BAB 46

22.6K 693 48
                                        

Arian mengelus lembut tangan Aina Sofea. Dari tadi dia tak berhenti menangis meminta Aina Sofea menyedarkan diri.

Tengku Rayyan melabuhkan punggung diatas sofa yang berada di tepi katil gadis itu. Kata doktor, Aina Sofea akan ditambah air di dalam badan sahaja. Tengku Rayyan memicit dahi. Dia memandang Arian yang memeluk tangan Aina Sofea.

'Kalaulah dulu kau pilih aku, mungkin hidup kau tak macam ni' bisik hatinya.

Sesekali dia melihat jam ditangan. Sekarang sudah pukul 8.00 malam. Sudah hampir 3 jam Aina Sofea tidak sedarkan diri.

"Uncle" Entah bila Arian mengambil tempat disisi papanya itu.

Tengku Rayyan hanya mendengar tanpa memandang wajah Arian. Arian memuncungkan mulut. Tiba-tiba Tengku Rayyan mendengar bunyi sesuatu. Bunyi macam orang tengah lapar.

Terbuntang luas Arian apabila perutnya berbunyi. Dia memegang perutnya. Pipi dikembungkan.

"Kau lapar ke?" Tanya Tengku Rayyan.

Arian mengelengkan kepala dengan laju. Dia cuba menidakkan kenyataan. Dia sebolehnya tidak mahu menyusahkan orang kerana mamanya memesan  jangan menyusahkan orang disekeliling kita.

" Aku tahu kau lapar." Tengku Rayyan berdiri. Arian mendongak.

"Jum makan." Tengku Rayyan mengajak .

Entah kenapa dia boleh bersikap baik akan anak itu. Bukan dia begitu membenci Arian. Kenapa dirinya jadi begini.

"Tapi mama.."

Dia melihat wanita yang lemah itu. Wajah yang pucat telantar  diatas katil hospital. Takkan mahu meninggalkan Aina Sofea seorang diri.

"Kau tunggu sini, aku pergi beli makanan".

Baru sahaja Tengku Rayyan mahu keluar. Tangannya ditarik. Arian menyerahkan duit Rm 20 ringgit kepada Tengku Rayyan.

" Maafkan Arian kalau Arian menyusahkan uncle. Ni duit, baki uncle simpan."

"Aku ada.."

"Arian tahu, tapi Arian taknak jadi beban sesiapa" Tengku Rayyan terkedu.

****

Aina Sofea membuka mata perlahan-lahan. Dengan sekali bau dia pun tahu dimana ia berada. Hospital lagi. Akhir-akhir ini kerap sungguh dia masuk hospital. Dan atas alasan yang sama. Kurang air dalam badan.

Dia cuba melihat sekeliling. Ruangan itu gelap. Ada bunga dan ada Diffuser Aromatheraphy disebelahnya. Dia mengosok rambutnya perlahan. Tiba-tiba dia tersentak.

"Arian!" Dia seakan panik.

Aina Sofea mahu menarik jarum yang di tangannya. Namun ditegah oleh seseorang. Sekali lagi pandangan mereka bertaut. Rindunya kepada lelaki itu meronta-ronta agar memeluk Tengku Rayyan. Tapi bila mengenangkan apa yang berlaku 5 tahun lalu, perasaan takut mulai menghantuinya.

" Mana anak saya?.Tolong jangan buat apa-apa dekat dia". Hampir terkeluar air mata Aina Sofea. Tangannya disatukan.

Aina Sofea memohon kepada Tengku Rayyan agar tidak melakukan perkara bodoh terhadap Arian. Sungguh peristiwa 5 tahun lalu masih melekat di memorinya.

Tengku Rayyan melepaskan pegangannya dari Aina Sofea. Dia menarik kerusi yang berada hampir disitu lalu melabuhkan punggung. Aina Sofea masih memerhati gerak geri lelaki itu.

" Sayang sungguh kau dekat dia. Sayang dia lebih dari aku." Ada nada kecewa disitu. Aina Sofea mengetap bibir.

Aina Sofea masih menunggu jawapan Tengku Rayyan. Dimanakah keberadaan anak polosnya itu. Tengku Rayyan tersenyum sini. Dia memeluk tubuh lalu memejamkan mata.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang