BAB 14

14.9K 534 7
                                        


Aku kena kuat. Aku kena berusaha. Aku juga kena berani bila jumpa Tengku Rayyan. Dari pagi tadi aku bagi motivasi kat diri sendiri. Tapi macam tak jadi saja. Aku malu tak tahu nak sorok muka tembam aku ni.

"Hai Aina" La mamat ni ka.

"Ye Raykal awak nak apa?" Raykal?! Ok bukan aku nak panggil dia macam tu. Aku terpaksa,Amelia paksa aku gelar Tengku Raykal dengan memanggil nama aje katanya Tengku Raykal ni bakal adik ipar aku kononnya.

"Raykal?"

"Ye Raykal, kenapa  saya tak boleh panggil awak dengan panggilan tu ke?"

"Eh apa tak boleh pulak,bo..boleh je. Nampak mesra sikit" Kalau dibandingkan Tengku Rayyan dengan Tengku Raykal banyak jugak perbezaannya dari segi sifat.
Tengku Rayyan seorang yang series memanjang tapi kalau mood dia ok bukan main lagi ramah dia dengan pekerja. Tengku Raykal pula setiap pagi mesti ada senyuman yang menyinari wajahnya. Tapi kenapa la aku tersangkut dengan monster tu jugak.

"Ehh Aina awak termenungkan apa tu?"

"Emn nothing"

"Feeling better?"

" Ya..emm lebih baik thanks"

"For what?"

"Sebab amik berat pasal bakal kak ipar awak ni"

"Ahaha.. Kak ipar? Kenapa tak bakal wife terus" Tengku Raykal mengenyitkan mata kepada aku lalu pergi begitu saja. Tetiba rasa seram sejuk la pulak. Haisss

***********

Amboi aku baru tak masuk kerja 3 hari pejabat 'suami' aku NI selerak bagai nak rak. Tapi tak silap aku Mak Temah gantikan aku waktu aku cuti tu. Aku melihat pintu bilik air dalam pejabat dikuak jadi muncul la seorang lelaki yang aku rindui selam 3 hari ni.

"Ouh kau datang pulak harini ye. Ingatkan tak datang terus" Tengku Rayyan ni bukan nak sambut aku datang kerja harini malah dia perli pulak.

"saya sakit la..bukan saya sengaja tak nak datang sebab makan hati,ehh ops emm" Aku menampar bibir aku dengan pelahan. Tersasul lagi.

"Sorry" Perkataan itu mengamit perasaan aku. Aku melihat Tengku Rayyan menundukkan kepalanya. Baru aku sedar yang lelaki ini bisa menurunkan egonya. Mungkin kerana aku ini istimewa baginya. Ahaha

"Its okay, lagipun saya bukan jenis pedendam." Senyuman di bibir tidak lekang di wajah aku. Tengku Rayyan berlalu dan terus duduk di kerusi mahalnya.

"Thanks"

"You are welcome"

"Actually nanti time lunch hour. I think kita boleh lunch sama-sama lagipun ada hal penting yang perlu saya bagi tahu awak" Hal penting?! OMG dia nak luahkan perasaan dia kat aku ke?. Terima kasih Ya Allah.

"O..ok saya tak sabar nak tunggu waktu lunch tu" Tengku Rayyan tersenyum manis. Ya Allah mahu cair aku kat sini.

"Ok jadi nanti kau tunggu kat meja lisa P.A aku tu"

"Meja lisa...lunch hour"

" Yup lunch hour"

"Lunch hour" Entah berapa kali aku kata 'lunch hour'.

BUK

Adudu dey..sakitnya. Malunya, tula seronok tak ingat dunia jalan tak tengok depan terus terlanggar dinding. Kelihatan Tengku Rayyan menekup mulutnya. Gelak kat aku la tu, tapi aku tak kesah asalkan plan aku berjaya yay.

*********

Aku berjalan dengan lemah menuju ke katil single milik aku. Terasa cecair panas di tubir mata ni. Hati bagaikan ditikam dengan pisau yang tajam. Semua rancangan yang aku buat telah jadi sia-sia apabila teringatkan 'LUNCH HOUR yang paling teruk tadi.

Flashback..

