Tengku Rayyan menyandarkan badan di kereta mewahnya. Cermin mata hitam dibetulkan. Jam rolex di tangan dia lihat. Lagi 2 minit tadika ini akan membebaskan kanak-kanak disitu.
Tepat sahaja 11:50 terlihat kanak-kanak berpusu-pusu keluar dari kelas. Dia memanjangkan leher untuk mencari kelibat seseorang. Namun tiada disitu. Dia menunggu lagi sehingga tiada kanak-kanak keluar dari tadika.
Dia mendekati cikgu tadika yang berada di pintu pagar. Cermin mata hitam ditariknya lalu diletakkan di koler baju. Cikgu perempuan itu seakan terpaku melihat Tengku Rayyan.
" Cikgu.. Mawar" sebut Tengku Rayyan apabila dia melihat tag nama yang berada di tudung bawalnya.
" Ya saya," Cikgu Mawar mengangkat kening. Senyuman manis dia ukirkan
" Saya nak cari Arian Haziq. Dia ada tak?" Soal Tengku Rayyan sambil matanya meliar di sekeliling itu.
" Encik adalah.." Cikgu Mawar sengaja meleretkan pertanyaannya buat mengetahui siapa jejaka ini.
" Saya.. Papa dia. Tapi saya harap cikgu tak beritahu dia lagi saya ini ayah kandung dia. Sebab kami dah lama sangat tak jumpa" Tengku Rayyan memberi segaris senyuman.
Takkanlah dia mahu menceritakan tentang dia buang Arian. Kasihan anak itu, mungkin akan jadi bualan cikgu-cikgu disini. Saat dia mengakui dirinya itu adalah ayah kepada Arian. Ada sedikit kebahagiaan menyentuh hatinya. Hatinya tenang.
" Ouh saya faham. Encik tunggu kejap ye. Saya panggilkan Arian. Dia memang kalau waktu balik je dia akan jadi orang paling last keluar dari sini. Sebab kalau dia keluar macam budak-budak tadi, dia akan terluka akibat jatuh. Sebelum ini banyak kali hal tu terjadi" Cikgu Mawar membawa diri masuk ke dalam.
Tengku Rayyan termenung. Dia memikirkan macam mana hidup anak itu selama 5 tahun ini. Tanpa seorang ayah. Dihina dan diejek. Dipandang rendah oleh masyarakat.
" Uncle!!" Jerit Arian dengan kegembiraan.
Arian meluru kearah Tengku Rayyan. Tengku Rayyan menyambut Arian lalu digendongnya. Cikgu Mawar tersenyum senang dengan aksi anak beranak itu. Harap-harap Arian tidak sedih lagi.
" Saya minta diri ye cikgu. Nak bawa Arian balik rumah cepat-cepat" Cikgu Mawar mengangguk perlahan.
Tengku Rayyan masih mendukung Arian dan membawanya menuju ke kereta. Arian mengaru kepala. Dia mulai jadi gelisah apabila tidak melihat bayang-bayang Aina Sofea disitu.
" Uncle, mana mama?" Tengku Rayyan hanya mengukirkan segaris senyuman.
Dia membuka pintu kereta penumpang lalu meletakkan Arian disitu. Tengku Rayyan memasang tali pinggang untuk Arian. Setelah itu , dia menutup pintu dan berlalu mengambil tempat pemandu.
" Uncle kenapa tak jawab lagi?. Arian tanya ni" Arian mendesak.
'Haih..kenapalah tak menyabar betul anak aku ni?. Ikut perangai siapa ni?' Soalnya di hati.
" Mama minta tolong uncle untuk jagakan Arian hari ini. Mama busy harini." Terpaksa dia menipu. Tak mungkin Aina Sofea akan benarkan dia membawa Arian. Kerana apa yang terjadi 5 tahun yang lepas telah memberi impak yang cukup dalam dihati gadis itu.
Arian mengerutkan dahi.
Tengku Rayyan menekan pedal minyak dan berlalu pergi dari kawasan tadika Arian. Arian menjadi tidak senang duduk. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Hatinya seolah memberi tanda yang dia membuat perkara yang salah.
Tengku Rayyan yang menyedari hal itu hanya memandang sekilas. Tak selesakah Arian bersama, berduaan dengannya seperti ini. Ataupun Arian merasa takut akan dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...