Aina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang.
"apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang"
Tengku R...
Aku melabuhkan punggungku di sofa empuk Tengku Rayyan. Mata aku melihat sekeliling rumah ni. Mengikut pengiraan aku la kan, rumah ni ada tujuh bilik, 4 bilik di tingkat atas dan 3 bilik di tingkat bawah.
Aku taknak la tidur atas lantai tu hari ii. Buatnya aku mati macam mana? Nanti jadi macam kes Raihana. Hais tak sanggup aku kalau tengok Amelia jadi pembunuh. Cukup la wajahnya sudah ada rupa seperti pembunuh bersiri. Ini kalau dia tahu aku kutuk dia kompem dia muncung sampai london.
Sekarang jam menunjukkan waktu sudah pukul 4 petang. Tengku Rayyan mesti akan balik dalam sejam lagi. Aku kena mandi pastu masak. Aku akan pastikan masakan aku sedap mengalahkan Chef Wan. Biar dia makan tak cukup pinggan.
Sesudah aku mandi aku berjalan menuju ke dapur. Aku membuka peti ais. Bagus jugak Tengku Rayyan ni. Walaupun dia seorang lelaki dia tetap sediakan bahan-bahan mentah untuk dimasak.
Ok kuali lepas aku basuh kau kita mula berperang ye.
*************
Tengku Rayyan berjalan dengan longlai menuju ke rumah. Dia masih memikirkan tentang sepupunya itu. Dia membuka gerbang banglonya itu. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila dia mencium aroma masakan kegemarannya.' Bau ni macam.... Asam Pedas Ikan Patin..tapi Mak Cik Laila cuti harini. Jadi sapa yang masak?'. Tengku Rayyan melajukan langkah kakinya kearah dapur.
Seorang gadis berambut panjang tapi rambutnya telah diikat kemas. Dari lengok gadis itu Tengku Rayyan sudah mengagak siapa gerangan gadis tersebut. Aina Sofea langsung tidak menyedari kedatangan Tengku Rayyan.
"Ehem.." Cukup kuat Tengku Rayyan mendehem. Aina Sofea masih mengacau air oren sambil menyanyi.'hish pekak dah ke betina ni?'
"Ehemm" Sia-sia saja cubaan Tengku Rayyan. Dia ingin menegur gadis itu dengan mendehem tapi dirinya kini sudah sakit tekak. Amarah mula menguasai Tengku Rayyan. Fikirnya Aina Sofea sengaja memekakkan telinganya.
Tengku Rayyan mula mendekati isteri tanpa relanya itu. Baru saja dia hendak memarahi Aina Sofea dengan tiba-tiba gadis itu sudah memandang dirinya. Hampir terlompat Aina Sofea dibuatnya. Tiba ii je Tengku Rayyan berada di hadapannya sekarang. Nasib air yang dibuat olehnya tidak mencecah tanah. Aina Sofea mengurut dadanya dengan pelahan.
"Kau dah pekak ke perempuan!!" Tengking kepada Aina Sofea.
"Hah?! Tak dengar..ouh jap ye" Kata Aina Sofea dengan nada yang tinggi. Tengku Rayyan mencerlungkan matanya memandang wajah tembam gadis itu. Aina Sofea mengeluarkan earphone dari telinganya. Tengku Rayya sudah terlopong.'patut la pekak semacam aje. Rupanya dia pakai earphone.cehh'
"Apa yang Tengku cakap tadi?maaf saya tak dengar apa yang Tengku cakap tadi." Tengku Rayyan melonggarkan tie lehernya. Amarah Tengku Rayyan sudah hilang lepas mengetahui sebab gadis itu tak dengar apa yang dia cakapkan.
"Kau masak apa?!" Lembut saja suaranya. Aina Sofea sudah melebarkan senyuman. Aina Sofea menggunakan tangan kanannya memegang lengan Tengku Rayyan manakala tangan kirinya memegang jug minuman.
Aina menarik kerusi untuk Tengku Rayyan. Tapi Tengku Rayyan tidak duduk disitu malahan dia menarik kerusi yang lain lalu melabuhkan punggungnya.
Aina Sofea membuka tudung salji. Terdapat pelbagai jenis makanan. Tidak terlalu banyak lauknya. Tapi dapat memuaskan isi perut sudah cukup.
"Saya masak asam pedas ikan patin. Lepastu ada ulam-ulam sikit. Sorry kalau terlampau simple sebab kat rumah ni kita dua je yang ada" Aina Sofea menyenduk nasi ke pinggan Tengku Rayyan lalu menuangkan air didalam cawan milik Tengku Rayyan.
Tengku Rayyan bangun dan berlalu pergi. Aina Sofea telah mengeluh dengan berat. Terasa dirinya tidak dihargai. Penat dia menghempas pulas di dapur semata-mata untuk memikat lelaki bengis itu. Begini layanan lelaki itu terhadapnya. Mata Aina Sofea terpejam dengan rapat.
"Kalau kau nak tido sekalipun tido la kat tempat lain. Aku nak makan pun tak senang" Aina Sofea menatap muka Tengku Rayyan dengan pandangan tidak percaya. Tengku Rayyan sudah terliur dengan masakan gadis gempal itu. Mustahil dia akan menolak untuk makan makanan 'favouritenya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Asam pedas ikan patin.
"Tengku..baca doa makan dulu ye" Apabila Aina Sofea melihat Tengku Rayyan mahu makan tanpa baca doa, cepat ii dia menegur lelaki itu. Tak menyabar langsung Tengku Rayyan ni. Tengku Rayyan mengipas wajahnya yang panas. Mungkin akibat malu terhadap gadis itu.
Makan malam mereka sungguh sunyi. Aina Sofea cuba curi pandang muka Tengku Rayyan.
Bukan Tengku Rayyan tidak perasan yang dirinya diperhati. Tetapi asam pedas ikan patin ni memang sedap tak terkata. Macam nak tambah lagi 3 pinggan aje.
*********
Akhirnya bilik baru,katil baru, bilik air pon baru. Malam pertama aku memang teruk semalam. Nasib la hati Tengku baik sikit harini. Maybe sebab tadi aku masak sedap kot hehe.
Tapi aku tak sangka yang Tengku tu boleh tambah 3 pinggan. Alhamdullilah harini semua baik.
"Aina.. Saya maksudkan apa yang saya cakap tadi"
"Apa yang awak cakapkan ni?"
"Saya sukakan awak! Saya cintakan awak"
Terngiang-ngiang dalam otak aku pasal Tengku Raykal ni. Macam mana la dia boleh sukakan aku. Nak kata aku pernah kejar dia? Tak. Aku kejar sepupu dia adalah. Tapi yang aku kejar ni la yang susah nak dapat. Yang aku peliknya sekarang ni, Tengku Raykal tak tahu ke yang adik aku suka kat dia. Pelik la. Berat la pulak mata aku ni. Wahh ngantuknya
"Bismikaallahumma ahya waamut"
*****
Bunyi yang bising memantapkan lagi keseronokkan di tempat itu. Air kencing setan diteguk macam tiada hari esok bagi orang disitu. Banyak cawan yang berada di meja Raihana. Itu bermakna dia sudah meneguk air kencing setan dengan begitu banyak.
"Kau memang kawan yang tak guna Sofea. Aku minta tolong kau sebab kau bff aku. Tapi kau bukannya tolong aku sebaliknya kau tolong jantan tak guna tu. Tak pa Ana, its ok. Kau bijak la, banyak lagi plan yang ada dalam otak kau. Plan A tak jadi, so Plan B." Raihana tergelak sakan seorang diri. Tiada siapa yang ambil peduli kerana masing-masing sudah mabuk. 'Get ready for Plan B my darling Tengku Rayyan.
Pl..plan b? Mampos!! Kalau korang nak tahu apa plan B yang Raihana maksudkan..terus la ye baca GVSM ye lub you💋
Haii...sorry wak2 ni tak dak lagi part seksa menyeksa tu ye. Malam ni saya nak bagi diorang baik kejap...kejap je heheh.