BAB 32

15K 484 40
                                        

"You..i..i pregnant"

Tengku Rayyan yang sedang asyik bersembang dengan Aina Sofea terus terdiam. Aina Sofea menunggu reaksi yang akan diberikan oleh Tengku Rayyan.

"Wow..it's so great. Dah berapa bulan ?" Pandangannya beralih kearah Eryana. Dari situ Aina Sofea dapat melihat mata suaminya itu bersinar apabila mendengar berita gembira daripada Eryana.

"I tak tahu la. I cuma guna pregnancy test..i ingat i harini i nak pergi check kandungan ni. U temankan i please" Kata Eryana sambil memeluk tangan sasa Tengku Rayyan.

Rasa cemburu mula menjalar di hatinya. Aina Sofea terkilan dengan Tengku Rayyan kerana tidak menepis tangan Eryana. Eryana tersenyum sambil melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.

Bagi Tengku Rayyan, mungkin Eryana mahukan kasih seorang suami saat dia tengah berbadan dua ini. Itulah sebabnya dia membiarkan gadis itu memeluk lengannya.

Mata Aina Sofea sudah tidak dapat menahan bila melihat drama tv 3 disini. Dia meletakkan sudunya lalu naik keatas. Eryana senyum kemenangan.

*********

Apa salah aku? Isk..aku tak cukup baik ke bagi dia. Ahh mungkin dia masih cintakan Eryana. Apabila aku terdengar deruan kereta milik Tengku Rayyan keluar dari kawasan rumah, makin sakit hati aku ini.

Kenapalah perempuan tak guna tu ada dekat sini?. Mula-mula Raihana lepas tu Eryana lepasni sapa pulak. Untung la kau dapat segala apa yang kau nak. Kau ada anak, kau ada suami aku..isk...

Tingtong

Aku mengelap sisa air mata aku. Dengan perlahan aku turun dari tangga. Sesekali mata aku dikerling melihat meja makan. Kemas. Mungkin Eryana yang tolong kemaskan.

Terkejut aku bila melihat gerangan yang datang ke rumah aku. Raihana. Tidak semena-mena air mata aku turun berjuraian

"Ana.." Aku memeluk sahabat aku itu. Raihana hanya merelakan badannya dipeluk oleh aku.

"Sofea, kenapa ni? Sapa yang buat kau macam ni?" Raihana membelai rambut panjang aku. Dia menarik aku duduk di sofa panjang yang berada di ruang tamu. Dah dekat 5 minit Raihana memujuk aku supaya berhenti menangis.

"Fea..kau tak boleh macam ni. Kau kena la kuat ye. Aku tahu kau kuat."

"Ak..aku takut..isk..isk"

"Kau takut apa?"

"Aku takut dia kembali kepada Eryana"

"Eryana? Sapa tu?" Aku mengambil tisu lalu mengelap sisa air mata yang mengalir. Raihana memandang aku dengan pandangan meminta penjelasan.

Aku menceritakan dari mula pengenalan aku dengan Eryana. Pelbagai reaksi yang dipamerkan oleh gadia itu.

"Jadi sekarang dia tengah pregnant." Hanya anggukan aku menjadi jawapan.

"Kau jeles la ni?"

"Hampir-hampir macam tu jugak la."

Puk

Adoi sakit la. Pompuan ni dah kenapa tiba-tiba ketuk kepala aku. Nanti aku Pang kan, tak pasal-pasal pipi kau tu tak payah pakai blusher.

"Jeles tak nak ngaku"

"La kalau aku jeles pun, kau tak payah la ketuk kepala aku"

Aku mengosok kepala aku yang sudah benjol. Geram pulak bila tengok makhluk dihadapan aku ini tertawakan aku.

"Kau buat apa datang sini?"

*************

"You i ingat i nak makan cendol durian la." Tengku Rayyan hanya melihat jalan raya. Tiba-tiba saja dia berasa tidak sedap hati. Harap-harap tak ada apa-apa akan belaku terhadap isterinya di rumah.

"You!! You dengar tak apa yang i cakap!" Tengku Rayyan hanya buat tidak tahu akan amarah Eryana itu. Mungkin perempuan ini tidak sedar diri kut. Tapi walau macam mana pun dia kena jugak la layankan saja sikap gila Eryana itu

"Ye kenapa?" Eryana memuncungkan bibir sambil memeluk tubuh. Merajuk kononnya.

"Kenapa? Merajuk?." Masih tiada tindak balas dari Eryana. Gadis itu sudah mengharapkan Tengku Rayyan memujuk dirinya seperti dulu.

"Heh..lantak kat kau la! Nak merajuk konon. Pigidah" Tengku Rayyan tersenyum sinis. Dia tak mahu ambil tahu pun tentang Eryana sekarang. Yang dia tahu dia harus cepat balik ke rumahnya.

Eryana terkejut dengan sikap Tengku Rayyan. Malah dia jugak rasa terkilan dengan bahasa lelaki itu. Air mata mula bertakung di tubir mata.

Raihana sudah meninggalkan rumah agam Tengku Rayyan ini dengan alasan dia harus ke pejabat. Aina Sofea menyandarkan badannya di almari dapur sambil teringat dengan perbualan diantara dia dengan sahabat karibnya itu.

Krekkk

Bunyi itu menarik perhatian gadis gempal itu. Dia menutup api kuali lalu menletakkan masakannya di dalam pinggan.

Aina Sofea mengaturkan langkahnya kearah halaman belakang. Dari jauh dia dapat lihat seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam taman Tengku Rayyan. Dalam hatinya tak habis-habis berdoa agar figura lelaki itu bukan suaminya.

"Korang buat apa tu?" Jerit Aina Sofea.

Sorry kalau bab ni pendek.

Jangan lupa voteNkomen💋
Terima kasih sebab jadikan GVSM sebagai reading list korang. Saya hargainya. Kalau korang readers sporting..nanti kat komen sila perkenalkan diri anda💘

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang