SPECIAL BAB

23.7K 740 40
                                        

"Abang..sudah-sudah la cium pipi Ayana . Kesian kat dia" Jatuh kesian Aina Sofea akan anak perempuannya itu. Entah berapa lama dia akan digomol oleh Tengku Rayyan. Anthea Qhalisya yang berada di dakapannya segera ditatap.

"Ala biarla. Ayana tak kata apa pun. Sayang ni nak jeles dah kenapa?" Aina Sofea mengigit bibir. Dilihat kemvali muka Ayana Qaisara yang sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Mulut anak kecil itu sudah tercebik.

"Nak cakap apanya kalau umur dia baru 8 bulan. Setakat ukk ekk tu boleh la. Abang tengok muka dia dah merah dah." Tengku Rayyan berjalan menuju kearah isterinya yang berada di sofa. Dia memeluk bahu Aina Sofea dengan mengunakan tangan kiri.

"Terima kasih sayang. Sanggup lahirkan Arian dengan twin kita ni. "

"Abang, jangan cakap terima kasih pun kat sayang. Sepatutnya sayang kena berterima kasih kat abang sebab abang sudi terima saya dan sudi jadi hero buat anak-anak kita." Aina Sofea melabuhkan satu ciuman di pipi Tengku Rayyan.  Pandangannya beralih kembali kepada Anthea.

Tengku Rayyan mengukirkan senyuman. Ada satu idea nakal di benak fikirannya kini.

"Sayang.."

"Hmm" Aina Sofea tidak menoleh. Tangannya memicit-micit pipi tembam Anthea. Kalau dibandingkan Ayana dengan Anthea. Anthea lebih tembam.

"Sayang..."

"Apa abang?" Aina Sofea menarik katil bayi yang disediakan di ruang tamu. Dia membaringkan . Tujuan katil itu berada disitu kerna Tengku Rayyan tak mahu meninggalkan budak-budak ini diatas. Katanya takut apa-apa kan terjadi jika mereka berdua sibuk dengan kerja masing-masing.

"Jum hantar Ayana dengan Anthea tinggal dengan papa nak?" Aina Sofea mengerutkan dahi.

"Buat apa? Kita kan ada" Jawapan lurus Aina Sofea itu membuatkan Tengku Rayyan mengetap bibir. Kenapalah aku ada isteri yang lurus bendul pasal bab ni?.

"Yala tapi...abang dah lama tak rasa ehem-ehem tu" Serta merta muka Aina Sofea menjadi merah. Satu cubitan diberikan kepada Tengku Rayyan.

"Sayang ni!.." Tengku Rayyan menjeling Aina Sofea.

"Abang la. Ada ke patut cakap macam tu depan budak-budak."

"Ala Ayana dengan Anthea mana faham." Bentak Tengku Rayyan.

"Arian kan paham" Kata Aina Sofea dengan perlahan.

Lupa pulak Tengku Rayyan dengan anak terunanya itu. Matanya segera menangkap kelibat Arian yang sedang menonton Tv dihadapannya.

"Arian.." Arian menoleh ke belakang.

"Ye papa." Tengku Rayyan menarik katil baby yang disisinya. Lalu meletakkan Ayana di dalamnya. Tengku Rayyan turun dari sofa dan duduk disebelah Arian.

"Arian kenapa muncung-muncung ni?. Terjangkit dengan mama ye" Usik Tengku Rayyan. Dia mula menyedari sikap Arian yang suka menyendiri. Perkara ini terjadi selepas Ayana dan Anthea lahir. Kelibat Aina Sofea sudah menghilang ke dapur.

"Tak ada apa la papa" Arian meletakkan remote di lantai dan berlalu pergi menaiki lif. Kegunaan lif itu untuk memudahkan Arian ke tingkat atas. Tengku Rayyan mengeluh perlahan.

Aina Sofea yang baru keluar dari dapur terpandang Arian masuk ke dalam lif. Pandangannya beralih kearah Tengku Rayyan pula. Apalah yang dikatakan oleh Tengku Rayyan sampaikan anaknya mucung begitu.

Langkah kaki teratur menuju ke tempat Tengku Rayyan. Bahu si suami ditepuk perlahan. Aina Sofea duduk bersila dihadapan Tengku Rayyan.

"Kenapa dengan Arian tu? Abang ada kata apa-apa yang buat dia terasa ke?" Tengku Rayyan mengelengkan kepala.

"Habis tu?" Soal Aina Sofea sambil menatap wajah kerut suaminya.

"Abang, entah la sayang. Sayang.."

"Ye kenapa abang?"

"Sayang perasan tak sejak Ayana dan Anthea lahir, perangai Arian berubah?." Aina Sofea mengangguk pelahan. Lama jugak dia perasan akan perubahan sikap Arian. Tapi dia hanya berdiam kerana dia ingin tunggu Arian luahkan apa yang tidak kena akan dirinya.

"Jum ikut abang"

Tengku Rayyan menarik Aina Sofea menuju ke bilik Arian. Pintu bilik Arian dibuka dengan perlahan. Tengku Rayyan menolak sedikit pintu itu untuk melihat keadaan anaknya.

"Ian benci yana dengan thea. Ian nak mama dengan papa main dengab ian. Isk..isk..ian taknak ada adik. Ian rindu mama peluk ian. Ian rindu papa bacakan ian cerita dongeng sebelum ian tidur. Isk ian benci. Benci!" Ian menumbuk bantal dengan penuh perasaan marah.

Sebak hati Aina Sofea bila mendengar kata-kata Arian. Dia mengakui sejak adanya Ayana dan Anthea, kehidupan mereka sedikit sibuk. Dan Arian pula telah menjadi mangsa kesilapan mereka.

Tengku Rayyan menghelakan nafas perlahan. Dipandang wajah Aina Sofea dengan sekilas. Kini pintu bilik Arian sudah terbuka dengan luas. Arian menghentikan perbuatannya lalu menekup muka dengan bantal yang ditumbuknya tadi.

Tengku Rayyan mengambil tempat duduk disebelah Arian malah Aina Sofea melutut di bawah. Rambut Arian dia usap dengan penuh kasih sayang.

"Ian..papa dengan mama nak minta maaf sebab kami tak beri perhatian yang secukupnya buat Ian." Kata Tengku Rayyan.

"Ian..mama pun nak minta maaf. Mama tahu mama salah. Maafkan mama dengan papa ye sayang?" Pujuk Aina Sofea pula.

Arian meletakkan bantal ke tepi. Wajahnya yang sedikit sembab dielus lembut oleh Aina Sofea.

"Emm papa..dengan mama dah tak sayang ian isk..isk" Ucap Arian dengan sendu yang tersisa.

"Papa sayang ian. Mama pun sama. Cuma kami terleka, kami sibuk uruskan Ayana dengan Anthea sampai lupakan anak sulung kami ni" Tengku Rayyan merangkul badan kecil Arian untuk merapatinya. Aina Sofea pula babgun dan duduk disebelah Arian.

"Papa minta maaf ye."

"Mama pun sama"

"Ian maafkan tapi..janji jangan lupakan ian. Ian sedih tau" Ujar Arian .

"Janji!" Kata mereka berdua dengan serentak. Tengku Rayyan memeluk badan Arian dan begitu juga dengan Aina Sofea.

Jangan lupa voteNkomen❤

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang