"Maa..what are you doing here?" Terkejut Tengku Rayyan bila Tengku Isma datang secara mengejut ke rumahnya. Tengku Rayyan memandang Aina Sofea dengan pandangan membunuh. Hatinya mengharapkan rahsia yang dia simpan tak akan bocor. Seandainya rahsia itu bocor..bersiap sedia lah kepada gadis itu untuk jadi tempat lepaskan geramnya.
Melihat saja Tengku Rayyan turun kebawah, Tengku Isma berjalan menghampiri Tengku Rayyan lalu menarik telinga anak lelakinya itu.
"Amboi...bertuah punya budak"
"Maa sakit la telinga Ayenn"
"Kamu dah melampau tahuu" Tengku Rayyan meneguk air liur dengan kasar. Pandangan beralih melihat Aina Sofea. Amarahnya sudah mula menguasai diri. Dia menggangap Aina Sofea sudah bocorkan rahsianya.
" Kamu melampau tahu!! Mama call tak angkat, mama pergi office kamu tak ada. Nak jadi apa kamu ni Ayen..Ni bila kamu nak jumpa si tasha anak Datin Rohaya tu." Menggigil tubuh Aina Sofea bila terperasan Tengku Rayyan merenungnya dengan tajam. Dahi Tengku Rayyan sudah berlapis.
"Siapa tasha?. Anak Datin Rohaya?."
"Haiss umur muda lagi tapi dah nyanyok" Hampir pecah ketawa Aina Sofea. Cuba ditahan ketawanya itu sebab tak mahu Tengku Rayyan perasan. 'Memang pun mama' getus hati kecil Aina Sofea.
"Mama kan dah pernah cakap kat kamu yang mana nak kenalkan kamu dengan Tasha anak kawan mama tu." Tengku Isma kembali ke tempat duduknya semula. Telinga Tengku Rayyan sudah kemerah-merahan. Tengku Rayyan menghembuskan nafas lega. Mujur rahsia dia tidak terbongkar. Mata dilirikkan memandang Aina Sofea yang sedang berdiri disebelah mamanya.
"Kau ni dah tak reti nak buat air ke?" Aina Sofea dengan tergopoh -gapah pergi je dapur. Takut pula rasa hatinya kalau Tengku Rayyan nanti mengamuk.
"Auu..sakit la maa..." Tengku Rayyan merengek apabila dicubit oleh Tengku Isma
"Tahu pula sakit ye. Kamu ni cuba cakap elok-elok dengan Sofea tu. Kesian dia."
"Pembantu rumah macam dia tu mana boleh cakap elok-elok maa. Nanti pijak kepala"
"Jadi kamu layan Mak Cik Laila macam kamu layan si Sofea tu" Tengku Rayyan memuncungkan bibirnya.
"Mak cik Laila lain. Si gemuk tu lain. Auuu MAMA!" Ini sudah masuk kali kedua dia dicubit oleh Tengku Isma.
"Ayen jaga mulut kamu tu. Tak baik tau kata dia macam tu. Dia ada perasaan. Kalau satu hari nanti dia dah tak da baru Ayen menyesal. And waktu tu la Ayen nak minta maaf kat dia tapi dia dah tak de macam mana?"
"Tak ada pergi mana ma? Pergi holiday ke?" Tengku Rayyan cuba menyelit gurauan. Hatinya mula rasa tidak senang.
"Ada ke pergi holiday. Maksud mama contoh dia dah tak ada kat dunia ni. Macam mana Ayen nak minta ampun kat dia. Semua manusia ada perasaan. Tak kira la dia tu gemuk ke? Hodoh sekalipun..dia tetap makhluk Allah. Kalau Ayen tetap nak hina dia silakan. Tapi ingat hidup umpama roda tau. Apa yang Ayen buat kat dia selama dia berkerja dengan Ayen semua akan terbalas." Tengku Rayyan terkesima. Kata-kata Tengku Isma sungguh menusuk kalbu. Mata Tengku Rayyan menekur ke lantai.
"Dah la mama nak balik dulu. Nanti papa kamu risau pulak kalau mama balik lewat macam ni. Hah lagi satu..Ahad minggu depan jangan lupa datang rumah mama.. Bawak Sofea sekali ye.. Mama ada buat parti hari jadi Riana...jangan lupa datang tau Assalamualaikum" Tangan tua Tengku Isma dikucup lembut oleh Tengku Rayyan. Kereta mini cooper yang dibeli setahun yang lalu beredar dengan laju pergi dari sini.
Tengku Rayyan kembali merebahkan sirinya di atas sofa. Kepala didongak keatas. Mungkin Tengku Rayyan patut memberi Sofea peluang kedua. Tiba-tiba rasa kering tekak Tengku Rayyan. Tak silapnya tadi, dia sudah menyuruh Sofea membuatkan air. Tak sampai-sampai pun.
YOU ARE READING
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...