Aina Sofea memeluk lutut. Dia menangis teresak-esak. Waktu ini amat menakutkan baginya. Baru dia tahu Tengku Rayyan sudah mengambil nyawa yang begitu banyak. Persoalannya ialah kenapa lelaki itu perlu lakukan kerja seperti ini?. Ya, dia akui yang dia tahu Tengku Rayyan adalah seorang mafia. Tapi dia tak tahu yang lelaki itu begitu kejam sebegini.
Ketakutan mula menjalar diri Aina Sofea. Mungkin Tengku Rayyan bawa dia kesini untuk membunuh dirinya?. Aina Sofea menekup muka lalu menghamburkan tangisan.
Tengku Rayyan membuka kunci pintu besi dengan hati yang tak tenang. Bagaimana nasib isterinya di dalam bilik itu?. Macam mana kalau Aina Sofea menjumpai badan-badan musuhnya?.
Apa yang Tengku Rayyan takutkan sudah menjadi kenyataan. Apabila dia tiba di hadapan Aina Sofea. Tengku Rayyan sudah melihat cebisan-cebisan badan musuhnya sudah bertaburan di lantai. Tengku Rayyan cuba mendekati isterinya yang sedang memeluk lutut sambil tertunduk ke bawah. Mesti gadis itu sudah ketakutan.
"Sofea.." Tengku Rayyan cuba memeluk istrinya itu.
"PERGI!! ARGHH TOLONG LA..AKU JANJI AKU TAKKAN KACAU KAU LAGI..PERGI ARGH"
Aina Sofea meronta-ronta agar dilepaskan. Tengku Rayyan memperketatkan lagi pelukannya. Dia tahu gadis itu mesti tengah trauma.
"Tak, sofea aku ada ni..kau jangan takut ye"
"Iskk kau dah bunuh orang isk..isk.. Kau siapa sebenarnya?! Kenapa kau kejam sangat. Aku takut..tolong lepaskan aa...aku takut"
Drama airmata itu disaksikan oleh mereka berempat. Tengku Rayyan tak habis-habis memujuk isterinya yang tidak berhenti dari menangis. Dia memeluk bahu Aina Sofea lalu mengiringi ke bilik tingkat atas.
Selepas Aina Sofea kembali tenang. Gadis itu pun terus melelapkan mata. Tengku Rayyan masih memeluk Aina Sofea yang sedang asyik tidur.
Dia mengelus pipi tembam si isteri. Tengku Rayyan meneliti wajah mulus Aina Sofea. Perlahan-lahan bibirnya jatuh di dahi gadis itu.
"Maafkan aku..memang aku jahat. Memang aku dah bunuh banyak orang. Tapi semua yang aku buat ada sebab Aina. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam taknak kehilangan kau sekarang?. Jantung aku bagaikan terhenti bila tengok kau nangis. Sakit,sakit hati aku ni bila tengok kau nangis disebabkan aku. Walau apapun terjadi, please stay with me my love" Tengku Rayyan sekali lagi melabuhkan bibirnya di dahi Aina Sofea.
***********
Mereka berempat berkumpul di meja. Aiman melihat Syazwan, Syazwan pula melihat Akif, Akif melihat Hazami, dan pandangan Hazami tertacap melihat Aiman kembali. Banyak persoalan yanhg sedang menari-nari di fikiran.
"Sapa pompuan tu?"
"Mana la aku tau!"
"Aku rasa girl bos la" Ujar Hazami sambil memperbetulkan P250 pistol yang baru dia beli dari Jerman. Ini pun baru sahaja balik dari sana. Tiba-tiba terhambur gelak ketawa dari Aiman, Syazwan dan Akif. Hazami melihat mereka dengan pandangan yang pelik.
"Kau..kau biar betul girl bos. Kau ingat bos tak ada taste ke?"
Bang
Hampir sahaja peluru terkena kepala Syazwan. Mata mereka tertumpu kearah Tengku Rayyan yang memegang pistol HS2000. Mengigil badan Aiman dibuatnya. Muka Tengku Rayyan amat mengerunkan bila dia tengah marah.
"Shit! Tersasar la. Takpa biar aku cuba lagi"
"Maafkan kami bos. Kami tak tahu perempuan..emm girl bos"
"Dia bukan sekadar girl aku tapi isteri aku!!!." Mereka berempat terkedu. Nampaknya sekarang ini ketua mereka benar-benar marah.
Tengku Rayyan mencekak kolar baju Syazwan. Hazami tak mampu berbuat apa-apa waktu ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomansaAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...