Tengku Rayyan masuk ke dalam gym dengan tergesa-gesa. Anak-anak buahnya yang berada disitu hanya bangun dan mengatakan selamat pagi. Tapi itu semua tidak penting bagi lelaki itu.
Tengku Rayyan melonggarkan tali tie yang menjerut lehernya. Dengan segala kekuatan Tengku Rayyan menumbuk punch bag dengan tumbukan bertubi-tubi. Api kebencian terhadap Arian semakin marak. Baginya Arian ada perhalang diantara dirinya dan Aina Sofea.
Ingatkan semalam dia dapat melepaskan rindu dekat Aina Sofea. Tak sampai beberapa minit mereka melakukan 'aktiviti' . Arian sudah terpekik melolong mahukan susu. Dan perkara itu telah mengundangkan lagi kemarahan Tengku Rayyan.
"Bos..you ada problem ke?" Soal Lim sambil mengerut dahi. Tiba-tiba Tengku Rayyan mendapat idea yang sangat bernas baginya. Bibirnya mula mengorakkan senyuman.
"Lim..aku rasa aku ada kerja untuk kau"
"Kerja?! Nak bunuh sapa pulak kali ni?"
"Nanti aku bagi gambar seorang perempuan ni tapi aku tak nak kau bunuh dia. Aku nak kau bunuh anak dia"
****
Awal-awal pagi lagi Tengku Rayyan keluar. Tak sempat untuk Aina Sofea mengucup tangan lelaki itu sebelum dia pergi kerja. Mungkin Tengku Rayyan masih marah tentang hal semalam. Semua ini bukan salah Arian atau siapa-siapa. Tapi salah dirinya sendiri. Kalau dia tidak terlupa untuk menyusukan Arian pasti bayi itu takkan menangis.
Rasa malu dirinya bila mengingati hal semalam. Aina Sofea menutup mata sambil menggelengkan kepala. Dia melangkahkan kaki menuju kearah Arian yang sedang bermain.
"Arian...emm jum kita keluar nak tak? Mama boring la duduk rumah ni" Adu Aina Sofea sambil membuat muka. Arian menampar lebut wajah ibunya itu.
"Keluar sekejap jeke? Or keluar terus?" Tanya Eryana dengan sinis. Keningnya diangkat sebelah.
"Excuse me?"
"Well..memandangkan Ray dah benci sangat kat anak kau ni apakata kau keluar terus dari rumah ni. Lagipun kau yakin ke yang suami kau tu stay sayangkan kau ha?."
"Eh hello.. Kau siapa nak halau aku dari rumah aku sendiri" Aina Sofea menyingkap lengan baju keatas. Dia mendekati Eryana yang sedang memeluk tubuh . Geram pulak dia dengan minah perasan bagus tu. Nasib la Malaysia ni ada undang-undang kalau tak, dah lama dia membunuh wanita dihadapannya ini.
"Aku bakal mem besar dalam rumah ni! Dan bakal isteri Rayyan"
"Ouh kau nak jadi mem besar kat sini?!."
"Yes exaccly"
"Tapi Rayyan tak ada la pulak minta aku sign borang poligami."
"Er..nanti dia mintalah!" Eryana sudah mati katak. Dia tidak tahu macam mana untuk balas ayat yang dilontarkan oleh Aina Sofea.
"Kau tak sedar diri ke perempuan! Kau tu isteri orang, cerai dengan suami kau pun belum kan! Kau tak malu ke nak rampas suami aku tu. Sepatutnya kau yang keluar dari rumah ni. Kau tak perlulah nak jadi murahan macam ni, tak elok langsung!. "
"Murahan?! Hoi kalau aku murahan kau tu apa?! Pembawa sial!. Bawa musibah je dalam rumah ni. Contohnya budak cacat tu. Hei cuba kau tengok antara Rayyan dengan anak tak ada kaki kau tu, siapa yang dia sayang ha?!"
Pang
"Kalau kau nak hina aku, aku tak kesah. Tapi kalau kau hina anak aku, itu dah melampau. Tu baru menampar je tau. Aku boleh buat benda lagi teruk dari tu faham!! ." Kata Aina Sofea dengan memberi amaran
Eryana meletakkan tangan di pipi. Perit sekali tamparan yang diberikan oleh Aina Sofea. Dia menjerit tanda protes. Eryana mencapai bingkai gambar Tengku Rayyan dan Aina Sofea yang berada di meja lalu dia melemparkan hingga pecah bingkai itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...