" Sayang.."
Tengku Rayyan menolak dedaun pintu. Dilihat keberadaan isterinya di beranda bilik. Ingin dia berbuat seperti dahulu namun dia takut jikalau gadis itu masih marah akan dirinya.
Keberanian dikumpul. Perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang Aina Sofea. Nasib baik gadis itu tidak memberikan sebarang bantahan. Pelukan dieratkan lagi.
Namun suara tangisan gadis itu dapat ditangkap oleh Tengku Rayyan. Tengku Rayyan melepaskan pelukan dan menarik bahu Aina Sofea agar gadis itu menghadapnya.
" Kenapa ni?" Tengku Rayyan memegang erat kedua tangan Aina Sofea.
" Saya taknak semua ini. Saya takut. Saya takut sangat Rayyan. Peristiwa 5 tahun lepas kerap menghantui saya. Susah untuk saya lupakan semua tu."
Tengku Rayyan menganggukan kepala. Benar kata gadis itu. Dia telah kehilangan kepercayaan gadis itu.
" Abang minta maaf. Abang menyesal sayang. Abang sangat-sangat menyesal." Tangan lelaki itu dilepaskan.
Aina Sofea masuk kedalam dan melabuhkan punggung diatas katil. Tengku Rayyan hanya mengikuti tingkat laku Aina Sofea.
" Tolong..berikan abang peluang"
Tengku Rayyan melutut sambil menangis. Dia mahukan keluarganya. Dia sunyi. Rindukan keluargannya. Dia magu menebus kesalahannya.
Aina Sofea menelan air liur. Dia bangun dan menarik suaminya agar dia berdiri.
Air mata yang berada dipipi suaminya diusap.
" Jangan menangis please.. Fea akan beri abang peluang tapi ni peluang terakhir. Tolong..tolong jangan hapuskan kepercayaan fea lagi"
Tengku Rayyan menghamburkan tangisan. Bersyukur kerana isterinya dapat memaafkannya. Dia memeluk Aina Sofea.
Dan malam itu menjadi saksi penyatuan mereka berdua.
***********
Arian memandang Tengku Rayyan yang tidur dengan jayanya di lantai tanpa memakai baju. Sesekali dia memandang Aina Sofea yang sedang melipat baju di penjuru bilik. Langkah diatur menuju ke arah Aina Sofea. Aina Sofea mengangkat kepala memandang Arian.
"Mama kenapa papa tak pakai baju?" Darah menyerbu naik ke muka. Kalaulah suaminya itu tidak liat untuk bangun awal kan senang. Tak adalah si Arian ini banyak bertanya.
"Emm papa panas kut" Arian duduk bersila di tepi Aina Sofea. Jari telujuk diketuk perlahan di dagu seperti orang yang sedang memikirkan sesuatu.
"Kalau papa panas..kenapa papa pakai selimut" Aina Sofea mengaru kepala. Geram pulak dia melihat Tengku Rayyan. Sungguh enak lelaki itu beradu, manakala dia terpaksa menjawab soalan KBAT dari Arian.
"Arian mandi ke belum?" Arian mengelengkan kepala.
"Dah pergi mandi" Arah Aina Sofea dengan tegas. Itu sahaja idea yang dia dapat untuk mengelak soalan Arian yang entah apa-apa itu. Tanpa sebarang bantahan, Arian terus masuk ke dalam kamar mandi. Aina Sofea menghembus nafas lega.
Tengku Rayyan menarik selimut menutup perutnya. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang merenung dirinya. Dilihat Aina Sofea memberikan pandangan maut buat dia. Lelaki itu tersenyum bila mengigati hal semalam. Aina Sofea yang sebal melihat senyuman di wajah Tengku Rayyan terus membaling tuala ke muka Tengku Rayyan.
"Sayang..tak elok tau pagi-pagi buat muka macam tertelan cuka tu. Nanti tak ceria hari sayang. Cuba senyum" Aina Sofea memeluk tubuh lalu menjeling Tengku Rayyan.
"Banyak la abang punya senyum. Tunggu ian keluar lepastu tanya dia, apa yang dia nak tanya pasal abang?" Tengku Rayyan mengerutkan dahi. Aina Sofea meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Tengku Rayyan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomansAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...