"Aku tak sangka begitu murahnya perempuan gemuk macam kau."Pedihnya hatiku ini. Bukan ini yang aku nak. Perbuatan aku ni salah ke? Salahkah aku ingin memiliki cinta? Salahkah aku hanya mahu merebut peluang. Sudah 5 jam aku menjadi isteri kepada Tengku Rayyan, ya I.S.TE.R.I. dan aku stay tak percaya yang aku sanggup buat semua ni. Air mata ku biarkan ia berlinangan. Aku memeluk lutut dan mendengar Tengku Rayyan menghina diriku.
Flashback...
"He..hello tolong saya!!tolong plez datang ke Villa Ros..sa...ya isk ada orang nak bunuh saya..plez help me...arghhh jangan arghh plez"
Panggilan tadi telah tertutup. Pada awalnya Tengku Rayyan baru saja sampai ke syarikat selepas meeting dengan Datok Iskandar. Tapi dengan tiba-tiba dia mendapat panggilan yang tidak dikenali. Bila mengetahui tujuan sebenar dia pun terkejut. Tengku Rayyan merasakan tidak sedap hati atas perkara itu. Apapun yang terjadi dia harus tolong perempuan tersebut.
Tengku Rayyan menekan interkom." Lisa..cancel meeting I harini..I ada kerja nak dibuat."
Tengku Rayyan mencapai briefcase dan Kotnya lalu meninggalkan syarikat Tengku's Holding
*************
Ya Allah apa yang aku buat ni?. Aku menundukkan pandangan. Merenung kesilapan yang bakal aku buat. Tapi aku yakin lepasni hubungan aku dengan dia mesti takkan baik.
Tuk
Tuk
Tuk
Sudah aku tahu siapa yang di pintu. Aku masih terkaku di situ. Tengku Rayyan merempuh masuk lalu berjalan di sekeliling rumah. Mata aku bertembung dengan mata Tengku Rayyan. Aku tahu mesti dia tengah keliru.
"Ka..kau buat apa kat sini?"
"Sa..saya um..saya" Tergantung ayat aku apabila pintu diketuk kali kedua.
5 orang lelaki berjubah berada di hadapan aku dan Tengku Rayyan. Muka Tengku Rayyan bertukar jadi merah. Aku redha.
Malam itu menjadi saksi akan akad ku dengan Tengku Rayyan. Ibubapanya tidak tahu pasal ini begitu jugak la ibubapa ku. Amelia pun sudah kembali ke kampung.
End Flashback
Aku tersedar dari lamunan bila terasa rambut aku ditarik dengan kasar.
"Hey pompuan kau dengar sini..kau memang dah cari pasal dengan orang yang salah. Kau nak sangat kahwin dengan aku kan..aku harap kau tak menyesal"
"Isk sakit awak...sakit"
"Sakit?! Kau fikir kau punya sakit tapi kau tak fikir betapa sakit hati aku terima orang yang aku tak cinta dalam hidup aku. Hey betina sundal aku akan pastikan hidup kau terseksa sebab kau aniaya aku macam ni" Tengku Rayyan menarik rambut aku supaya aku berdiri lalu dia menolak aku dengan kuat sampaikan kepala aku terkena bucu meja. Pandangan aku menjadi kelam.
***********
Kepala aku sungguh sakit. Badan aku mengigil kesejukkan. Aku melihat darah yang berhampiran dengan mukaku. Jam waktu tu sudah pukul 3 pagi. Aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Apabila aku berpaling aku melihat seorang yang aku cintai sampaikan aku sanggup mengadaikan maruah aku. Perbuatan aku itu telah mengundang kemarahan si dia.
Sekarang aku perlu menilik kepala aku yang tak terbalut akibat luka semalam. Air-air yang dibenci aku mula menakung di mata. Bagi aku orang yang menangis ini lemah. Itulah sebab aku tak suka melihat orang menangis tapi bila diri sendiri kena sakit di luar tidak dirasai lagi tapi sakit di hati akan dirasai sampai bila-bila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...