Tengku Rayyan meraup rambut ke belakang. Sudah 5 jam Aina Sofea hilang. Sungguh dia takut kalau penculik itu mengapa-apakan Aina Sofea. Dia mengangkat wajah memandang Tengku Raykal yang datang menghampirinya.
"Kau dah arahkan budak-budak cari Sofea ke?" Tengku Raykal menganggukkan kepala. Tangan lelaki itu diletakkan dia bahu Tengku Rayyan. Tengku Raykal menepuk bahu Tengku Raykal sebanyak 3 kali.
"Kau sabar ye. Aku yakin kita akan jumpa Aina"
"Argh..aku tak boleh duduk sini sampai polis dengan budak-budak kita jumpa bini aku. Aku kena cari diorang sendiri"
Tengku Rayyan menghampiri keretanya yang berada di tempat letak kereta yang berada di taman ini. Tapi dengan sekelip mata dia menangkap kelibat seseorang yang agak di kenali. Di tangan lelaki itu ada 2 bungkus nasi. 'Itu bukan Wafiy ke? '
Tiba-tiba hatinya menaruh perasaan syak wasangka. Cepat-cepat Tengku Rayyan memasuki ke dalam perut kereta lalu mengikuti kereta Wafiy yang sudah membelah jalan.
Selepas meredah perjalanan yang panjang, Akhirnya Tengku Rayyan sampai di sebuah rumah usang yang terletak di pelusuk hutan ini. Matanya diliarkan melihat tempat itu. Apabila dia melihat Wafiy turun dari kereta, dia pun turut berbuat sedemikian.
Tengku Rayyan menyorok di belakang sebuah tiang yang besar. Selesai sahaja Wafiy masuk, Tengku Rayyan berlari mengikuti lelaki itu.
"Makan" Tengku Rayyan mengintai figura Wafiy dengan seseorang. Perbualan mereka turut dia dengari.
"Taknak. Aku nak balik. Lepaskan aku" Tangan digengam dengan erat. Di bilik itu ada dua pintu masuk. Satu di depan dan satu di belakang. Tengku Rayyan masuk ke pintu belakang untuk melihat pemilik suara tersebut. Dilihat Aina Sofea yang menundukkan kepala dengan lemah. Tangan dan kaki diikat dengan ketat. Hati Tengku Rayyan meronta-ronta mahu memeluk Aina Sofea.
Wafiy menolak bungkusan nasi ayam di depan Aina Sofea. Matanya masih menatap gadis itu. Tidak lapar ke gadis ini?. Wafiy bangun berdiri sambil dia meletakkan tangan di dalam kocek seluar.
"Suka hati kau la. Nak makan ke tak! Aku tak kesah. Yang pastinya kau tetap milik aku" Wafiy melutut lalu memegang pipi tembam Aina Sofea. Bibirnya menetapkan sasaran.
Bam!!
Bunyi yang agak kuat dari bawah menghentikan perbuatan Wafiy yang terkutuk itu. Wafiy tersenyum sinis, dia mencium pipi mulus Aina Sofea dan berlalu pergi dari disitu.
Aina Sofea tidak ada kekuatan sekarang. Hendak melawan tangan dan kakinya telah diikat. Pergelanggan tangannya sudah menjadi kemerah-merahan begitu jugak kakinya. Dengan tiba-tiba badannya terdorong kehadapan. Ada makhluk yang memeluk badannya kini. Nak katakan Wafiy, dia dah keluar.
"Sayang.." Mata gadis itu sudah ada air yang bertakungan. Aina Sofea memusingkan badan mengadap Tengku Rayyan. Dia memeluk Tengku Rayyan dengan begitu erat.
"Abang, fea nak balik!..fea takut..abang jom balik" Rayu Aina Sofea didalam dakapan Tengku Rayyan. Tengku Rayyan menepuk belakang Aina Sofea dengan perlahan.
"Okok kita balik. Tapi kita kena tangkap Wafiy"
"Tak payah. Jum balik! Abang tak nampak ke dia cuba cium fea" Bentak Aina Sofea dengan keras.
"Abang nampak..dan pembetulan dia dah cium pun fea" Sakit pula dia mengingatkan perkara tadi. Kalau tak disebabkan dia membaling batu di tingkat bawah, mesti si Wafiy lahanat itu sudah mencium bibir isterinya.
"Dah tu! Jum la balik. Fea tak rela la kena cium macam tadi"
"Ala sayang berlakon la kejap. Abang nak tangkap dia"

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...