Tengku Rayyan menghirup nafas dengan lama. Sudah 5 tahun dia tidak menjejaki tanah air tercinta ini. Mata dilirikkan melihat jam di tangan.
"Kau ni sanggup tinggal aku sorang-sorang kat dalam. Nasib la tak ada pilot nak ngorat aku." Elizabeth mengelap peluh yang membasahi dahi. Di mulut kata tak mahu ikut Tengku Rayyan pulang ke negara asal. Tapi di hati sudah meminta-minta ikuti lelaki itu.
"Bagus apa kalau ada pilot yang ngorat kau. So tak ada la kau nak jadi anak dara tua kan."
"Kau ni memang tak sayang mulut erk. Hais..ni sapa yang nak ambil kita kat airport ni?."
" Rayyan jom" Tengku Rayyan memandang sahabat yang lamanya itu. Elizabeth mengerutkan dahi sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
Tengku Raykal membuka pintu kereta tanpa memandang wajah sepupunya. Hati Tengku Raykal sudah dipenuhi dengan kebencian terhadap Tengku Rayyan.
Bila dia terdengar pintu penumpang dan pintu belakang ditutup. Tengku Raykal pun memecut pergi keluar dari kawasan airport.
"Thanks la bro sebab tolong jemput aku dari airport." Tengku Raykal memandang lelaki itu dengan sekali pandang sahaja.
"Aku tolong kau ni sebabkan Paklong saja. Kalau bukan sebab dia, memang tak la aku nak jemput kau ni dengan pompuan tu" Elizabeth terpempan.
Tidak semena-mena dirinya termasuk sekali dalam masalah mereka. Tengku Rayyan berdehem untuk menghilangkan rasa janggal dihati. Ada perkara yang ingin ditanyakan kepada Tengku Raykal.
"So macam mana keadaan Sofea? Dah kawin?" Tengku Raykal tersenyum sinis.
"Perlu ke aku beritahu kau pasal dia?" Tengku Rayyan memandang wajah Tengku Raykal.
Memang tak perlu pun dia tahu keadaan bekas isterinya setelah dia berpisah 5 tahun. Namun rasa risau akan gadis itu tetap ada.
Elizabeth yang duduk di belakang merasa tercabar apabila mendengar Tengku Rayyan menyebut nama perempuan lain. Yelah selama ini belum pernah lelaki itu bertanya atau menyebut nama perempuan dihadapannya.
"Tak salah pon untuk aku tahu. Sama ada dia hidup ke mat.."
"Aku ingat 5 tahun kau kat sana, kau akan rasa insaf. Hati kau mungkin bersih tapi tak, hati kau busuk macam dulu" Tengku Raykal mengenggam stereng dengan kuat. Geram akan lelaki itu.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa Raykal. Dia pilih budak tu dari aku?. Apa yang dia dapat kalau dia pilih budak tu?" Tengku Rayyan melemparkan pandangan keluar tingkap. Susah bercakap dengan orang tak paham akan situasinya kini.
" Dia bahagia. Dia bahagia walau tak ada kau dari hidup dia. Cukuplah ada Arian kat sisi dia. Dia tak perlukan kau. Ingat kata-kata aku" Tengku Raykal menekan minyak. Kereta mereka memecut laju di jalanan.
****
Tengku Hisham melihat Tengku Isma yang sedang menonton tv di ruang tamu. Hari ini Tengku Rayyan akan pulang ke rumah ini. Kelihatan Tengku Isma macam tidak mahu menyambut kepulangan Tengku Rayyan. Telefon di tangan lelaki tua itu diletakkan diatas meja.
"Isma,.." Tengku Isma memandang Tengku Hisham. Suara di tv dipelahankan menggunakan remote.
"Rayyan kan nak balik sini. Awak tak nak masak ke untuk si Rayyan tu?"
"Tak nak la saya. Buat apa kita nak bagi makan kat orang yang buang anak bini dia sendiri?."
"Saya tahu awak marah dengan tindakan dia tu. Tapi awak kena ingat dia tu tetap anak kita"
"Bibik kan masak. Suruh dia je la makan masakan bibik." Bantah Tengku Isma sambil memeluk tubuh.
Tengku Hisham mendiamkan mulut. Malas bertekak dengan isterinya itu. Dia sudah tahu kalau dia berlawan mulut dengan Tengku Isma, confirm wanita itu yang menang. Lebih baik dia berdiam diri sahaja.
"Assalamualaikum..Mama..Papa. Rayyan dah balik ni." Laungan suara Tengku Rayyan memecahkan suasana yang sepi. Tengku Hisham memandang isterinya. Tiada tanda-tanda Tengku Isma mahu menyambut kedatangan anak sulung itu.
Tengku Rayyan terkilan dengan layanan yang diberikan oleh orang tuanya. Kenapa semua nak belakan orang luar dari anak sendiri. Tengku Rayyan membuat muka sinis
Tanpa menegur Tengku Hisham dan Tengku Isma, dia terus menapakkan kaki menuju ke bilik. Bukan niat hati mahu kurang ajar tetapi dia geram akan sikap ibubapanya kini. Melebihi orang luar dari anak sendiri.
****
Aina Sofea mengemop lantai dengan berhati-hati. Orang berlalu-lalang di sekeliling langsung tidak peduli. Arian yang duduk di bangku yang sedia ada di syarikat megah ini.Seorang lelaki berjalan mendekati Aina Sofea. Dia melihat perubahan ketara pada gadis itu. Dia melongarkan tie di leher.
"Hi sweetheart." Aina Sofea meneruskan kerja tanpa melihat gerangan siapa yang memanggilnya sebegitu. Lelaki itu tersentak. Mungkin gadis ini fikir dia sedang menegur orang lain. Kerna ramai yang berada disini.
"Aina Sofea!" Aina Sofea memanggungkan kepala melihat si dia. Lelaki itu memberikan senyuman yang cukup manis. Aina Sofea hanya membuat muka selamba. Dia sudah lali bertemu dengan lelaki ini.
"Nak apa!" Kasar sungguh percakapan gadis itu bila berhadapan dengannya.
"Amboi garangnya. Cuba la awak cakap elok-elok dengan bakal suami awak ni" Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya sekarang.
"Eh tak malu ke?. Saya ni masih isteri orang tau." Kata Aina Sofea dengan yakin. Walaupun dia sekarang tidak tahu akan status nya kini.
"Ala nanti saya minta la kat suami awak supaya ceraikan awak tu"
"Don't you dare Muhd Wafiy Shazwan!!" Mata gadis itu dicerlungkan kepada Wafiy. Sungguh dia tidak suka dengan perangai kebudak-budakkan Wafiy ini. Degil. Cerai, sungguh dia takut akan perkataan itu walaupun dia tidak tahu samaada dia masih isteri sah Tengku Rayyan atau tidak.
"Ahh comelnya bila saya tengok awak marah. Rasa macam" Wafiy mengigit bibir sambil matanya memandang bibir Aina Sofea. Dengan perlahan-lahan muka Wafiy di dekatkan dengan gadis itu. Aina Sofea bersiap sedia untuk menyerang kelemahan setiap lelaki di dunia ini.
"Auch..argh oh shit!!" Aina Sofea mengerutkan dahi. Kakinya belum lagi buat apa-apa. Tiba-tiba satu senyuman kecil terukir di bibir gadis itu. Dia melihat Arian dengan muka yang sangat merah. Rupa-rupanya hero kecilnya sudah datang menyelamat.
"Uncle buat kat mama Ian macam tu lagi.siap..uncle!! Ian takkan teragak-agak buat macam tu lagi.!" Arian mencerlungkan matanya. Wafiq mengigit bibir.
"Kau ni kan tak.." Aina Sofea berjalan ke depan Arian.
"Tak, tak apa? Cakap la sampai habis"
"Arghh!!" Wafiy berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. Dia berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan hapuskan Arian dan memaksa Aina Sofea mengahwini dia. Bibirnya mengorakkan senyuman sinis
Jangan lupa voteNkomen💋

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...