Aku duduk mengadap Tengku Rayyan. Kedai mamak sebelah office dijadikan tempat lunch hour yang indah ini. Kedai yang tak begitu ramai orang. Mulutku seakan terkunci.

Dari sejak awal aku dan Tengku Rayyan tidak berbual satu patah perkataan pun. Semasa makan juga begitu. Muka aku tetiba terasa panas. Patut la panas semacam rupanya Tengku Rayyan menatap wajah aku. Hati aku mula berlari marathon. Tengku Rayyan menegakkan tubuhnya.

"Sofea..."

 "Yep.." Tak sabarnya..arghhh

"Aku tak suka kau" Hati aku sakit seperti dihiris. Kata-kata Tengku Rayyan bagaikan pisau yang amat tajam lalu menghiris hati aku.

"Maksud aku, aku suka kau tapi as a friend not a lover. Kita stay boleh jadi kawan. Tujuan aku beritahu kau awal ni sebab aku tak nak kau taruh harapan yang tinggi dekat aku. Kalau kau buat macam tu nanti hati kau terluka." Kalau awak bagitahu sekarang pun hati saya tetap terluka Tengku Rayyan.

"Tapi saya boleh cuba lagi kan.."

"Nope u can't...plez faham. Aku tak mungkin sukakan kau. No i mean aku tak mungkin cintakan kau. Sorry sofea kalau kau mahukan lebih dari seorang kawan I can't do it for u." Aku mengukirkan senyuman palsu buat Tengku Rayyan

"Its okay..kita kawan pun dah cukup buat saya"

"Thanks sebab faham"

End Flashback...

  
Aku pejamkan mata. Kenapa aku kena mengharapkan benda yang tak pasti. Tak sedar diri la aku ni, tak padan dengan gemuk ada hati nak kawin dengan si Tengku kacak tu, mustahil.

       
          Ini bukan lagu cinta kita yang dulu,
Saat itu kufikirkan
cinta mati ku,
Namun kini ternyatalah hatiku milik dia bukan engkau seperti ku
Sangkaa..

Telefon aku ni selalu bunyi ikut mood. Lepasni aku nak letak lagu mentalika la. Hingus yang berkumpul aku lepaskan di tisu lalu buang ke lantai dengan tisu-yang lain.
    
"Ehem.. Hello"

"Hello babe..are you okay dear?"
  
"Aku ok la"

"But suara kau lain la" Ehh yeke? Aku dengar biasa ja.

"Forget it..btw aku call kau ni sebab aku nak jumpa kau esok boleh?aku ada sesuatu nak minta tolong kau"

 "Hmm ok nanti kau send tempat. Aku datang. Bye💋"

Aku keluar dari bilik lalu mengambil tempat duduk disebelah Amelia. Mungkin budak ni baru balik. Aku me'landingkan kepalaku di riba Amelia. Selesa sungguh..tapi kenapa aku rasa macam tak sedap hati je. Ibu...

"Amelia kau ada bagitahu ibu tak pasal aku nangis ni"

"Tak, kau jangan risau. Lagipun kau dah cuba kann. Mesti rasa sakitkan bila kena tolak. Ok la tu Rayyan gitau kau awal-awal daripada kau taruh harapan tinggi melangit kat dia.  Kau dah ok ke kak?" Aku hanya mengangguk. Memang la betul tapi kesakitan masih terasa.

"Hem bagusla sebab aku tak nak ibu risau." Aku menutup mata yang berat dengan air mata.

"Tapi kann, macam mana kau tahu Rayyan tolak aku"

"Ad..ada la..em dah la aku nak masak" Budak Amelia ni kalau mengelabah semua perkara yang tak pernah dia buat dia cakap nak buat. Masak pun tak reti ahaha. Untung la kau adik ada jugak orang nakkan kau.

Tiada lagi cinta tinggal aku sendiri menahan rasa sakit ini
Pedih,
Pergilah engkau pergi jangan pernah kembali..e'eh tetiba je saya nak karok hehee.

   
   Saya ingat nak buat cerpen memandangkan cerita ni lambat lagi nak sampai
Ending. Kalau korang nak korang mesti Vote N komen kata NAK @MISS_CINTA ye leb youu..💋

Tajuk cerpen tu TAK LAYAKKAH AKU'

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang