BAB 50

24.6K 703 42
                                        

"Mama?"

Mereka serentak mengalihkan pandangan. Aina Sofea perlahan-lahan menjatuhkan tangannya dari kolar baju Tengku Rayyan.

Dia menangis teresak-esak dan terus meluru mendapatkan Arian. Aina Sofea menarik Arian ke dalam pelukan. Dia mencium kepala, pipi dan tangan kecil Arian berkali-kali.

Tengku Rayyan melepaskan nafas yang cukup berat. Dia mengambil tempat duduk. Baru sahaja dia ingin menyiapkan makan petang buat Arian, isterinya masuk kedalam tanpa tahu apa yang berlaku.

Dia melihat mereka sekali lagi.

'Macam tu sekali sayang takut tinggalkan abang dengan Arian.' getus hatinya.

Aina Sofea bangun dari melutut dan menarik tangan Arian untuk pergi. Namun Arian masih membatukan diri disitu. Aina Sofea cuba menarik dengan kasar . Melihat wajah Arian berubah dia menjadi tidak tega.

"Jum Balik Arian." Keras nada Aina Sofea.

Kalau boleh dia tidak mahu berlama disini. Tidak mahu satu pun kenangan masuk kedalam fikiran. Seluruh sudut di rumah ini penuh dengan memori.

" Ma..Lengan uncke sakit. Berlubang." Arian menunjukkan kearah bahu Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan menegakkan kedudukan. Dia menutup bahu kanannya dengan segera.

Aina Sofea mengangkat kepala. Dia memandang Tengku Rayyan. Satu keluhan dilepas. Dia berjalan menuju Tengku Rayyan. Tangan Tengku Rayyan yang menutup luka, dia tarik.

Ada sedikit sisa darah yang terlekat dia baju. Baru sahaja dia memegang butang baju Tengku Rayyan, dia seakan teringat sesuatu.

" Arian...kat tingkat atas ada mainan. Banyak, Arian naik atas dulu. Nanti nak balik mama panggil."

Tak tunggu lama, Arian memecut lari ke tingkat atas. Itulah Arian pantang sebutkan mainan, dia terus menghilang tanpa jejak.

Satu persatu butang baju Tengku Rayyan dibuka. Dia tahu kini Tengku Rayyan memerhatikan dirinya namun dia berbuat tidak ada apa-apa terjadi.

Baju kemeja diletakkan dinelakang kerusi. Satu kerusi ditarik dekat dengan Tengku Rayyan. Aina Sofea berjalan ke dapur.

Dia membuka laci dan mengambil first aid disitu.

Tengku Rayyan hanya memerhati pergerakkan Aina Sofea tanpa sebarang kata.

Aina Sofea membuka balutan yang ada di bahu lelaki itu. Dia mengambil kapas dan diletakkan sedikit dettol. Dia mengelap sisa darah. Dilihat dari luka Tengku Rayyan pasti luka itu baru berusia seminggu.

"Bila kena ni?" Soal Aina Sofea.

Tengku Rayyan diam. Matanya masih menatap Aina Sofea.

"Tengku!" Tengku Rayyan tersentak.

"Ap..apa? " Aina Sofea mengelengkan kepala perlahan.

Aina Sofea kembali fokus ke bahu Tengku Rayyan. Baik diam. Dia bukan jenis seorang yang suka mengulang soalan. Letih!.

Tengku Rayyan mengigit bibir. Tangannya diangkat ia bertindak untuk mengelus pipi Aina Sofea. Namun ditepis dengan kasar.

"Jangan sesuka hati je nak sentuh saya. Kita bukan mahram." Katanya.

Tengku Rayyan tergelak kecil.

"Siapa kata?"

Aina Sofea diam.

"Abang tak lafaz cerai dan abang tak ada pasang niat atau fikir nak ceraikan sayang"

"Boleh awak jangan panggil saya macam tu. Saya benci. Rasa nak muntah.." Tengku Rayyan terkesima.

Dia mendekatkan badan kearah Aina Sofea, lengan Aina Sofea ditarik hingga diri gadis itu betul-betul dekat dengannya.

" Jangan melampaui batas Fea. Jijik sangat ke panggilan abang dekat sayang tu?!" Nada yang dilontarkan agak keras.

Aina Sofea menaikkan bebola matanya. Dia menarik senyuman sinis. Aina Sofea mencuba menarik lengannya namun tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki.

" Lepas!.." Aina Sofea memberikan pandangan tajam.

Tengku Rayyan membuat tidak kisah dan mendekati mukanya dekat dengan muka Aina Sofea. Bibir gadis itu dipandang lama.

Aina Sofea yang paham akan situasi itu segera menarik wajah ke belakang. Dia menegakkan tubuh badannya. Tidak mampu dia untuk melawan lelaki sekuat Tengku Rayyan

" Abang nak sayang dan Arian pindah sini." Tegas Tengku Rayyan .

Tak ada angin tak ada ribut, tetiba saja lelaki itu mengajak mereka berdua tinggal disitu.

Aina Sofea menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Sudah 5 tahun mereka tidak duduk sekali. Dan untuk bersama kembali adalah satu mimpi ngeri buatnya.

" Saya taknak. Tolonglah faham." Aina Sofea mengambil begnya diatas meja dan berjalan menaiki tangga. Tengku Rayyan melirikkan mata kearah gadis itu.

Apabila dia melihat Aina Sofea bersama Arian menuruni tangga, dia terus menghalangi jalan mereka berdua. Dua orang lelaki berbadan besar turut berbuat perkara yang sama. Aina Sofea terduduk. Wajah diraup.

Lelah, letih akan semua ini. Bersusah payah dia cuba membuang Tengku Rayyan dari hidupnya, dan kini lelaki itu semakin mahu mendekatinya.

" Abang takkan lepaskan Fea samaada untuk kali ini ataupun untuk selama-selamanya."

Tengku Rayyan mengeraskan kedudukan. Dia perlu menjadi sebegini. Dia perlu menjadi orang yang keras kepala. Baru senang Aina Sofea mahu mendengarkan kata-katanya.

"Mama..kenapa mama kena dengar cakap uncle ni?" Soal Arian.

" No uncle sayang .. Papa.."

Aina Sofea tergamam begitu juga Arian.

" Rayyan... Tolong" Aina Sofea bangun dari duduk dan memeluk tangan lelaki itu. Memohon agar lelaki itu tidak mendedahkan dirinya.

" Papa.. ma.. ini betul ke papa Arian?" Soal Arian.

Aina Sofea memejam mata. Kenyataan yang selama ini dia sembunyikan perlu dibongkarkan. Sampai bila dia mahu berahsia dari Arian.

Arian berlari memeluk Tengku Rayyan.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang