Sudah dekat dua minggu Tengku Rayyan tidak menegur sapa Aina Sofea. Sehingga gadis itu merasakan seolah-olah dirinya telah melakukan kesilapan yang amat besar. Masakkan gadis itu langsung tidak disentuh oleh Tengku Rayyan.
Mereka pun sudah tidur berasingan. Aina Sofea tidur di bilik bawah manakala Tengku Rayyan diatas seperti diawal perkahwinan mereka.
Setiap malam gadis itu akan bangun 2, 3 pagi menangis mengadap sliding door. Dia pun sudah tidak seperti dulu. Badannya sungguh lemah. Akhirnya Aina Sofea sudah mengambil keputusan untuk membuat penghitungan dengan Tengku Rayyan.
Aina Sofea mengetuk pintu bilik kerja Tengku Rayyan. Saat ini perasaannya sudah berkecamuk. Dengan berhati-hati dia memulas tombol pintu lalu menolaknya. Tengku Rayyan melihat Aina Sofea dengan sekali pandang sahaja.
Aina Sofea berjalan menghampiri lelaki itu. Dia memegang bahu Tengku Rayyan. Tapi malangnya lelaki itu menepis dengan kasar. Aina Sofea menghela nafas yang berat.
"Abang sampai bila kita nak macam ni? Takkan pasal hal kecik tu pun kita nak gaduh?" Tengku Rayyan bangun lalu mencerlungkan menatap gadis itu. Sungguh dia rindu dengan manusia dihadapannya sekarang. Dia ingin sahaja memeluk gadis itu dan menciumnya dengan bertalu-talu, tapi egonya menghalang.
"Aku tak ada mood." Kata Tengku Rayyan dengan nada mendatar.
Aina Sofea mencapai tangan kasar Tengku Rayyan. Lelaki itu memalingkan wajahnya. Dia tidak mahu terpujuk dengan air mata gadis itu.
"Abang..abang tak kesian kat saya ke? Abang dah tak sayang saya ke?"
"Ye aku dah tak sayangkan kau!" Tangan Tengku Rayyan dilepaskan dengan perlahan. Dia tidak menyangka dengan perubahan sikap dari Tengku Rayyan.
Hanya satu isu, Tengku Rayyan dingin dengannya. Hanya satu isu Tengku Rayyan sudah benci dengannya. Hanya satu isu sahaja musnah hidupnya. Kini tahulah dia akan jawapan suaminya itu. Maksudnya Tengku Rayyan tak akan menerima anak ini.
Bila Tengku Rayyan melihat empangan air mata Aina Sofea pecah. Dia terus rasa bersalah. Kejamkah dia?. Matanya menghantar kepergian Aina Sofea dari bilik ini. Pintu dihempas dengan kuat.
Tengku Rayyan terduduk di kerusi. Dia memicit kepalanya. 'Abang sayangkan sayang. Maafkan abang sayang,"
Tengku Rayyan menuruni tangga . Langkah kakinya dibawa menuju ke dapur. Sedang dia meneguk air sejuk, matanya tertacap di pintu bilik isterinya.
Tergerak hatinya untuk ke bilik itu. Pintu dikuak,dengan perlahan-lahan Tengku Rayyan mengatur langkah masuk kedalam bilik gadis itu.
Dia duduk di birai katil sambil menikmati wajah gadis itu. Mata gadis itu kelihatan sembab. Dia melirikan jari telunjuk dari mata hingga ke mulut Aina Sofea. Wajahnya didekatkan dengan Aina Sofea. Belum sempat dia melabuhkan ciumannya, dia terdengar bait-bait igauan isterinya.
"Abang..Fea rindukan abang. Kenapa abang perlu seksa Fea macam ni?. Abang dah bencikan Fea. Abang dah tak sayangkan Fea." Air mata Aina Sofea sudah mengalir membasahi pipi.
Tengku Rayyan rasa menyesal apa yang dia katakan kepada gadis itu. Dia tidak mampu menahan perasaannya. Ego tingginya dibuang ke tepi. Tengku Rayyan memeluk Aina Sofea dengan erat.
************
Pergerakkan Aina Sofea terkunci. Aina Sofea menundukkan kepalanya untuk mengetahui benda apa yang menghalang pergerakkannya itu. Kepala dipaling ke belakang. Aina Sofea terkedu apabila mengetahui Tengku Rayyan sedang memeluk dirinya.Keluhan berat dilepaskan melalui nafas Aina Sofea. Dengan perlahan-lahan dia cuba mengalihkan tangan sasa milik Tengku Rayyan agar tidak menggangu lenanya.
Setelah Aina Sofea menunaikan kewajiban setiap umat di muka bumi ini. Dia melipat telekung lalu memasukkan ke dalam almari. Aina Sofea menapakkan kaki ke birai katil. Dia menyentuh lengan lelaki itu dengan perasaan takut-takut.
Tengku Rayyan terpisat-pisat bangun dari tidur. Dia mengosok matanya agar penglihatannya tidak kabur akibat taik mata. Aina Sofea berdiri tegak disisi katil.
Gadis itu mengaru kepala yang tidak gatal. Aina Sofea tergoda melihat badan Tengku Rayyan yang tak berbaju. Daripada dia terus duduk sini, lebih baik Aina Sofea cabut. Takut dia tak mampu menahan dirinya yang menrindui dengan sentuhan lelaki itu.
"Bangun solat. Saya nak buat sarapan dulu" Aina Sofea menghilangkan diri dengan pantas. Tengku Rayyan mengambil jam di atas meja.'6:41 dah ni...haih ngantuknya.'
Tengku Rayyan bangun dari katil dengan perasaan yang malas. Mahu sahaja dia cuti hari ini tapi malangnya hari ini dia ada meeting penting yang perlu dia hadiri. Sebelum dia masuk ke dalam bilik air, mata lelaki itu dapat menangkap beg pakaian yang berwarna hitam di hadapan almari.
Dengan perlahan-lahan, Tengku Rayyan mengaturkan langkah menuju ke beg tersebut. Zip ditarik ke arah kanan. Maka terbuka la beg itu. Di dalamnya ada pakaian dan barang-barang milik Aina Sofea. Satu gambaran ditunjukkan di dalam minda lelaki itu. Mungkin isterinya itu mahu meninggalkan dia. Tak!! Dia takkan biarkan perkara ini berlaku.
Pakaian yang berada didalam beg tersebut dikeluarkan dan diletakkan ke dalam almari. Semua barang-barang gadis itu diletakkan semula diatas meja solek. Dia mengelap dahinya yang dibasahi peluh. Selesai sudah kerja lelaki itu. Tengku Rayyan tersiul riang dan melesapkan diri ke dalam bilik air.
Aina Sofea duduk di meja makan sambil menunggu Tengku Rayyan. Lama sungguh lelaki itu mengambil masa untuk mandi. Kalau macam ni lebih baik dia makan dahulu. Belum sempat tangannya memegang nasi,tiba-tiba ada satu ciuman melayang ke pipi gadis itu. Perbuatannya terhenti.
Tengku Rayyan mempamerkan senyuman manis buat si isteri. Dia menarik kerusi di sebelah Aina Sofea. Gadis itu berdiri lalu mencedokkan nasi ke dalam pingan Tengku Rayyan.
"Thank you sayang" Pelik, itulah apa yang Aina Sofea rasa sekarang. Gadis itu tidak menjawab malah dia hanya menundukkan kepala sahaja.
Tengku Rayyan meletakkan kotnya diatas kerusi dan briefcase diletakkan disebelah tempat duduknya. Hanya bunyi berdeting saja yang menguasai suasana yang sepi ini.
Tengku Rayyan terkilan dengan sikap Aina Sofea. Tapi semua ini bukan salah gadis itu tetapi salah dirinya sendiri. Tengku Rayyan meneruskan suapan ke mulutnya.
Tengku Rayyan berdiri dihadapan isterinya sambil menghulurkan tangan. Aina Sofea menyambut tangan itu dengan baik. Dia mengucup dengan lembut. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Ab..ermm..awak, saya nak minta izin. Nak pergi jumpa Lia" Baru saja lelaki itu ingin tersenyum bila dengar Aina Sofea hampir sahaja panggilnya abang'. Tapi sekarang sudah terbantut senyuman itu.
"Boleh tapi dengan satu syarat." Aina Sofea menjulingkan mata keatas.
"Apa syaratnya?"
"Maafkan abang....abang tahu abang salah. Abang terlalu mengikut perasaan. Abang tak tahu kenapa abang marah sangat bila sayang kata macam tu? Walhal perkara tu takkan terjadi pun" Aina Sofea terkedu.'akan terjadi abang..akan terjadi'
Tengku Rayyan memeluk tubuh Aina Sofea dengan erat. Dia mebenamkan wajahnya di leher milik gadis itu. Dengan perlahan-lahan Aina Sofea turut membalas pelukan tersebut.
"I LOVE YOU SAYANG..AND YOU TO MY HANDSOME OR BEUTY BABY" Tengku Rayyan pantas mencium bibir Aina Sofea. Tangannya diletakkan di perut isterinya.
Senyuman manis yang dipamerkan oleh lelaki itu, telah menyakitkan hati Aina Sofea. Tengku Rayyan menaiki keretanya lalu membawa pergi dari kawasan itu. Hanya asap yang berkepul-kepul ditinggalkan di belakang.
'Abang.. Fea sakit..sakit sangat bila tengok abang tersenyum. Sebab bila abang tersenyum kepada fea, fea rasa abang meletakkan satu harapan yang tinggi untuk baby kita. Abang ingat yang baby kita ni normal padahal.....maafkan fea'. Aina Sofea terjelupuk jatuh di hadapan pintu. Dia menangis semahu-mahunya disitu.
😭😭😭 Jangan lupa voteNkomen.
Broken💔 fon pecah. Nak type pun macam nampak, tak nampak je😭

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...