak ada masalah la"
"Habistu kenapa tiba-tiba balik kampung je ni?"
"Alooo nak balik jumpa ibu abah tak boleh ke?" Amelia memucungkan mulut.
Puan Fatma menahan tawanya. Rindu pulak dia kepada Aina Sofea. Makanan yang dia masak pasti tak akan dibuang. Selalunya pasti habis dimakan oleh Aina Sofea.
Amelia tahu apa yang difikirkan Puan Fatma. Dia pun rindukan kakaknya itu.
"Ibu...ibu rindukan kakak ke?"
"Ibu mana tak rindukan anak dia Amelia? Ibu nak sangat jumpa kakak kamu. Dah masuk 5 bulan dah kita tak jumpa dengan dia."
Bukan Puan Fatma sahaja tak berjumpa Aina Sofea. Amelia pun sudah 5 bulan tak berjumpa kakaknya. Bukan dia tak cuba call Aina Sofea, sudah banyak kali dia menghubungi Aina Sofea tetapi suara operator pula yang mengambil alih. Amelia bukan mahu bercakap dengan gadis operator tu, dia mahu bercakap dengan kakaknya. Operator tu suka mengacau life orang. Huh..
"Awak masak apa tu Fatty?"
"Eh abang ni...sama macam Amelia. Suka bagi Fatma terkejut. Fatma masak simple-simple je"
Encik Kamil mula mengaru kepala yang tidak gatal. Simple?! Ayam goreng, sotong goreng kunyit, ayam masak lada, ulam-ulaman,sambal belacan, sup daging campur dan asam pedas ikan pari. Air yang dihidangkan satu jenis sahaja iaitu Teh O Ais.
"Sayang..ni bulan apa?"
"Bulan emm..bulan februari kot? Kenapa abang tanya?"
"Yela awak masak semua ni macam kita nak berbuka puasa saja. Banyak sangat la awak masak. Lainla kalau ada Sofea.."
Encik Kamil terdiam diikuti oleh isteri dan anaknya. Kesedihan sudah bertandang di hati mereka bertiga.
"Ab..abang nak ambil wudhu dulu..lauk yang lebih nanti bungkus bagi kat jiran.."
**********
Cantik pula baju ni. Tapi kenapa Tengku Rayyan tiba-tiba je bawa aku pergi rumah mama dia. Arghh..tak mungkin..dia nak perkenalkan aku kat mama dia ke?..huii tak sabarnya.
Baju dress yang diberi oleh Tengku Rayyan aku sangkutkan di almari. Pada mulanya aku tidak faham kenapa tiba-tiba je Tengku ni nak aku pakai baju tu. Tapi bila dia kata nak bawa aku pergi rumah Tengku Isma hati aku mula berbunga.
Nak make-up tak? Tak payah la. Just be yourself Sofea. Wait the minute, aku pakai lipstick,maskara dan eyeliner dah la. Hah! Jangan lupa bedak compact.
Aku menilik wajah aku di cermin besar. Cantik la aku ni hihi.
Nak berangan kejab la. Mata aku dipejamkan. Aku turun tangga dengan perlahan. Satu persatu aku susuri. Tiba-tiba lengan aku terasa sakit. Bila aku membuka mata,aku melihat Tengku Rayyan berada disebelah aku.
"Kau jangan nak berangan sangat la. Aku dah lewat ni! "
"Ehh.. Tengku..bukan majlis tu start pukul 9 ke? Sekarang baru pukul 8:30 malam"
"Aku dah lewat nak ambil awek aku la..kau apa tahu? Huh!"
Awek?! Apa yang suami aku merepek ni?. Ya Allah tabahkanlah hati hamba mu ini.
"Siapa yang dapat curi hati awak tu?" Aku memberikan senyiman palsu kepadanya.
"Kalau aku bagitahu kau, kau kenal ke?"
![](https://img.wattpad.com/cover/167031504-288-k983541.jpg)
YOU ARE READING
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...