BAB 54

21K 552 20
                                        

Aina Sofea memeluk tubuh sasa Tengku Rayyan dari belakang. Dia tersenyum manis sambil memejamkan mata. Arian yang sedang bermain di laman langsung tidak menganggu mereka berdua.

Tengku Rayyan meletakkan tangan diatas tangan isterinya. Dengan perlahan-lahan dia merungkaikan pelukan tersebut. Tengku Rayyan menarik Aina Sofea ke hadapan. Kini mereka berdua berdiri bertentangan. Tengku Rayyan peluk pinggang chubby si isteri. Chubby?  Aina Sofea telah naik berat badan akibat dipaksa oleh si suami. Pagi, petang, siang, malam dia tidak henti-henti dari makan. Ingin menolak, tapi tidak boleh kerana semua makanan tu adalah makanan kegemarannya.Banyak jugak persoalan yang bermain di mindanya.

"Abang..kenapa abang suruh sayang makan banyak-banyak? Abang tak menyesal ke bini abang ni gemuk?" Tengku Rayyan mengelus rambut Aina Sofea .

"Tak! Abang suka badan sayang macam ni."

"Sebab?"

"Sebab waktu sayang kurus 2 bulan lepas, sayang langsung tak happy. Tapi bila dah makan banyak, sayang happy je."

"Macam tak logik je alasan abang tu" Aina Sofea mencebik. Tengku Rayyan tergelak kecik dengan kata-kata isterinya.

"Biarlah, sayang dengar apa yang abang nak cakap ni. Abang takkan benarkan sayang kurus faham!" Tegas Tengku Rayyyan.

"Hish abang ni..ingat senang ke nak cari baju yang bersaiz besar sekarang ni! Kalau kurus..banyak baju yang boleh sayang pakai."

"Sayang tak payah risau. Baju yang bersaiz besar tu banyak, cuma sayang tak reti cari. Abang tengok kat ig belambak baju saiz besar tu" Terang Tengku Rayyan. Aina Sofea hanya menganggukkan kepala sahaja.

Pruss..

Habis basah baju mereka terkena air. Aina Sofea dan Tengku Rayyan memandang perlakunya. Arian tersenyum lalu melarikan diri secepat mungkin. Tengku Rayyan melihat Aina Sofea dan Aina Sofea melihat Tengku Rayyan. Mereka berdua menarik lengan baju keatas.

1

2

3

"Ian tunggu..mama dengan papa datang ni!!"

Mereka berkejar-kejaran. Rasa seronok bila melihat mereka sedang berseronok.

"Assalamualaikum...Ya Allah Rayyan!Sofea, Arian. Kenapa basah habis baju tu" Jeritan Tengku Isma menghentikan perbuatan mereka. Baju mereka habis terkena lopak. Al maklumlah semalam kann hujan lebat.

Tengku Rayyan dan Aina Sofea bangun. Tangan mereka diletakkan di belakang. Arian turut berbuat begitu. Macam keanak-anakkan. Tengku Isma mendekati anak-beranak itu.

"Rayyan..kamu tu dah jadi bapa orang tau. Matang la sikit."

"Aik Rayyan je kena nasihat? Fea" Aina Sofea membulatkan mata lalu memandang suaminya dengan perasaan geram. Boleh pula lelaki itu membabitkan dia sekali.

"Sofea tak pa.."

"Mama ni macam nak menangkan menantu mama saja" Tengku Rayyan membawa diri ke gazebo. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi kayu disitu. Bukan kayu biasa, kayu jati tau.

Tengku Isma menaikkan mata keatas sambil berjalan mendekati Tengku Rayyan. Aina Sofea dengan Arian sudah mempamitkan diri ke dalam. Untuk bersihkan kotoran agaknya.

"Sofea ada isi ke belum?" Tengku Rayyan terkedu. Ada ke patut mamanya menanyakan soal itu?. Mereka baru duduk bersama 5 bulan.

"Mama ni..tak menyabar betul. Sabar la mama oi..baru 5 bulan kami bersama mama"

"Alaa mama nak tahu je pun. Kut-kut la. Kamu kan gelojoh. Entah-entah harini buat, esok dah dapat" Pipi Tengku Rayyan sudah berbahang. Mulut Tengku Isma memang tiada insuran betul. Ini kalau ada Tengku Hisham, confirm dia tidak berani berkata begitu.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang