Tengku Rayyan menarik tangan Aina Sofea memasuki Aeon di Queensbay. Dia melihat satu persatu baju yang berada disitu. Aina Sofea mengelengkan kepala lalu menepuk lembut bahu lelaki itu. Tengku Rayyan hanya mengendahkan tepukan gadis itu.
Dia masih sibuk mencari baju yang bersaiz XL . Takkan la tiada langsung baju yang bersaiz Xl. Makin serabut Tengku Rayyan bila tidak dapat apa yang dicari. Dia mengaru kepala yang tidak gatal itu dengan kasar.
Geram Aina Sofea bila suaminya itu mengendahkan sapaan yang diberi tadi. Dia menarik lengan Tengku Rayyan lalu memegang bahu lelaki itu supaya mengadapnya.
"Abang cari apa?"
"Cari baju la. Tapi tak jumpa pun" Tengku Rayyan melihat isterinya yang menunduk lemah.
" Memang la. Pakaian saya ni pun beli kat pasar malam je tau. Baju saiz XL memang payah cari kat sini. Kalau ada pun mesti ketat. Tapi kalau abang nak beli kat saya pun saya takkan setuju. Lagipun baju kat sini.. Harga dia macam nak mencekik darah je"
Ayat terakhir itu telah mengusik hati Tengku Rayyan. Dia tergelak kecil. Aina Sofea masih membelek harga baju t-shirt berwarna pink. RM 189.00 harga baju itu. Kalau gadis itu ke pasar malam harga baju itu hanya 10.00 ringgit je.
"Ok kalau tak baju..sayang nak apa?"
"Saya nak makan. Lapar"
"Alolo tembam abang ni lapar ye. Jum makan ye. Dah kurus dah tembam abang ni" Aina Sofea mencebik bila suaminya mengelarkan dirinya tembam.
Selepas mereka memenuhi isi perut masing-masing. Mereka pun terus dengan pencarian mereka. Sudah banyak kedai yang mereka masuki tetapi satu pun tidak menarik minat Aina Sofea.
Tengku Rayyan memegang tangan Aina Sogea dengan erat sambil mengambil langkah menuju ke kedai lain.
"Sayang...kat sana ada jual handbag la..jum"
Baru sahaja dia ingin menapakkan kaki menuju ke kedai tu. Tiba-tiba dia terdengar Aina Sofea mengeluh dan mematikan langkahnya.
"Sayang...kenapa ni? Are you give up" Tengku Rayyan mrnundukkan wajahnya kerana ingin melihat raut wajah isterinya yang tampak sedih.
"Abang, saya minta maaf sebab susahkan abang. Abang dah usaha dah cari apa yang saya nak. Tapi semua benda tu saya tolak."
"No..it's not your fault. Ni semua salah abang."
"Abang..ni bukan salah abang la!" Hampir saja gugur air mata di kelopak mata Aina Sofea apabila suaminya menyalahkan diri sendiri.
"Salah abang sebab terlalu manjakan sayang hahhaha Auu..sayang sakit" Ambik kau! Boleh pulak lelaki ni main-main dalam suasana romantik tadi. Dah la hampir buat dirinya menangis tadi. Padan muka kena cubitan ketam dari Aina Sofea.
Aina Sofea berjalan dengan laju meninggalkan Tengku Rayyan di belakang. Tengku Rayyan tersenyum kecil lalu mengejar isterinya yang sedang merajuk.
*************
"Auch..sakit la..sorry la bukan saya sengaja." Tengku Raykal mengosok lengan yang merah akibat cubitan dari Amelia. Amelia mendengus. Api kemarahan membuak-buak di hatinya belum reda lagi.
" Ishh geramnya saya dengan awak ni!.nasib sayang kalau tak dah lama aku humban kau dalam longkang" Ayat yang terakhir itu dikata dengan nada perlahan. Tengku Raykal tersengih bila dia dapat menangkap ayat terakhir itu.
"Awak kata awak sayang saya? Huii seronoknya"
"Erk..ma..mana ada huis perasan la dia ni." Tergagap-gagap dia menuturkan kata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...