Songkok dibetulkan. Teragak-agak dirinya untuk masuk kedalam bangunan megah ini. Melihat kawasan itu begitu luas dan ada ramai.orang disitu membuat dia lagi segan untuk masuk. Namun disebabkan satu tekad di hati, mahu atau tidak dia terpaksa beranikan diri.
Encik Kamil melangkahkan kaki masuk ke dalam Tengku's Holding. Dia berjalan kearah penyambut tetamu disitu. Dia menjadi gugup untuk mengeluarkan kata.
"Ya pakcik, Selamat datang ke Tengku's Holding. Apa yang boleh saya bantu?" Soal seorang gadis yang berada disitu.
" Saya datang nak jumpa Tengku Rayyan." Encik Kamil tersenyum sambil mengarukan kepala.
" Pakcik ada buat appointment?" Lagi mengaru Encik Kamil.
" App..ment apa tu" Manalah Encik Kamil tahu benda semacam itu. Pekerja itu tergelak kecil.
" Janji temu"
"Ouh janji temu. Tak ada. Saya bapa mertua dia." Pekerja yang memakai tag bernama Azura itu menggelengkan kepala perlahan.
Pakaian pon kotor. Ni ke bapak mertua pemilik syarikat ini. Pekerja itu melihat Encik Kamil dari atas hingga bawah. Dia membuat muka tidak suka.
"Abah.." panggilan dari seseorang menarik perhatian Encik Kamil.
Dia melihat gerangan yang memanggilnya. Tidak disangka orang yang ingin dia jumpa sudah berada di depan mata. Azura terkedu. Dia berlalu pergi dari situ kerana malu akan pandangan sinis yang dia berikan kepad Encik Kamil.
Tengku Rayyan menundukkan kepala. Rasa bersalah mulai menguasai dirinya. Kenapa lelaki ini datang jauh-jauh dari kampung halamannya semata-mata mau menjumpai dia?. Mesti ada perkara yang memaksa lelaki itu berbuat sebegitu.
" Abah nak jumpa kejap. Tak ambil masa yang lama. Jom abah belanja minum. Rasanya kat depan bangunan kamu ni ada kedai makan." Terdengar sayu nada yang diberikan Encik Kamil.
Tengku Rayyan hanya menganggukkan kepala tanpa keluarkan kata-kata. Agak berat baginya mengeluarkan kata sekarang. Dia sudah menipu lelaki tua ini dengan janji-janji palsu.
*******
Kini dia berada dihadapan lelaki tua ini. Mata yang sayu dan penuh dengan kesedihan itu menatapnya. Dia seperti tak tentu arah. Malu, malu dengan sikapnya. Dia hanya mampu tundukkan pandangan. Apalah yang mampu dia perkatakan sekarang ini.
" Abah, Emmm pakcik" teragak-agak Encik Kamil ingin membahasakan diri sebagai ayah mertua Tengku Rayyan.
" Takpa abah, Rayyan dengan Sofea tak cerai lagi. " Encik Kamil tersentak.
"Kamu gantung tak bertali. Ya Allah, kesian anak aku" sebak Encik Kamil . Tangisannya ditahan agar tidak memalukan Tengku Rayyan.
Lelaki seperti Rayyan pun Encik Kamil mahu menjaga maruahnya walau Tengku Rayyan melayan Aina Sofea bersama cucunya seperti haiwan. Dihalau, dihina, diberikan pilihan yang tidak masuk dek akal.
Makin tunduk Tengku Rayyan.
" Rayyan kenapa kamu, kamu begitu kejam."
" Maafkan Rayyan abah. Rayyan tak ada niat nak gantung Sofea tak bertali. Rayyan tak mampu lepaskan Sofea" Tengku Rayyan mengigit bibir. Kenyataan selama 5 tahun dia bongkarkan.
Perasaan yang dia pendam, yang dia simpan dengan rapi terbongkar angkara Encik Kamil. Dia sayang, cinta Aina Sofea namun kerana ego, kebenciannya terhadap seseorang yang hadir di dalam hidupnya. Dia membuang cinta itu seolah-olah tiada apa.
" Abah tak rasa kamu cinta dia. Mungkin kamu sayang dia tapi kamu tak cinta." Keras nada yang diberikan Encik Kamil.
" Abah, Rayyan betul cinta.."

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...