BAB 18

16.1K 563 9
                                        

Sudah 3 jam Tengku Raykal memukul punch bag. Memang rutin hariannya untuk berada di gim. Selalunya dia akan bersama Tengku Rayyan disini. Tapi sekarang dia tengah bergaduh dengan sepupunya itu. Tengku Rayyan mencapai botol air lalu meneguk dengan rakus.'hais..boring la kalau Rayyan tak de. Nasib la aku cinta dia sampaikan sanggup buat macam ni. Tapi kalau nak dibandingkan antara pengorbanan aku dengan Si Aina Bakal Kak Ipar aku tu memang tak boleh lawan la' Tengku Rayyan membaringkan badannya.

"Penat ke?" Kehadiran gadis itu mula mengundang senyuman dibibir Tengku Raykal. Soalan gadis itu sama bodohnya macam soalan Rayyan dulu. Tapi takkan nak bagi jawapan sama macam Tengku Raykal bagi kat Tengku Rayyan haritu. Buatnya gadis ini tak mahu padanya tak ke naya?.

"Semestinya la awak. Tapi saya tak kesah asalkan body saya mantap. Nak lawan abang ipar awak tu" Amelia menghamburkan tawanya. Tapi sekejap je senyuman itu terukir.

"Kenapa? Awak ada masalah ke?" Tengku Raykal mengesan kegusaran di hati bakal kekasihnya. Yela mana boleh diorang kapel lagi kalau kakak Amelia tak bahagia. Itulah syarat yang diberi oleh Amelia. Pagi tadi dia terpaksa berlakon depan Tengku Rayyan dan Aina Sofea. Mesti diorang pelik ahah.

"Tadi saya jumpa kakak saya." Air mata mula bertakung di tubir mata Amelia.

"Lepastu" Tengku Raykal mula rasa tak sedap hati.

"Kepala dia Kal..kepala dia terhantuk kena bucu. Pastu luka habis kepala dia..bukannya dia nak bawak pergi klinik ke apa? Dia biar je akak saya pengsan kat lantai dengan kepala yang brdarah tu. Kenapa kejam sangat abang Rayyan sampaikan sanggup buat Akak saya macam tu..isk..isk..Rayyan tu bukan manusia tapi..isk binatang" Amelia menangis teresak esak. Tengku Raykal tidak percaya yang sepupunya sanggup buat macam tu. Amelia mengambil telefonya lalu menyerahkan kepada Tengku Raykal.

"Gambar tu kitorang amik waktu kitorang nak pergi bercuti kat pahang. Akak suka pergi sana sebab banyak adik beradik kami kat sana. Saya rindu senyuman kak Sofea waktu tu. Cantik. Sekarang senyuman tudah mati.. Dah mati Raykal..isk isk" Amelia kembali meraung. Tengku Raykal hanya membiarkan sahaja. Mahu dipeluk bukan muhrimnya. Tenglu Raykal membelek foto tersebut. Gambar itu menunjukkan Aina Sofea dipeluk dari belakang Amelia. Senyuman yang manis sekali.

Cantik..'

'Rayyan kenapa kau kejam sangat?..

***********

Sudah hampir 2 bulan usia perkahwinan aku dengan Tengku Rayyan. Apa yang Tengku Rayyan cakapkan pada awal perkahwinan aku semua jadi kenyataan. Sekarang ini memang aku sudah cukup terseksa. Tengku Rayyan langsung tidak mengendahkan diriku. Banyak kali aku cuba untuk berbual dengannya tetapi hasil cubaan itu sungguh menghampakan.

Aku meneliti halaman belakang rumah suamiku. Cantik..sungguh cantik. Banyak jugak bunga yang ada kat taman ni. Haih kalau Si Tengku tu playboy mesti dia dah tak payah beli bunga. Kutip kat taman ni aje pun dah cukup. Semua bunga kat Taman ni semua fresh ii. Tenang je rasa hati aku bila ada kat sini.

Ada satu bunga yang menarik perhatian aku. Bunga ros. Bunga itu tampak segar sekali dan besar. Baunya sudah mengamit hidung aku. Aku menundukan pandangan di meja berdekatan disitu. Haah dah jumpa. Gunting kebun aku pegang dengan betul. Buatnya silap aku pegang benda ni tak pasal ii aku terbunuh. Dahla mata gunting ni tajam.

Tanpa membuang masa aku potong bunga ros tersebut. Hati aku sudah melonjak kegembiraan. Ya Allah wanginya.. Mata aku hanya tertumpu pada bunga itu.

"Sapa bagi kat kau bunga ros tu?" Alamak! Mampos aku. Aku tergamam bila Tengku Rayyan berdiri di hadapan aku lalu memeluk tubuhnya.

"Sa..saya..petik kat taman be..bbelakang rumah" Tiba ii mata Tengku Rayyan terbuntang.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang