BAB 40

18K 529 14
                                        

Amelia tak henti-henti dari menangis. Dia menghembuskan nafas dengan tersekat-sekat. Tengku Raykal  memberikan sapu tangan kepada Amelia. Hendak memeluk gadis itu nanti mampus pulak dia dikerjakan oleh EncikKamil. Maklumlah mereka baru sahaja bertunang bukannya berkahwin.

"Sampai...hati.. Abang Rayyan buat Arian macam tu."

Aina Sofea mengelengkan kepalanya sebanyak empat kali. Bosan pulak dia melihat drama air mata yang dilakukan oleh Anelia. Daripada dia tengok Amelia ni menangis, baik dia tengok keindahan yang berada di pantai ini. Arian duduk dihadapan Amelia tidak henti-henti ketawakan mak saudaranya itu. Kepala Arian yang berbalut memancarkan lagi kecomelan yang sedia ada.

"Awak...sudah-sudah la nangis tu. Tengok Arian pun gelakkan awak tau." Ujar Tengku Raykal sambil mengosok rambut Arian. Amelia memandang Arian yang sedang bermain pasir. Comel.

"Hais...awak ni tak paham. Saya sedih tau anak sedara saya kena macam ni. Kesian dia nanti ada parut kat kepala.macam awak mafia"

"Saya pulak?"

Meluat pulak Aina Sofea dengan Amelia. Aina Sofea mengangkat Arian dan berlalu pergi dari situ. Biar la Tengku Raykal sahaja yang pujuk.

Arian menghisap permainan yang dibeli oleh Tengku Raykal tadi. Satu persatu langkah yang diambil oleh Aina Sofea. Mata tertacap kearah sebuah keluarga yang indah. Kenapa kehidupan dia tidak seperti keluarga tersebut?.

Andainya Tengku Rayyan bersama gadis itu saat ini. Pasti, harini akan jadi satu memori yang tak akan dilupakan oleh Aina Sofea. Air mata gemuk mula bertakungan di tubir mata.

Cup

Pipi Aina Sofea dikucup pantas oleh Arian. Bayi itu mengukirkan senyuman. Arian mengelap air yang sudah membasahi pipi Aina Sofea. Tindakan yang dibuat oleh Arian mula mengundang tawa gadis itu.

"Arian ni suka buat mama tersenyum..mama nak drama sikit pun tak boleh hurm" Arian menepuk tangan sambil tersenyum. Dia mengigit pipi Aina Sofea. Nasib budak itu tidak mempunyai gigi lagi, kalau tak habis berbekas pipi gebu gadis itu.

"Rian apa ni? Taknak la mamam pipi mama. Habis basah pipi mama.." Aina Sofea mengelap air liur Arian yang melekat di pipinya.

"Ma..ma"

"Wahhh pandainya anak mama ni..sayang dia ni!" Pipi Arian pula yang menjadi mangsa kucupan Aina Sofea. Aina Sofea melabuhkan punggungnya di kerusi batu yang berada di tepi taman permainan. Dia melihat kanak-kanak yang berusia- 4-5 tahun bermain disitu. Seronok betul diorang tu main. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan yang mengambil tempat disebelah gadis itu. Aina Sofea memandang budak itu.

"Hai auntie!! My name is Kasih." Kasih tersenyum. Dia memegang tangan kecil Arian.

"Hai Kasih. Nama auntie Aina dan ni pulak anak auntie baby Arian" Kasih menghulurkan tangan lalu menyalami mereka berdua. Kasih menundukkan kepala lalu menanggalkan kaki palsunya. Sakit sungguh kaki dia bila memakai benda alah itu. Aina Sofea segera membulatkan mata.

"Kenapa tanggalkan kaki tu?"

"Cakit la auntie.."

"Ouh mari sini kaki kasih, biar auntie urutkan."

"Yeke auntie! Yay!" Kasih bersorak kegembiraan. Kasih meletakkan kakinya di peha Aina Sofea. Perlahan -lahan gadis itu mengurut kaki Kasih.

"Mana Mama dengan papa Kasih ?" Soal Aina Sofea sambil tangannya mengurut kaki Kasih.

"Mama dan papa ada dengan Allah sekarang ni. Tak lama lagi mama dan paoa jemput Kasih la pulak. Diorang suruh Kasih tinggal dengan uncle dulu." Tangan Aina Sofea berhenti dari mengurut. Dia memandang Kasih dengan perasaan simpati. Matanya mula berair. Gadis itu terfikir, Arina cuma tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa manakala Kasih langsung tidak pernah rasai perkara itu. Satu persatu mutiara jatuh menyembah bumi. Selepas dia melahirkan Arian, perangainya mula berubah. Seperti..hatinya cepat tersentuh.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang