BAB 37

15K 490 10
                                        

Tengku Rayyan menekan interkom yang berada dihadapannya. Dia meraup rambutnya yang sudah menutupi dahi.

"Fahmi, masuk bilik aku sekarang!!"

Fahmi masuk ke dalam bilik Tengku Rayyan dengan beberapa fail di tangan. Dia menghampiri lelaki itu dan meletakkan fail diatas mejanya. Tengku Rayyan mengangkat kepala dan memandang Fahmi.

" Ini fail yang Tengku suruh saya siapkan"

"Syarikat mana ni?"

"FZ STAR.."

"Asyik-asyik syarikat diorang je. Tak ada syarikat lain dah ke?." Tengku Rayyan mencebik sambil melihat isi dalam fail tersebut.Fahmi tergelak kecil. 

"Bagus! Aku suka kerja kau. Rupanya pekerja lelaki lagi bijak dari pekerja perempuan." Tengku Rayyan menepuk tangan sebanyak 3 kali. Dia begitu bangga dengan Fahmi. Muka Fahmi sudah bertukar menjadi kemerah-merahan.

"Em harini aku ada apa?"

"Hari ini Tengku ada meeting dengan BRADENZA HR dan Tengku kena dinner dengan client Tengku dari korea."

"Client dari korea?. Orang sana ke?" Tengku Rayyan memandang Fahmi sambil berkerut.

"Tak, dia mix."

"Ok lah, sekarang aku nak kau prepare untuk meeting kita nanti. Fahim menganggukkan kepala lalu mengangkat kaki keluar dari situ.

Tengku Rayyan mencapai telefonya lalu mendail nombor seseorang. Dalam beberapa saat panggilannya itu diangkat.

"Assalamualaikum sayang.."

"..."

"Abang nak ajak sayang pergi shopping barang baby"

"..."

"Mana ada awal sayang."

"..."

"Memang la kita tak tahu lagi jantina anak kita tu. Tapi tak salahkan kita prepare siap-siap"

"..."

"Ok, tunggu abang balik"

"..."

"Waalaikumussalam"

Tengku Rayyan meletakkan telefon. Badan disandarkan di kerusi. Kepala didongakkan keatas. Tengku Rayyan berasa yang Aina Sofea ada menyorokkan sesuatu darinya. Tapi lelaki itu tak tahu apa?. Mata dipejam lembut.

*****

Sampai bila aku nak sorokkan tentang anak aku ni pun aku tak tahu. Aku tak sanggup nak bagi alasan lagi. Apapun suami aku kena tahu yang baby dalam kandungan aku ni akan dilahirkan cacat.

Pon

Pon

Pon

Mesti Tengku Rayyan sudah sampai. Aku mencapai tas tangan aku di atas meja. Kaki aku menapakkan jalan dengan laju. Pintu susah pun aku kunci.

Tengku Rayyan membuka pintu kereta Lykan kesayangannya itu. Bestnya duduk dalam kereta ni, sejuk saja. Bunyi kereta dibuka pada bahagian pemandu aku berbuat tidak endahkan.

Cup

Eh kenapa dengan suami aku ni? Tiba-tiba je cium aku. Tapi tak salahkan dah halal. Kalau halal pun aku tetap malu. Tengku Rayyan memulakan permanduannya menuju ke Mid Valley. Tangan kanannya memegang stereng malahan tangan kirinya pula memegang tangan aku.

"Sayang.."

"Ye" Kenapa Tengku Rayyan macam takut nak bagi tahu aku sesuatu je. Mesti ada apa-apa ni.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang