BAB 53

20.5K 562 16
                                    

Elizabeth membuka pintu bilik Tengku Rayyan dengan perlahan. Dia melihat Tengku Rayyan yang sedang asyik melihat projek syarikat. Dengan berhati-hati, Elizabeth berjalan menuju kearah Tengku Rayyan. Sudah pasti Tengku Rqyyan tidak tahu akan keberadaannya disitu kerana Tengku Rayyan berdiri membelakangi gadis itu.

1

2

3

"Rayyan!!" Elizabeth melompat ke belakang Tengku Rayyan. Elizabeth memeluk leher Tengku Rayyan. Kakinya diletakkan diatas pinggang lelaki itu supaya dia tidak terjatuh. Tengku Rayyan terkejut.

"Weii lepasla! Apa kau ni Eliz!" Tengku Rayyan memegang tangab Elizaberh yang berada di lehernya lalu menarik-narik agar pegangan itu terlepas. Tapi usahanya sia-sia sahaja bila Elizabeth mengeratkan lagi pegangan tangannya.

"Kau ni memang jenis lupa kawan kan?! Dah 5 hari aku tak jumpa kau tahu! Aku chat kau pun, kau tak balas!" Elizabeth mencebikkan mulut.

Tengku Rayyan mengurut dahi yang berdenyut-denyut memikirkan perangai kebudak-budakkan Elizabeth. Tengku Rayyan takut sekiranya ada pekerja yang masuk ke dalam bilik ini dan memberikan tanggapan yang tak elok. Rosak imejnya nanti.

"Okok aku salah. Tolong lepaskan aku. Tak elok la kalau orang tengok kita macam ni" Tengku Rayyan melepaskan keluhan berat.

"Taknak! Aku selesa la macam ni" Tengku Rayyan tercengang bila Elizabeth meletakkan kepala diatas bahunya. Ini bukan Elizabeth yang dia kenal selama 5 tahun lepas. Elizabeth 5 tahun lepas bersifat ganas, dan tidak suka akan aksi gedik sebegini. Tengku Rayyan mencuba lagi untuk lrpaskan pelukan Elizabet yang menjerut lehernya.

Prakkk

Aina Sofea memandangTengku Rayyan dengan mata berair. Niat di hati mahu mengajak si suami lunch bersama. Tapi dengan tidak sengaja dia melihat suasana yang dia tak patut melihatnya. Dada berombak dengan laju. Gadis yang di belakang Tengku Rayyan segera turun dari dikendong. Gadis tersebut membetulkan baju yang tersingkap sedikit.

Elizabeth mengelus rambut kebelakang sambil mengigit bibir. Sungguh dia terkejut dengan kedatangan seorang wanita bertudung itu. Sesekali matanya dilirikkan melihat Tengku Rayyan yang terkaku. Kenalkah Tengku Rayyan akan wanita ini?.

Tengku Rayyan menapakkan kaki menuju mendekati Aina Sofea. Tangan gadis itu cuba dia capai tapi gadis itu menarik tangan kebelakang.

"Sayang..abang boleh jelaskan." Tengku Rayyan mengangkat kedua belah tangan keatas.

"Jelaskan? Jelaskan apa lagi!. Dah terang lagi bersuluh perempuan ni peluk abang. Tengku Rayyan, awak memang dah melampau. Saya kecewa dengan awak" Empangan air mata sudah pecah. Tengku Rayyan cuba untuk memeluk Aina Sofea tetapi gadis itu semakin mengundur ke belakang.

"Sayang please.. Bagi abang je.."

"NO! Saya dah penat. Hey perempuan murahan! Kalau ye pun kau ni memang dah murah..jangan ambil suami orang. Dasar betina.."

Pang

Aina Sofea memegang pipinya yang berasa perit setelah ditampar oleh Tengku Rayyan. Darah yang keluar dari tepi mulutnya segera dikesat. Dia mengambil tas tangan dan berlalu pergi.

Elizabeth yang tersedu-sedu akibat menangis terus memeluk Tengku Rayyan. Sayang jugak lelaki itu terhadapnya. Itulah tanggapan yang diberikan oleh Elizabeth. Tengku Rayyan menolak Elizabeth dengan kasar.

"Puas?! Aku dah suruh kau lepaskan aku tadi tapi kau tak dengar. Aku dan isteri aku baru nak berbaik tau Eliz. Tapi disebabkan perbuatan tak semenggah kau ni, aku tampar wanita yang aku cinta." Tengku Rayyan menumbuk dinding pejabat dengan kuat.

Gemuk VS Mafia (Complete)Where stories live. Discover now