BAB 21

16.5K 508 8
                                        


Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipiku. Siapa kata tak bosan kalau duduk rumah besar seorang diri?. Bosan gila. Aku nak je kerja. Tapi nak buat macam mana? Tengku Rayyan tak izinkan aku kerja. Sebabnya adalah dia tak mahu aku pecahkan rahsia dia. Logik ke tu?.

Kalau memang aku nak bagi semua orang tahu yang aku ni isteri Tengku Rayyan dah lama aku buat. Berpikiran cetek sungguh.

Sekarang kerja aku adalah jadi tukang kebun tak bergaji di rumah Tengku Rayyan a.k.a suami sendiri.

Pokok-pokok ini sentiasa segar. Yela dah Aina Sofea yang jaga. Kalau nak diharapkan Tengku Rayyan tu..mati habis pokok bunga ni.

"Ros kau minum banyak-banyak ye? Pastu kau siapkan diri kau cantik-cantik tau" Pesan aku kepada bunga ros yang aku siram.

"Kau cakap dengan sapa? Siapa ros?" Aku memalingkan wajah melihat si dia yang sedang bersandar di dinding.

"Tengku ni buat saya terkejut je la. Nasib saya tak ada sakit jantung. Kalau saya ada penyakit tu nanti tak pasal-pasal Tengku jadi duda nak?" Aku sengaja mengacah-acah si Tengku ni. Nak jugak aku tahu dia ni sayang aku ke tak?.

"Duda? Bagus jugak idea kau tu. Tapi aku taknak sebab bini aku mati aku jadi duda. Aku nak jadi duda waktu bini aku hidup lagi."

"Hah?! Tak paham la" Sakitnya hati!!

"Haha..maksudnya kita bercerai la cik sofea oiii."

Kesedihan mula menyapa hati aku. Terasa lemah tubuh badan aku yang gempal ni. Kenapa dia perlu sebut pasal bercerai ha?. Takkan selama 5 bulan ni tiada sekelumit cintanya buat diri aku.

"Woi aku tanya ni!!"

"Hah?! Tengku tanya apa?"

"Kau ni memang suka mengelamun kan. Hais aku tanya kau masak apa hari ni?"

"Sa..ya saya masak ikan 3 rasa, kailan ikan masin, emm..apalagi ekk...Hah! Sambal belacan nyumm sedapnyaaaa" Kalau ikutkan hati aku, aku nak je makan terus makanan yang aku masak tadi. Tapi bila mengenangkan si suami yang penat berkerja kat office..terbatal terus niat aku ni. Daripada aku makan sorang-sorang baik aku makan berdua dengan Tengku Rayyan lagi best. Boleh curi-curi pandang wajah hensem dia tu hihi.

"Jum la layan aku"

"Hah?ap..apa maksud Te..Tengku?

" Ahahahhaha..." Tengku Rayyan ni kena sampuk ke? Tiba-tiba je gelak. Seramm aku.

"Tengku..kenapa Tengku gelak? Saya rasa soalan saya tu tak ada benda yang kelakar pun"

"Ya Allah, sofea-sofea lembap la kau ni. Aku suruh kau layan aku kat dapur bukan atas katil. Huh.. Lagipun aku takde selera la tengok badan kau ni. Tak sangka otak kau ni kuning jugakkan"

"Apa kuning?otak kuning?apatu?"  Tengku Rayyan ni suka sangat buat aku sakit hati dekat dia. Aku tonyoh mulut tu dengan cili baru tau. Ada ke patut dia kata dia tak ada selera tengok badan aku yang seksi lagi mengoda ni. Badan aku ni seksi tau, tapi seksi aku tak tunjuk kat orang.

"Kau nak aku cakap direct erk? Ok, aku kata otak kau blue"

"Hishh Tengku Rayyan ni mana satu? Tadi kata otak saya warna kuning..sekarang kata otak saya blue pulak? Mana satu ni"

Tengku Rayyan terlopong. Aku menghentakkan kaki meninggalkan taman itu. Bukan aku tak paham apa yang dikatakan oleh Tengku Rayyan tadi. Aku sengaja buat-buat tak paham.

Aku menghidangkan lauk-pauk yang aku masak tadi. Pingan yang asalnya kosong sudah berisi nasi. Tengku Rayyan hanya memandang aku. Buat masa ni aku nak merajuk dengan dia sekejab. Bukan selalu nak buat macam ni.

Makan malam kami berdua sungguh sunyi. Tiada satu pun suara dari pihak Tengku Rayyan dan aku.

************

Encik Kamil duduk di beranda rumah kayu itu. Kepalanya didongakkan memandang langit yang gelap dan dihiasi bintang-bintang. Indah sungguh malam ini. Tanpa disedari air mata Encik Kamil mula bertakung. Hatinya berasa sungguh sunyi.

Rindu kepada kedua puterinya belum terubat. Lagi oerit bila puteri sulungnya kahwin dengan lelaki yang mungkin akan musnahkan hidup puterinya itu.

"Abang, abang fikirkan Aina lagi ke?" Risau mula bertandang di hati si isteri. Dalam beberapa bulan ini kelakuan suaminya sudah tidak macam dulu. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi?ermm tak tau la pulak. Perangai suaminya berubah bila Aina Sofea mengkhabarkan tentang rancangannya itu.

"Tak la Fatty.." Air mata sudah diseka. Puan Fatma membuat muka bila Encik Kamil mengelarkan dirinya Fatty.

"Taknak la panggil macam tu. Fatma tak suka la panggilan tu!"

"La..kenapa pulak? Tu kann panggilan manja awak"

"Macam bukan saja. Yala Fatty dalam bahasa ingeris maksudnya gemuk. Saya tak gemuk la"

"Ahahah..yeke?"

"Hishh malas la layan abang ni. Buat menyakitkan hati saja!huh!"

Baru sahaja Puan Fatma ingin meninggalkan tempat itu. Tiba-tiba lengannya ditarik. Dia terjatuh terduduk disebelah suami yang disayangi itu.

"Aduhh..abang! Fatma bukan muda lagi la. Buatnya pinggang Fatma terkehel macam mana? Abang boleh ke bawak Fatma pergi mengurut kat Mak Leha tu? Mesti taknak kann..sebab abang nanti kata minyak dia busuk la apa la."

"Sayang tak payah nak mengurut kat Mak leha tu pun. Abang kan ada. Alaa abang cuma rindu waktu kita muda dulu-dulu takkan tak boleh kot?"

"Boleh je! Tapi malulah kalau anak-anak nampak."

"Alaa alasan tak logik langsung"

Tangan Puan Fatma melingkar memeluk pinggang Encik Kamil. Siapa kata orang tua-tua tak boleh jadi sweet. Mereka berdua menikmati saat ini.

"IBU! ABAH"

Hampir terlompat mereka berdua. Entah dari mana Amelia datang lalu menyergah mereka.

"Ya allah Lia! Kenapa la lia buat macam ni kat ibu dengan abah! Nak kami mati awal ke lia?" Puan Fatma mengurut dada yang tengah berlari laju.

"Betul tu! Kacau ibu dengan abah nak romantik je!" Encik Kami membuat muka dan berlalu pergi. Muka Puan Fatma sudah menjadi kemerah-merahan. Amelia pulak sudah terkekek mentertawakan ibunya.

"Syok jugak buat suprise ni kann.. Kesian abah tak dapat nak spent time dengan ibu. Aku ni suka merosakkan suasana."

Heyyoooo..macam mana bab ni..sorry kalau ada yang tak faham.


Teruskan membaca..bye..❤




E'eh jangan lupa VoteNKomen💋

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang