BAB 45

21.2K 613 45
                                        

"Wei harini kita ada meeting kat BRADENZA HR kan." Tanya Elizabeth sambil melihat Tengku Rayyan yang sedang mengulungkan kertas presentation untuk meeting nanti.

"Ye. Eliz kau jangan lupa bawak fail yang kita perlukan tau."

"Kau ingat aku ni jenis yang pelupa ke?" Elizabeth mencebik.

"Tak la aku cuma peringatkan kau je "

Tengku Rayyan mencapai kunci kereta yang berada di atas meja. Elizabeth membuka pintu untuk Tengku Rayyan kerna tangan lelaki itu sudah penuh dengan fail-fail.

Kini mereka berada di hadapan syarikat yang megah ini. Tengku Rayyan mengambil barang-barang yang ada di bonet belakang. Elizabeth mengambil separuh dari fail yang ada di tangan lelaki itu.

Pintu lif kian tertutup. Tengku Rayyan berlari dan menahan pintu dengan tangan. Elizabeth masih tergopoh gapah mengejar Tengku Rayyan. Dengan tidak sengaja dia terlanggar tubuh seseorang. Elizabeth meminta maaf dan berlalu pergi. Dia langsung tidak sempat bersembang dengan wanita tersebut. Tapi kalau dia nak bersembang pun, mana boleh!. Dia ada meeting penting hais.

"Kau ni cemerkap la. Kesian kat perempuan tu . Kau langgar dia sampai terjatuh." Bebel Tengku Rayyan. Entah mengapa dia rasakan gusar bila melihat gadis yang kurus bagaikan rating kayu itu terjatuh.

****
Arian mencucikan tangan sehingga bersih. Akhirnya hajat yang ditahan-tahan tadi sudah dibuang. Dia berjalan seperti kanak-kanak yang normal seperti yang lain. Terpaksa jugak la dia pakai kaki yang dibenci ini.

"Ian.." Arian menghentikan langkah kakinya. Dia menoleh ke belakang. Arian mengarukan kepala yang sedikit gatal. Pelik budak lelaki ini bila melihat senyuman yang terukir di wajah Wafiy. Selalunya  lelaki jahat itu akan memarahi dia.

"Uncle nak apa?" Arian menjeling tajam kepada Wafiy. Di dalam lubuk hati Wafiy, lelaki itu sudah memaki hamun Arian. Kurang diajar sungguh budak dihadapannya ini.

"Aku nak bagi kau amaran! Jangan kacau aku dengan mama kau FAHAM! Nanti bila aku dah kahwin dengan dia. Aku nak buang kau jauh dari life kitaorang!!" Wafiy mengelus lembut rambut Arian.

"Mama bukan suka kat uncle pun. Uncle je yang perasan lebih. Bwek" Arian menjelirkan lidah lantas memijak kaki Wafiy dengan kaki kanan. Dia berlari terus masuk ke bilik yang tidak diketahui olehnya.

Ramai mata yang memandang Arian. Budak itu hanya tersenyum dan membuat peace kepada orang disitu. Elizabeth yang perwatakkannya seperti kebudak-budakkan turut membalas peace Arian. Tengku Raykal dan Tengku Rayyan terhenti pergerakkan melihat budak dihadapannya kini. Entah kenapa? Mereka merasakan yang mereka amat mengenali budak ini.

"Arian!!!" Terhinjut bahu Arian bila terdengar jeritan Wafiy. Tanpa membuang masa dia memeluk tubuh seseorang yang dekat dengannya. Iaitu Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan dan Tengku Rayyan saling membalas pandangan. Mata Tengku Rayyan tertumpu ke wajah Arian. Jangan kata ini adalah anak kandungnya.

" Arian! Mana kau?" Wafiy yang baru masuk ke ruangan itu segera menuju keara Tengku Rayyan.

"Bro ini anak aku. Dia buas sangat. Arian sayang, jum ikut papa meh" pujuk Wafiy sambil matanya membesar.

Tengku Rayyan yang menolak sedikit Arian agar Wafiy boleh mengambilnya dari Tengju Rayyan. Arian mengenggam baju kot Tengku Rayyan sambil kepalanya disorok di belakang badan Tengku Rayyan.

" Takpala bro, nanti dia dah ok aku hantar dia kat mak dia." Tengku Rayyan menggunakan bahasa lembut agar Wafiy setuju namun lelaki itu berusaha menarik Arian.

" Kau jangan sampai aku patahkan tangan kau. Kau tak dengar aku cakap apa?" Tengku Rayyan mula mengeluarkan auranya. Matanya memberi pandangan yang cukup tajam sehingga bulu roma Wafiy segera merinding

Wafiy mula memandang sekeliling. Baru dia sedar ramai orang disitu. Mulai timbul rasa malu. Wafiq segera pergi dari situ.

Tengku Rayyan kembali menjatuhkan pandanga kearah Arian. Arian tersenyum gembira setelah melihat Wafiq pergi. Dia menghadiahkan segari senyuman buat Tengku Rayyan.

Tiba-tiba jantungnha berdegup laju. Kenapa dia rasaseperti dekat sahaja dengan budak itu walhal kenal pon tidak. Inikan rapat dengannya.

Seorang lelaki tua memakai tongkat masuk ke ruangan itu. Dia terkejut melihat Arian berada disitu.

"Arian?"

"Atok!!"

"Ian! Ian buat apa kat sini?" Tanya Dato Razali bila melihat cucu angkatnya tiba-tiba ada di bilik pejabat. Tengku Rayyan melabuhkan pungung diatas kerusi. Seronok dia melihat kemesraan Arian dengan Dato Razali.

'mungkin cucu Dato Razali kut. Aku ingat anak aku tadi? Eh.. bukan anak aku, anak perempuan tu'

"Uncle wafiy ugut Ian."  Dato Razali terdiam sebentar. Dia memegang bahu Arian dang menghadapkan badannya dihadapan orang disitu.

"Arian perkenalkan diri Arian" Arian tersenyum dan menarik nafas panjang.

"Hai assalamualaikum uncle and auntie. Nama saya ARIAN. Umur saya 5 tahun. " Terang Arian sambil tersenyum.

"Mama mana Arian" soal Elizabeth. Dia ini bukan boleh melihat budak. Lagi-lagi budak secomel Arian.

" Haah mama,Eh mesti mama tengah tunggun Arian kat bawah" Arian mula menunjukkan riak wajah risau.

"Mama Arian kerja apa?" Papa?" Soal Tengku Raykal. Dia pun turuk merasakan hal yang sama dirasakan Tengku Rayyan . Mungkin Aina Sofea berada disini.

" Mama kerja kat sini uncle, kerja cuci-cuci. Kalau papa..Papa Arian work. Jadi Arian dengan mama berdua." Arian tersenyum manis.

"Arian kena pergi ni. Nanti mama risau". Arian mula meminta diri.

Mendengar cerita Arian tentang perkerjaan ibunya itu membuat hatinya meronta-ronta kerna mahu tahu siapa ibunya. Bagaimana kalau mama Arian adalah Aina Sofea. Dan Arian ini anak kandungnya.

"Arian..." Suara yang lembut tapi kedengaran lelah itu mengamit perhatian Tengku Rayyan.

Aina Sofea mengetuk pintu lalu meminta izin kepada Dato Razali untuk masuk ke dalam. Apabila Dato Razali mengizinkan dia segera masuk.

"Arian pergi mana sayang? Mama risau tau." Aina Sofea cuba menenangkan hatinya. Dari tadi dia mencari Arian. Naik ke seluruh tingkat di bangunan Brandenza Hr semata-mata mencari Arian.

"Sorry la Dato, kalau Arian ni kacau meeting Dato ni.."

"Arian tak kacau orang la mama!" Bentak Arian . Budak itu menidakkan salahnya. Aina Sofea yang geram dengan anak pintar itu menarik telinga Arian dengan perlahan.

"Auch mama...ok fine Ian salah" Arian pasrah. Dia mencebikkan bibir.

Aina Sofea berpusing mengadap perkerja yang ada di bilik mesyuarat ini. Aina Sofea terkedu, tergamam, terpempam bila melihat Tengku Rayyan di depan mata. Air mata mula berhimpun di tubir mata. Betulkah lelaki yang dihadapannya ini ialah lelaki yang dicintainya itu?. Ataupun ini ilusi semata-mata?.

Mata mereka bertentangan. Tengku Rayyan melihat Aina Sofea dari bawah sampai atas. Banyak perubahan yang berlaku akan gadis itu. Kalau ikutkan hatinya dia ingin menarik Aina Sofea kedalam pelukan namun mengingatkan perbuatannya beberapa tahun dahulu, dia terus  menbatalkan niat.

Tengku Rayyan segera alihkan pandangannya. Egonya masih kuat. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan gadis itu. Gadis yang dia cinta.

Arian memengang tangan Aina Sofea lalu mengoyangkan dengan perlahan. Dia memanggil Aina Sofea.

"Mama jum balik" Aina Sofea mengangguk.

Dia mula mengatur lamgkah untuk keluar namun sebaik sahaja dihadapan pintu, pandangannya terus gelap.

Jangan Lupa VoteNKomen😭

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang