BAB 20

17.6K 505 15
                                        


Aku mula menyiapkan sarapan untuk suamiku yang tercinta. Ok roti dah ada, air teh panas ada, nasi goreng dah ada, jadi semua dah complete la kann.

Tengku Rayyan menarik kerusi di sebelahnya lalu meletakkan kot dan briefcase disitu. Ya Allah indahnya ciptaanmu ini. Sungguh segak bergaya suami aku harini. E'eh jap..bukan hari ni je. Hari-hari dia segak ahaha.

"Aku tahu la aku ni hensem tapi jangan la tengok aku macam nak makan."

"Ermm..eh bila masa saya tengok awak. Perasan!" Ya Allah malunya.

"Nak cover bolehh,ceh!. Ni bila boleh makan ni?"

"Makan je la. Takkan nak suruh saya suap kot! Kalau nak saya boleh.."

"Macam mana aku nak makan kalau tak ada pingan??."

Aduh macam mana aku boleh lupa nak ambil pingan. Tak silap aku tadi aku dah prepare semua.

"Ouh.hahahah sorry. Lupa nak ambil la.jap tau."

"Mengatal je kau tau." Amboi perli nampak.

Aku bergegas ke dapur dan kembali dengan dua pingan di tangan.

"Ha..dah sampai..Tengku dah boleh makan sekarang"

"Emm bagus la bibik ni"

Bibik?! Amboi-amboi sesuka hati dia ja panggil aku bibik. Mentang-mentang la ni rumah kau kan. Nasib aku sayang kau tahu.

"Sedap kann saya masak?"

"Tak sedap pun. Rasa nak muntah la pulak. Ni pun aku terpaksa je tau."

"Kalau tak sedap tak payah la makan" Bentak aku.

"Biar la!.kalau aku tak makan nanti membazir. Yang kau pun satu sapa suruh masak banyak sangat huh" Serentak Tengku Rayyan menjeling aku.

Sakit kat hatiku sudah membara. Aku menghentak kaki dan berlalu ke dapur. Baik aku mengadap bontot kuali yang hitam legam tu dari aku mengadap muka Tengku Rayyan yang hensem tu. Ehh?

Aku mengosok bontot kuali yang hitam tu dengan kasar. Aku mula membayangkan bontot kuali tu adalah Tengku Rayyan. Argh.. Geramnya.

"Kalau kau marah aku sekalipun tak payah gosok kuali tu kuat sangat. Kesian dia. And btw masakan kau selalu sedap..thanks" Bisik Tengku Rayyan dia telinga aku. Meremang bulu roma aku dibuatnya.

Hati aku mula berbunga. Aku memberhenti tangan aku dari mengosok kuali. Mata aku tercari-cari gerangan tersebut. Ahh dia dah tak ada la kat sini.

Deruan enjin Lykan menyapa telinga aku. Langkah kaki aku aturkan dengan laju menuju ke garaj. Tengku Rayyan yang baru ingin  masuk kedalam perut kereta terhenti. Dia mengangkat kening macam Ziana Zain.

"Kau nak apa?"

"Nak...awak"

"Aku tak nak kau!!"

"Ishh..saya melawak je la. Tak payah la amik serius sangat. Saya nak salam je"

"Hem" Tengku Rayyan menghulurkan tangannya kepada aku. Aku mencium lembut tangan kasar lelaki itu.

Tanpa aku sangka dia meletakkan tangan kirinya dia atas kepala aku. Bila aku mengangkat kepala dia mencium dahi bersih aku.

Airmata mula bertakung.

"Bukan kau sorang je nak dapat pahala. Aku nak jugak. Baik kita kumpul pahala banyak-banyak buat masa ni."

"Sebab apa pulak?"

"Sebab lepasni kau dah tak jadi isteri aku" Aku tergamam.

"Dah la aku nak pergi kerja ni. Kalau aku layan kau sampai besok pun aku tak pergi lagi tau!bye sweetie bear"

Hanya asap di sekeliling aku. Aku tak kisah walaupun dia pernah siksa aku. Tapi aku tetap nak bersama dengan Tengku Rayyan. Bukan perpisahan yang aku pinta. Macam mana aku nak beritahu Tengku Rayyan yang aku tak nak berpisah dengan dia. Ya Allah tolong hambamu ini.

***********

Penuh fail-fail diatas meja jejaka itu. Kehidupannya memang selalu sibuk. Tengku Rayyan mencapai fail dari syarikat FZ STAR. Nampaknya banyak juga yang perlu dibincangkan tentang cukai yang dikenakan oleh FZ STAR ni.

Dia mendongakkan kepala. Lisa sekarang sudah tidak berkerja dengan Tengku Rayyan lagi. Kerana suami lisa tidak mengizinkan. Jadi makin sibuk la kehidupannya sekarang tanpa P.A disisi.

"Excuse me?!" Tengku Rayyan menongkatkan kepalanya. Tengku Rayyan tergamam.

"Excuse me?! Tengku Rayyan kann?" Sungguh cantik wajah gadis di depannya sekarang. Dengan bertudung lagi.

"Tengku?hello..TENGKU!!" Tersentak Tengku Rayyan apabila gadis itu mengetuk mejanya dengan kuat.

"I..ya saya.."

"Ouh sorry la tak beradab sikit tadi. Emm saya datang nak memohon jawatan sebagai P.A Tengku tu" Gadis itu menghulurkan beberapa fail kepada Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan mencapai dengan perasaan gementar. Tak pernah lagi dia rasa macam ni. Dia membelek isi fail tersebut. Sambil-sambil dia mencuri pandang wajah gadis itu. Sebenarnya dia tak tahu pun apa isi fail tersebut. Tengku Rayyan hanya menyelak kertas itu saja. Matanya tertangkap pada nama gadis itu.

"PUTERI RAIHANA BINTI KARIM. Sedap nama awak."

"Papa saya yang bagi nama tu..terima kasih kat dia je la."

"Ok esok awak boleh mula kerja"

"What?!betul ke ni? Wow thanks Tengku..?"

"Tengku Rayyan."

"Yes..thanks. Tak sabarnya saya nak tunggu hari yang akan datang. Bye Tengku Assalamualaikum." Raihana meninggalkan bilik itu dengan hati yang senang.

"Me to." Agak perlahan suara Tengku Rayyan mengatakannya.

**********

Raihana masuk ke dalam perut kereta Axia. Dia membuka selendang yang membuatnya panas.

"Argh..panasnya. Bodoh punya jantan. Sebabkan kau aku terpaksa pakai kain buruk ni. Hais..tak pa Ana bertenang. Perkara gila ni tak lama lagi akan habis.. So Tengku Rayyan permainan kita baru bermula."

Kereta Axia berlalu dengan laju meninggalkan bangunan mewah itu.

Raihana dah berkerja dengan Tengku Rayyan😱. Omg omg.. 😵..

Kalau nak tahu apa jadi....

Teruskan membaca

Jangan lupa voteN komen💋

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang