Tengku Rayyan memicit kepalanya yang berdenyut. Dia terfikir macam mana dia boleh terperdaya dengan Aina Sofea.
Namun sekarang matlamat Tengku Rayyan ialah seksa Aina Sofea sehingga dia menyesali perkahwinan yang dia adakan sendiri. Walaupun dia ada masalah dia tetap kena berkerja.
Pintu Biliknya ditolak dengan begitu kasar. Terpacul wajah sepupunya. Bengis sekali wajah Tengku Raykal waktu itu.
"Kau dah kahwin dengan Aina?"
"Heh..bukan aku nak pun. Dia perangkap aku"
"Puihh. Bukan kau nak!. Dia perangkap kau. Tak mungkin."
" Kau ni dah kenapa nak marah sangat ni. Sepatutnya aku yang marah sebab aku yang kawin dengan si gemuk tu bukannya kau!!"
"Hey bangsat! Kau jangan hina dia macam tu erk. Sekurang iinya dia ada hati yang baik bukan macam kau hati busuk. Ikut suka kau nak hina orang lain. Macam diri tu suci sangat"
"Kau ni dah kenapa Raykal? Kenapa!!" Tinggi suara yang dilontarkan oleh Tengku Rayyan. Nasib bilik itu kalis bunyi.
"Aku cinta Aina. Aku sayang dia!! Puas hati kau sekarang. Aku nak dia tapi dia kejar kau!" Luahan dari Tengku Raykal amat mengejutkan hatinya. Hati Tengku Rayyan seakan mendidih. Kenapa dia tak tahu yang sepupunya itu sudah menaruh harapan kepada isterinya.
"Sekarang ni aku datang sini ada sebab."
"Apa?!" Kata Tengku Rayyan tanpa memandang wajah Tengku Raykal.
"Kau lepaskan dia"
"Kalau kau tak suruh pun! aku akan lepaskan dia jugak"
"Baik aku pegang kata- kata kau"
Tengku Raykal keluar tanpa mempamitkan dirinya. Tengku Rayyan hanya memandang pemergian sepupunya.
************
"Aina!" Sungguh perit hati aku sekarang. Kenapa? Kenapa ini yang terjadi pada aku. Selepas apa yang aku buat untuk dapatkan dirinya ini yang dia balas pada aku.
Pada awalnya aku tak mahu datang kerja. Tapi bila diingatkan Mak temah cuti hari ni jadi aku terpaksa masuk kerja. Tapi bila aku langkah ke bilik pejabat Tengku Rayyan aku terdengar perbualan mereka kerana pintu office Tengku Rayyan tak ditutup dengan rapat. Kata ii Tengku Raykal dan Tengku Rayyan akan terpahat di otak kecil aku ini.
Aku berlari meninggalkan Tengku Raykal. Sakit aku yang semalam tidak terubat lagi ditambah sakit yang hari ini sungguh perit sekali.
Tiba di aku duduk melutut. Nasib tiada sesiapa di situ. Aku menangis sepuas hatiku.
"Aina.. Saya maksudkan apa yang saya cakap tadi" Eh bila mamat ni masuk.. Aishh serabut betul la.
"Apa yang awak cakapkan ni?"
"Saya sukakan awak! Saya cintakan awak"
"So..sorry sebab kalau Tengku Rayyan lepaskan saya sekali pun saya takkan datang pada awak" Pintu lif terbuka. Tanpa membuang masa aku berjalab dengan laju keluar dari sini. Udara di syarikat ni tak nyaman seperti dulu. Aku melihat telefon. Ada beberapa chat dari Raihana dan jugak Adik aku Amelia. Lalu aku membuka.
Akakk.. Aku nak jumpa kau kat kedai mak som ye! Datang cepat.-Amelia cyunk
Aku memecut laju menuju ke kedai maksom. Amelia menyedut air teh ais yang dipesannya tadi. Aku berjalan dengan berhati ii agar dia tidak menyedari kedatangan aku. 123 boom.
"Ouh mak kau berak dalam seluar.. Aih kotor...amboii suka suki mak kau aje berak dalam seluar" Ni yang buat aku tak boleh tahan ni. Boleh pecah perut aku dibuatnya. Ini lah penghibur aku bila aku sakit macam ni.
"Amelia dah sudah la. Aku pnat gelak" Amelia memuncungkan bibirnya. Aku mencubit muncung tu. Amelia mengankat tangannya lalu mengetuk pelahan kepala aku.
"Akak ni tak baik tau buat Amelia macam tu..AKAK DARAHH.." HAH?!darah. Astaghfirullahalazim, luka semalam. Amelia sudah menjadi gelabah. Nasib sebelah kedai Mak som ni ada klinik.
Selesai aku buat rawatan aku berhadapan dengan seorang doktor lelaki. Segak jugak.
"Miss Aina..macam mana awak boleh luka seteruk tu?" Hah! Dah tanya dah.
"Sa..saya jatuh tangga..ha tangga"
"Bila awak jatuh?!" Banyak soal la doktor ni.
"Semalam.."
"Kenapa awak tak datang sini lusa ke tulat ke?" Amboi perli nampak.
"Kalau doktor tanya semua benda ni untuk perli saya..lebih baik tak payah. Takpa nanti saya amik ubat kat depan. Terima kasih rawat saya assalmualaikum " Geram aku dengan doktor tu. Amelia yang sedang ambil ubat manakala aku duduk di luar. Rasa panas pula duduk kat klinik tu lama ii.
Kami kembali ke kedai Mak som. Amelia mencapai tangan aku lalu mengusapnya. Aku menjongketkan kening aku.
"Kau ni dah kenapa?!" Aku menjelingnya. Terkejut aku apabila melihat di tubir mata Amelia sudah terkumpul air mata.
"Kenapa kau buat camni? Kau tak patut korbankan diri kau untuk nyawa untuk Si Tengku tak guna tu. Kau terseksa akak. Kau tak sakit ke?. Sampai macam ni sekali dia buat kat kau. Kenapa kau tak bagi tahu dia yang Raihana tu yang cuba perangkap dia. Kenapa kau tak bagi tahu yang Raihana gila tu nak kawin dengan dia supaya dia dapat balas dendam untuk Dato Karim. Kenapa kak?" Amelia sudah menangis dengan teresak-esak.
Air mata aku sudah tak dapat di tahan lagi. Aku taknak sesiapapun tersiksa atas penderitaan aku ni. Cukup aku sorang sudah la. Aku memeluk Amelia dengan rapat."Adik kau jangan la menangis. Aku yang kena semua ni. Ni keputusan aku. Jadi kau kenalah hormat ye"
"Akak!!macam mana aku nak hormat keputusan kau kalau kepala kau dah pecah macamni" Kami berdua menangis sambil berpeluk. Nasib baik aku duduk kat meja paling hujung sekali. Kalau tak orang ingat kami serai. Aku teringat akan perkara yang takkan dilupakan oleh ku.
FLASHBACK...
"Apa!! kau nak bunuh CEO kat syarikat aku keje tu? Ke..kenapa kau nak buat macam tu"
"Sebab dia dah bunuh papa aku! " Aku tergamam. Takkan lah Tengku Rayyan seorang penjenayah. Tapi kalau dia tu penjenayah komfem dia dikehendaki polis.
"Ap..apa plan kau sekarang"
"Umpan dia...bawa dia masuk ke Villa yang baru aku beli semalam. Lepastu aku akan panggil JAIS datang Villa tu. Then aku dengab dia kena tangkap basah. Selepas akad nikah aku dengan dia malam tu..malam tu jugak aku bunuh dia ahahahah" Bulu roma aku menaik. Seram sejuk bila Raihana tergelak sorang ii. Raihana memandang aku sekali lagi sambil menangis.
"Sofea..ka.kau tolong aku ye..kau kan kawan baik aku plez" Aku nak tolong kau tapi bukan cara ni Ana. Aku hanya mengangguk kepala aku.
*********
Nampaknya ubat tidur yang aku beli ni berkesan. Raihana sudah tidur setelah selesai menelefon Tengku Rayyan.
E'eh macam aku pulak yang jahat dalam cerita ni. Aku sudah menelefon orang tua aku dan memaklumkan perkara tersebut. Diorang tak kesah kerana aku mahu menyelamatkan nyawa orang. Manakala Amelia sudah menyumpah aku kerana sanggup buat perkara ini. Aku menarik Raihana lalu menyorokkan dalam stor Villa.
ENDFLASHBACK...
huhu ok korang dah tahu cita sebenar so...kalau tak best tu sorry la tadi tetiba tak dax mood bila tgk cita KAN KU KEJAR CINTAMU buat masa ni...
I'm hate Ray
Ok jangan Lupa Vote N Komen lub youu💋
YOU ARE READING
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...