BAB 39

15.2K 555 43
                                        

Seperti yang dijanjikan, Tengku Rayyan mengambil Aina Sofea dari rumah ibubapanya. Tempoh berpantang Aina Sofea sudah tamat. Tengku Rayyan tahu yang Puan Fatma dan Amelia sudah mula membenci dirinya. Dan tadi dia telah diberikan nasihat oleh Encik Kamil. Nasihat yang diberkan oleh bapa metuanya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aina Sofea mengendong Arian yang sedang tidur lena di pangkuannya. Bibirnya mula mengorak senyuman. Dia pun sudah tidak peduli dengan Tengku Rayyan. Biarlah lelaki itu mahu buat apa pun. Janji jangan ganggu Arian sudah.

"Jom turun!" Tiba-tiba Aina Sofea ternampak Eryana berlari mendapatkan Tengku Rayyan. Gadis itu mengucup lembut tangan Tengku Rayyan. Perlahan-lahan Aina Sofea mendekati mereka. Eryana memandang aku sambil tersenyum.

"Eh Aina jemput la masuk" Aina Sofea melangkahkan kaki memasuki rumah agam ini. Teringat pulak kenangan manis diantara gadis itu dengan Tengku Rayyan. Kemanisan dulu akan kembali, kalau Tengku Rayyan menyayangi anak mereka, Arian Haziq.

Mak Cik Laila mendekati gadis gempal itu dengan membawa anak Eryana.

"Anak papa.." Tengku Rayyan mengambil Rayyan dari Mak Cik Laila. Dikucup berkali-kali pipi bayi itu, sampaikan dia tergelak.

Kesedihan bertamu dalam jiwa Aina Sofea. Dia agak terkilan kerna Tengku Rayyan mengutamakan Rayyan berbanding Arian. Kesian sungguh Arian, baru sahaja lahir di dunia ini, sudah dibenci oleh bapa kandung sendiri.

"Tuan, Puan makanan dah siap." Tengku Rayyan menepuk lembut punggung Rayyan. Dia melihat wajah isterinya yang tampak sugul. Badan Aina Sofea mula susut dan perkara itu sungguh tidak disukai Tengku Rayyan. Dia lebih suka kalau gadis itu kekal dengan berat badannya sebelum ini.

"Eryana jum kita makan" Ajak Tengku Rayyan.

Badan Aina Sofea berasa sangat letih dan rasanya seolah-olah tiada selera untuk makan. Dia mengaturkan langkah menuju ke halaman belakang.

Tengku Rayyan melihat Aina Sofea dengan tajam. Memanglah lelaki itu tidak mengajak Aina Sofea. Itu tak beerti yang dia tidak mahu makan bersama gadis itu.

"Kau nak pergi mana?!"

"Taman."

"Makan dulu!!"

Tengku Rayyan meninggalkan Aina Sofea dengan keadaan yang terpinga-pinga. Tanpa membuang masa dia membontoti Tengku Rayyan.

Suara Eryana sahaja yang berbunyi di meja makan. Makcik Laila mencendokkan nasi ke dalam pingan masing-masing. Mata Tengku Rayyan hanya tertumpu kepada Aina Sofea.

"Makcik Laila, saya nak nasi sikit je" Kata-kata Aina Sofea mengundangkan kegusaran di hati Tengku Rayyan. Sakitkah gadis itu?. Ataupun dia masih berpantang. Bermacam-macam soalan yang ada di akal fikiran lelaki itu.

Baru satu suapan, Aina Sofea sudah kenyang. Dia bangun dari kerusi dan membasuh tangannya. Seperti yang dia rancangkan tadi, Aina Sofea pun berlalu pergi menuju ke taman halaman belakang. Tengku Rayyan pun sudah tiada selera untuk makan.

*******
Aina Sofea meletakkan Arian di hujung katil. Dia mahu melihat Arian merangkak kearahnya. Harap Arian dapat melakukan walaupun tanpa satu kaki. Rayyan pun sudah mula merangkak.

Aina Sofea menepuk tangan  agar menarik perhatian Arian terhadapnya. Arian tersenyum sambil merangkak menuju kearah Aina Sofea. Tapi tidak tahu mana silapnya, dia terjatuh. Baru sahja Aina Sofea ingin bangun, Arian sudah bangun dari kejatuhannya tadi. Gadis itu mengukirkan senyuman puas. Akhirnya sampai jugak dia kapada mamanya.

Tengku Rayyan keluar dari bilik air. Mata lelaki itu tertumpu kaearah dua beranak itu. Kalau ikutkan hatinya, dia mahu sahaja meletakkan Arian di bilik pembantu. Budak cacat ini hanya membuatkan dia sakit mata sahaja. Malangnya dia sudah diberi amaran oleh Tengku Hisyam, kalau dia buat perkara seperti itu, semua harta yang ada padanya sekarang akan dirampas.

Sakit sungguh telinganya mendengar gelak tawa Aina Sofea dan budak cacat itu. Dengan segera Tengku Rayyan memakai baju dan keluar dari bilik. Tak sanggup dia berlama di sini. Bagi lelaki itu  Arian sudah pun menghancurkan hidupnya. Aina Sofea sudah tidak melayan lelaki itu seperti dulu, begitu jugak keluarganya. Kalau diberi peluang dia mahu sahaja membunuh Arian.

Aina Sofea membawa Arian turun ke bawah. Diletakkan Arian bersama Rayyan yang sedang bermain patung Ultraman.  Mata Tengku Rayyan melihat komputer sambil tangannya menuliskan sesuatu di dalam fail. Pasti itu fail syarikat. Eryana pulak bermain telefon. Tiada orang pun yang pantaukan budak dua orang ini. Aina Sofea sudah menghilangkan diri ke dapur.

Arian cuba untuk bermain bersama Rayyan. Dia mengambil satu patung ultrama yang berada di sisi Rayyan. Tapi dengan pantas Rayyan mencapai patung itu  lalu mengetuk kepala Arian dengan patung tersebut. Eryana yang ternampak perkara tersebut hanya tersenyum sinis.

Arian menahan air matanya dari jatuh. Budak itu malas untuk panjangkan cerita, jadi dia pun merangkak menghampiri Tengku Rayyan. Dia memegang kaki seluar Tengku Rayyan dan menariknya. Tengku Rayyan mula rasa terganggu. Dia menolak Arian mengunakan kaki.

"Pa..pa" Tengku Rayyan tersentak. Kenapa dia tiba-tiba rasa terharu?. Matanya mula berair. Tapi kerana ego dia tahan air mata itu. Tengku Rayyan mengeraskan hati dan meneruskan kerjanya.

Arian mula rasa tidak puas hati dengan layan Tengku Rayyan. Dia memegang meja untuk menbantu dirinya berdiri. Dengan tidak sengaja Arian tertepis air kopi yang berada dihadapan Tengku Rayyan . Air kopi itu tertumpah diatas komputer tersebut. Tengku Rayyan segera membulatkan mata.

Skrin yang bercahaya sudah menjadi gelap. Tengku Rayyan mencerlungkan mata melihat Arian. Dengan perasaan benci, dia menolak Arian jatuh. Aina Sofea yang baru sahaja datang ke ruang tamu turut terkejut melihat tindakan Tengku Rayyan.

Aina Sofea berlari mendapatkan Arian yang terbaring sambil menangis di lantai. Gadis itu tercengang bila melihat darah di kepala Arian. Matanya melihat Tengku Rayyan. Tengamak sungguh lelaki itu melukakan darah dagingnya sendiri. Dimanakah hati dan perasaan Tengku Rayyan.

"Abang kenapa abng tolak Arian macam ni? Tengok dah berdarah dah kepala dia"

"Biar la!! Nak berdarah ke?, nak mati ke? Aku kesah apa!!! Kau tahu tak fail ni penting bagi aku!" Jerkah Tengku Rayyan.

"Rayyan! Awak kena sedar! Yang awak sakiti ni anak awak sendiri, darah daging awak!" Aina Sofea sudah tidak boleh tahan dengan kegilaan yang dicipta oleh Tengku Rayyan ini. Hati ibunya sungguh sakit.

"Sebab budak ni kau nak tinggikan suara kau kat aku! Budak ni memang pembawa sial arr!"

Pang

"Cukup! Jangan hina Arian. Dia cuma budak. Bukan dia nak dirinya jadi macam tu. Bukan saya nak dan bukan awak nak jugak . Saya tahu. Tapi ini qada dan qadar. Awak nak ke? Tak nak ke?. Awak tetap kena terima."

Tengku Rayyan mendengus kasar. Matanya menghantar permergian Aina Sofea yang telah hilang disebalik pintu.

Jangan lupa voteNkomen😭

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang