BAB 52

21.7K 604 22
                                        

Aina Sofea meletakkan sarapan di meja makan dengan perlahan. Jam di dinding segera dia tengok. Anak dan suami masih melayari mimpi di dalam bilik masing-masing. Aina Sofea menapakkan kaki menaiki tangga menuju ke bilik anak teruna sulung itu.

Arian tidur memeluk patung Hello Kitty yang diambil olehnya semalam. Mesti dia rampas dari bilik bakal anak perempuan. Bakal anak perempuan? Mahu saja Aina Sofea ketawa bila Tengku Rayyan berkata sedemikian. Dia pun tidak diramalkan mengandung lagi, lelaki itu sudah andalkan macam-macam.

"Ian.." Aina Sofea mengelus rambut Arian yang menutupi mata.

"Emm.."

"Taknak bangun lagi ke sayang."

"Taknak..ngantok la mama."

"Habis ian taknak sekolah ke?" Pertanyaan itu terus membuat Arian bangun dengan cergas. Aina Sofea mengerutkan dahi. Pelik benar dia akan anak lelakinya itu.

"Nak! Ian nak tunjuk kat kawan-kawan ian, ian pun ada papa la. Papa ian lagi hensem dari papa diorang" Aina Sofea mengelengkan kepala dan keluar dari bilik Arian. Anak dah dia kejutkan, Papanya pulak. Aina Sofea membunyikan tulang jari jemari sambil berjalan menuju ke bilik.

Tengku Rayyan yang enak berbungkus di dalam selimut dipandang. Aina Sofea menaiki katil dengan perlahan. Dia mendekatkan muka dengan telinga Tengku Rayyan. Dia menarik nafas untuk menjerit di telinga lelaki itu. Tetapi hasratnya tidak tercapai bilamana Tengku Rayyan tersedar lantas mencium bibirnya. Aina Sofea menekup mulutnya.

"Alaa merah dah muka isteri kesayangan abang ni." Pipi gadis itu dicubit. Tengku Rayyan melemparkan senyuman manis.

"Ish..bangun la" Aina Sofea cuba menarik Tengku Rayyan untuk bangun berdiri. Tapi apakan daya, kudrat seorang wanita tidak sekuat seorang lelaki. Tidak semena-mena dia terjatuh diatas badan sasa Tengku Rayyan.

"Aik..sayang nak goda abang ke ni? Jap abang nak call Fahmi suruh dia cancel meeting harini" Aina Sofea melepaskan satu cubitan di perut Tengku Rayyan. Lelaki itu mengerutkan wajah.

"Jangan nak mengada-ngada sangat. Bangun! Hantar Arian pergi sekolah" Aina Sofea keluar dengan menghempas pintu bilik.

"Sayang!! Nanti rosak la pintu tu! Dah la diimport dari itali..hish tak reti nak hargai sungguh dia ni" Bentak Tengku Rayyan sambil bangun dari pembaringan.

"Saya dengar la. Sayang sungguh abang kat pintu ni ye. Malam ni tidur dengan pintu ni. Saya nak tidur kat bilik hello kitty" Aina Sofea mencapai telefon yang berada di bawah bantal dan berlalu pergi dari situ. Sempat jugak la Aina Sofea menjeling si Tengku Rayyan ni.

****

"Adam!" Arian berjalan mengunakkan tongkat keatah sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang berborak. Mereka semua melihat Arian dengan jelik.

"Kau nak apa budak cacat.." Kata budak yang bernama Adam. Dari kecil lagi akhlak dah tak bagus, harap-harap besar nanti dia tidak berperangai sedemikian.

"Aku dah ada papa la. Papa aku lagi hensem" Kata Arian dengan bangga. Adam tersenyum sinis. Mak-mak budak yang berada di situ mendekati mereka.

"Adam..buat apa Adam kawan dengan budak ni?. Mummy dah bagi amaran kan" Para ibu bersetuju dengan kata-kata mummy Adam.

"Mummy Adam tak kawan dengan dia pun" Arian tersentap. Dia rasa sedih mendengar kata-kata mereka.

Tengku Rayyan yang mengalas beg sekolah Arian terkaku. Tangan digengam dengan erat. Patutlah budak-budak ni perangai tak berapa elok rupanya orang tua mereka yang ajar. Tengku Rayyan melihat di tubir mata anaknya sudah ada air mata yang bertakungan.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang