Tengku Rayyan berjalan kearah Wafiy dengan perlahan-lahan. Dengan kiraan 3 dia terus melayangkan satu tumbukan di pipi Wafiy. Wafiy jatuh terduduk selepas menerima tumbukan padu dari Tengku Rayyan. Tengku Rayyan mengurut pengelangan tangan sambil mencerlungkan mata kepada Wafiy.
"Nasib tak kena rogol. Kalau kena.. Fea bunuh diri, jadi hantu lepastu fea gigit abang macam vampire" Kata Aina Sofea selepas melepaskan diri dari ikatan longgar Tengku Rayyan. Tengku Rayyan tergelak kecil mendengar gurauan si isteri.
"Gigitlah! Abang tak pernah takut. Ala sayang tak payah la susah-susah nak bunuh, nak jadi vamp bagai. Selama ni, sayang dah sememangnya vamp pun. Abang bangun pagi, dah penuh dengan lovebite kat dada, leher abang ni" Seloroh Tengku Rayyan. Aina Sofea menutup muka yang berbahang itu.
"Oii..korang ni memang sweet tak bertempat ek! " Bengang pula dia dengan pasangan yang berada dihadaoannya sekarang.
"Kau diam! Suka hati makbapaklakitirimakkau aje nak cium bini aku" Bentak Tengku Rayyan. Aina Sofea menjauhi mereka berdua. Takut juga kalau-kalau diorang ni bertumbuk lepastu menarik dia sekali dalam pergaduhan itu. Habislah muka tembamnya ini, makin tembam la.
"Suka hati makbapaklakitirimakaku la nak cium sapa-sapa pun. Tak kacau life kau pun" Amboi tiru nampak.
"Ehh suka hati mak.."
"Hoi korang ni bila nak habis dengan makbapaklakitirientah tu! Seronok sangat dia sebut nak makbapak tu. Nanti makbapak korang muncul depan korang baru nak tahu" Aina Sofea mengomel. Kalau duduk sebut benda yang sama saja, sampai bila diorang nak selesaikan masalah ini. Tengku Rayyan tersengih.
Buk..
"Abang!" Aina Sofea berlari mendapatkan Tengku Rayyan yang terjatuh akibat diserang hendap oleh Wafiy.
"Kau pengecut"
"Eh kalau aku tumbuk kau senyap-senyap kau kata pengecut. Habis kau tu tak pengecut"
"Aku tak pa" Tengku Rayyan cuba bangun. Aina Sofea menaikkan mata keatas lalu membantu Tengku Rayyan.
"Mana aci la"
"Aci kat india!" Selamba Tengku Rayyan. Aina Sofea tergelak kecil. Mereka langsung tidak ambil serius tentang hal ini.
"Boleh tak kau serius? Aina, saya rasa awak salah pilih suami. Suami awak ni langsung tak matang. Arian cacat macam tu mesti ada yang tak kena pasal benih dia kan" Sinis sungguh kata-kata Wafiy. Tengku Rayyan mengempal penumbuk.
"Sayang tunggu abang kat luar" Aina Sofea berundur dengan perasaan teragak-agak.
Tak sampai 10 minit dia menunggu, Tengku Rayyan sudah keluar dengan pistol di tangan. Riak wajahnya begitu tegang sekali. Tangan gebu Aina Sofea ditarik oleh lelaki itu. Mereka menapakkan kaki menuju ke kereta.
Sepanjang perjalanan, tak ada satu suara yang terkeluar dari pasangan itu. Samaada di pihak Aina Sofea ataupun pihak Tengku Rayyan. Aina Sofea melemparkan pandangan ke luar. Di otaknya penuh dengan persoalan untuk disoalkan kepada Tengku Rayyan tetapi dia tidak tahu mahu menyusun ayat penyata. Kepalanya dipusingkan 150 darjah ke belakang. Muka Tengku Rayyan masih dipamerkan riak yang sama. Aina Sofea mengeluh lemah.
"Sayang..."
"Hmm" Aina Sofea mengambil lengan sasa Tengku Rayyan lalu memeluk dengan erat. Entah kenapa dia rasa nak bermanja dengan Tengku Rayyan sekarang ini. Tengku Rayyan tersenyum nipis.
"Abang..abang buat apa kat Wafiy?" Soal Aina Sofea dengan polos.
"Dia..emm nanti abang cerita ya" Pintq Tengku Rayyan. Tiba-tiba telefon Tengku Rayyan berdering.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
Roman d'amourAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...