BAB 25

19.2K 623 44
                                        

Aku mencuci pinggan yang telah ditinggalkan oleh pasangan sehidup seorang mati semalam. Dah makan bukan reti nak basuh. Aku dah lali dengan sikap Raihana yang suka menjaga kecantikan kukunya. Mustahil dia akan membuat kerja dapur sebegini.

Tetapi harini sikap suami aku ni dah lain la. Dia tak pula marah-marah aku macam sebelum ni. Dia menyesal ke apa yang dia buat dekat aku semalam?. Arghh tak mungkin la. Aku mengusir perasaan itu jauh-jauh.

"Sofea!!kenapa lambat sangat ha?"

"Ye! Kejap!" E'eh dia ni tak reti sabar ke?.

Aku mengelap tangan di kain apron yang aku pakai sekarang. Aku dengan tergesa-gesa melajukan langkah menuju ke ruang depan.

Mana suami aku ni?. Yang aku nampak dihadapan aku sekarang hanya kereta Lykan milik Tengku Rayyan. Dengan perlahan aku berjalan mendekati kereta itu.

Pruss..

Air paip sudah membasahi badan aku. Aku memanjangkan leher mencari gerangan orang yang buat aku macam ni. Kalau dapat nanti, aku siat-siat kulitnya bagi anjing makan.

Tengku Rayyan mempamerkan senyuman yang tidak bersalah. Takkan Tengku Rayyan yang buat aku macam ni. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

"Wow. Syok tak kena mandi?"

"RAYYAN!"

Aku berlari mengambil baldi yang berisi air lalu mengejar Tengku Rayyan. Tangan aku mengapai kolar belakang baju Tengku Rayyan. Yes! Dapat pun.

Air di dalam baldi sudah habis ku tuangkan di badan sasa Tengku Rayyan. Geli hati aku bila melihat muka cemberut si Tengku ni. Akhirnya tawa yang ditahan meletus jugak.

"Sorry! Eh tunggu jap, saya tarik balik la sorry saya tu"

"Ehh kenapa pulak? Kau tengok apa yang kau buat kat aku. Habis basah semua!"

"Amboi tengok Tengku je? Habis saya. Tengok apa yang Tengku buat. Tengku yang mula dulu huh"

Bibir aku mucungkan macam itik. Itik? Mengaku pun kau muncung macam itik, apa la kau ni Aina Sofea oii.

Tiba-tiba bibir aku rasa berat tapi lembut. Aku terkejut bila terasa ada tangan yang sedang melingkar di pingang. Mata aku terus membulat apabila melihat Tengku Rayyan sedang mencium aku. Hampir terbuai aku dibuatnya.

Aku cuba menolak dada sasa Tengku Rayyan. Malangnya tindakkan aku hanya menjadi sia-sia. Begitu lama bibir kami bertaut akhirnya Tengku Rayyan melepaskan bibir aku ini.

"Aku suka lips kau, dan kau tahu tak yang kau tengah seksi sekarang?"

"Seksi?" Alamak omg?! Aku lupa la yang aku pakai baju warna putih. Memang nampak la kaler pakaian dalam aku ni. Muka aku terus bertukar warna.

Aku bersiap sedia untuk mengatur langkah seribu. Baru 3 langkah kaki aku menyentuh lantai dalam rumah. Tengku Rayyan sudah kemas memegang aku.

"Siap tau sayang. Abang tunggu."

Sayang? Abang?. Ibu! Cheq malu!!.

********

Tengku Rayyan membuka baju t-shirtnya yang sudah basah lencun akibat bermainair tadi. Dia hanya mahu Aina Sofea kbali ceria seperti sebelum ini. Tak sangka yang rancangannya itu akan berhasil.

Perlahan-lahan memori tadi berlayar dalam kepalanya. Sungguh indah waktu dia bersama gadis gempal tadi. Lagi-lagi saat dia mencium Aina Sofea. Sungguh lembut bibir pink milik gadis itu.

Kring..

Mati terus lamunannya itu bila terdengar telefon iphone X miliknya berdering. Menganggu betul la orang yang telefon itu. Baru sahaja dia hendak menikmati moments tadi huh. Tengku Rayyan mendengus sebelum mengangkat telefon.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang