BAB 42

18K 559 19
                                        

"Jadi dia dah ceraikan kamu?" Tanya Encik Kamil sambil menjatuhkan pandangannya kepada Arian. Begitu dia tidak sangka yang Tengku Rayyan akan buat sebegini.

"Tak lagi abah. Fea letih. Fea masuk bilik dulu ye" Aina Sofea mengangkat Arian lalu menghilangkan diri disebalik pintu bilik. Puan Fatma membalas pandangan Encik Kamil. Amelia sudah mencebikkan mulut sambil melihat Tengku Raykal.

Amelia bangun dari sofa lantas menarik tangan tunangnya keluar dari rumah. Ada perkara yang dia mahu bincangkan dengan lelaki itu. Tinggal Puan Fatma dan Encik Kamil sahaja yang berada di ruang tamu.

"Fatma, yang kamu asyik tengok abang ni dah kenapa? Angau" Geram pulak dia dengan Encik Kamil. Masa yang begitu genting sebegini, boleh pulak dia nak bergurau. Tak marah ke dia akan menantu tanpa rela itu?.

"Abang! Kenapa abang biarkan Sofea masuk bilik macam tu aje?"

"La awak nak dengar apa lagi dari dia?. Bukan dia dah cerita kr tadi! Hish awak niiii"

"La sekurang-kurangnya cerita dari awal-awal perkara ni berlaku. Ini tak, separuh jalan je budak tu cerita" Puan Fatma mencebik.

"Haih cik Fatma oii...anak awak tu dah besar. Dah kahwin dan dah ada anak pun. Pandai-pandai dia la buat keputusan sendiri. Macam la awak tak tahu perangai anak sulung awak tu. Dia mana suka cerita kat orang pasal rumah tangga dia. Kan dosa kalau buat macam tu. Kalau nak cerita sangat, cerita saja kat kodi" Jelas Encik Kamil dengan berunsurkan agama. Puan Fatma mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. Al maklumlah dulu teringin jadi macam dia tapi tak kesampaian.

"Kodi? Kodia mana? Ooo anak si leman tang duduk kat hujung kampung tu ke? Eh abang! Sofea mana rapat la dengan kodi tu"

"Ya Allah Fatma!!abang ni boleh gila tau dengan awak ni. Kodi kat mahkamah syariah la. Astagfirullahalzim, setahu abang, dulu kita ada belajar benda tu kat kelas. Lagi pelik abang yang ajar bab tu. Awak tertidur ke ponteng kelas." Encik Kamil menjongketkan keningnya. Puan Fatma sudah mengigit bibir. Boleh pulak suaminya itu mengungkit kisah percintaan mereka. Waktu itu Puan Fatma adalah pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah agama. Manakala Encik Kamil ialah seorang guru yang mengajar bab Feqah. Mereka bertemu secara tidak sengaja di kantin sekolah. Pada masa itu Puan Fatma mahu memonteng kelas yang diajari oleh Encik Kamil. Baginya Encik Kamil ialah seorang yang bengis,pemarah, dan mukanya akan mencuka macam tertelan biji asam saja. Tapi bila dah kahwin dengan lelaki ini, semua perwatakkan itu sudah hilang entah dimana.

Boom

"Oiii aku kahwin dengan ustaz feqah.." Puan Fatma termelatah. Encik Kamil menghamburkan ketawanya sambil memegang perut. Amelia dan Tengku Raykal yang berada di luar pun turut tertawakan dia.

"Abang!!"

"Awak berangan kisah kita dulu ke? Rindu saya nak dengar awak panggil macam tu. Thanks sayang"

"Makin tua makin gatal la abang ni. Tepi sikit saya nak masuk bilik"

"Pergi je la abang bukan halang pun." Ada ke patut Puan Fatma menyuruh Encik Kamil ke tepi. Padahal lelaki itu jauh dari tempat yang dia duduki. Puan Fatma menghentakkan kakinya tanda protes. Sebal!!

****

"Abang..fea rindukan abang" Rintih Aina Sofea.

Tengku Rayyan perlukan jawapan dari Aina Sofea. Lelaki itu memberikan Aina Sofea membuat keputusan untuk memilih teman hidupnya selepas hal semalam. Dia perlu memilih diantara Tengku Rayyan, suami yang dicintai ataupun anak yang dikandungkan selama 9 bulan.

Hati seorang isteri meronta-ronta mahukan Tengku Rayyan selalu berada disisi. Manakala hati seorang ibu seakan-akan tidak perlukan kasih suami, yang dia mahu hany melindungi, mengasihi anaknya itu. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Aina Sofea membuat keputusan pantas dengan memilih Arian. Dia melihat Tengku Rayyan seakan terkaku. Ingat lagi dia bila memandang mata lelaki itu sudah berair.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang