BAB 47

22K 629 53
                                        

Tengku Raykal menyandarkan badan di pintu bilik sambil memerhati Amelia yang berada di beranda. Pasti gadis itu di sedang memikirkan tentang Aina Sofea.

Perlahan-lahan dia mendekati Amelia. Tangan dia diletakkan diatas bahu gadis itu. Amelia seakan tersedar dari mimpi. Sebaris senyuman diberikan kepada suaminya.

"Sayang ingat abang dah tidur." Amelia memeluk lengan Tengku Raykal. Kepala gadis itu digosok lembut.

"Abang baru tidurkan Raes. Sekarang abang nak tidurkan sayang." Dengan spontan satu cubitan dilepaskan.

"Auch, sakit sayang."

"Gatal lagi" Amelia tergelak senang.

Hampir tiga tahun usia perkahwinan mereka. Jujur dia agak terkilan apabila Aina Sofea tidak ada disisinya saat dia meniti hari bahagia. Kalau ikutkan rasa hati dia mahu membatalkan rancangan untuk berkahwin dengan Tengku Raykal. Namun setelah dipujuk oleh Encik Kamil. Dia pun setuju untuk meneruskan.

Tangannya perlahan-lahan melingkari pinggang Tengku Raykal. Dia mengeratkan pelukkan. Tengku Raykal menundukkan wajah agar dia bisa melihat wajah isterinya.

" Abang, Lia rindu kak Aina. " Esak Amelia.

"I know" Tengku Rayyan menepuk bahu isterinya untuk menenangkan gadis itu.

" Abang tolong cari dia dengan Aryan. Lia rindu diorang. Dah dekat 5 tahun diorang hilang" rayu Amelia. Rindu ini sungguh menyesakkan dadanya.

Tengku Raykal belum memberitahunya bahwa dia sudah berjumpa Aina. Ingin dia ceritakan kisah yang berlaku tadi tapi keadaan Aina tidak mengizinkan. Kalau isterinya tahu apa yang terjadi tadi pasti gadis itu lagi sedih.

Amelia goyangkan lengan Tengku Raykal sebanyak 2 kali. Pandangannya penuh dengan harapan. Masih tersisa air mata di hujung mata.

Tengku Raykal mengangguk perlahan. Ibu jarinya dinaikkan di pipi Amelia lalu mengesat kesan air yang mengalir tadi.

Amelia tersenyum senang. Pelukan dieratkan.

******

Tengku Rayyan mengambil salah satu file yang tersusun diatas mejanya. Dibuka file itu lalu disemak. Riak wajahnya begitu tenang namun hanya dari luaran.  Tiada siapa yang tahu fikirannya sekarang sudah melayang entah kemana.

"Nah ambil ni." Beberapa not RM50.00 dihulurkan kepada Aina Sofea.

Aina Sofea hanya memberikan pandangan yang kosong. Aina Sofea lebih memilih meninggalkan Tengku Rayyan seorang diri di tapak letak kereta dihadapan hospital. Arian hanya mengikuti langkah ibunya walaupun tidak mengerti akan keadaan sekarang.

Dengan sekali tarikkan, badannya sudah menghadap Tengku Rayyan. Pandangan yang diberikan oleh lelaki itu begitu tajam. Dulu mungkin dia akan menundukkan pandangan jika lelaki itu melakukan sedemikian namun sekarang dia sudah berjanji melawan. Mungkin perasaannya terhadap Tengku Rayyan sudah hilang.

" Ambil duit ni"

" Taknak" Tengku Rayyan mendengus.

" Boleh tak jangan melawan cakap aku?!. Baik kau ambil duit ini. Kau tu bukan mampu. Duit ubat pon aku bayarkan. Ada hati nak sombong dengan aku." Begitu sinis lelaki itu bila membuka bicara.

Kalau diri itu tak ikhlas, tidak usahlah dia menyusahkan diri.
Bukannya gadis itu yang minta Dia berbuat sedemikian. Lelaki itu yang menawarkan diri. Sekarang mahu mengungkit pulak. Lempang baru tahu.

" Tengku Rayyan, awak nak saya cakap bahasa apa dengan awak supaya awak faham" Aina Sofea memberi pandangan tajam.

Tengku Rayyan tidak mahu mengalah. Dia turut membalas pandang Aina Sofea. Sudah berani gadis itu sekarang.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang