Kereta Lykan Hypersport laju membelah jalan. Muka Tengku Rayyan begitu tegang. Segala yang berlaku tadi memang amat menyakitkan hati. Bukannya dia tak nampak apa yang Wafiy nak buat kat Aina Sofea. Dah la lelaki itu ingin memegang tangan isterinya. Nasib Aina Sofea menepis kalau tak?! Siap dia! Tengku Rayyan kerjakan.
Eryana sudah dihantar balik dengan cepat. Ada sesuatu yang perlu dijelaskan oleh Aina Sofea kepada Tengku Rayyan. Lelaki itu mahu mendengarkan sasuatu dari mulut Aina Sofea sendiri perkara itu. Dua perkara yang perlu diselesaikan hari ini.
"Aku nak kau berterus-terang. Sapa jantan tadi" Aina Sofea tahu yang suaminya itu membutuhkan penjelasan darinya.
"Dia kawan saya."
"Kawan je? Bukan lelaki simpanan" Mata Aina Sofea membulat. Terkejut bila mendengar tuduhan yang keluar dari mulut Tengku Rayyan.
"Apa yang abang cakap ni?! Kenapa abang tuduh fea yang bukan-bukan" Bentak Aina Sofea. Tengku Rayyan menberhentikan kereta di tepi jalan. Dia meletakkan tangannya diatas bahu Aina Sofea lalu mencengkam dengan kuat.
Aina Sofea menronta-ronta agar dilepaskan. Tetapi lelaki itu buat tidak tahu. Makin kuat Aina Sofea lawan, makin kuatlah cengkaman Tengku Rayyan.
Aina Sofea seolah-olah tudak mengenali suaaminya lagi. Air mata tidak henti-henti dari mengalir. Dengan kudrat yang dia ada sekarang dia menepis kuat tangan Tengku Rayyan.
"Abang dah gila ke!!!" Aina Sofea mengelap kasar air tak guna yang turun dari pipinya.
"Aku ke kau yang gila ha!!! Kenapa kau tak bagitahu yang budak dalam perut kau ni cacat!!" Aina Sofea tersentak. Dari mana lelaki ini tahu pasal kandungannya itu.
"Kau dengar cakap aku, bila babi ni dah lahir, aku nak kau letak kat rumah anak yatim FAHAM!!"
"Kenapa abang panggil dia macam tu? Abang sedar tak, apa yang abang cakap tu!! Ni anak kita abang.." Sudah banyak air yang melimpah di mata Aina Sofea. Aina Sofea begitu kecewa dengan sikap suaminya sekarang. Sanggup di gelarkan anak mereka dengan haiwan yang tak sepatutnya.
" Hey ni bukan anak aku la pompuan! Anak kau,kau sorang."
"Abang apa salah baby ni sampaikan abang nak hukum dia macam tu? Bukan dia nak jadi macam ni?" Tengku Rayyan meraup rambut dengan kasar. Apa-apapun yang terjadi,dia tetap tidak mahu anak itu.
"Ok kau boleh simpan budak tak guna ni!! Tapi jangan ingat lepas ni aku akan ambil berat tentang kau FAHAM!!" Tengku Rayyan meneruskan permanduan seperti biasa.
****
"Maafkan mama sayang, maafkan mama..." Aku memeluk lutut sambil menangisi pergaduhan yang terjadi antara aku dan Tengku Rayyan.
Lelaki yang amat aku cintai. Lelaki yang amat aku sayangi.
Lelaki..aku tak mampu untuk meneruskan kata-kata.Terkilan rasanya bila seorang ayah mengelarkan anaknya seorang binatang. Anak aku tak salah dalam hal ini. Bukan dia nak jadi macam ni. Belum lahir dah kena hina. Dah lahir..mesti kena pukul pula.
Sepanjang pergaduhan kami, Eryana sentiasa dilayan dengan baik. Tengku Rayyan amat mengambil berat tentang anak yang bakal lahir dari rahim perempuan itu. Kadang-kadang aku bertanya pada diri sendiri, siapakah aku dalam hidupnya?
Adakah sebuah alat permainan? Ataupun hanya anak patung?."Arghhh Ray i dah tak tahan!! I dah nak bersalin." Jeritan Eryana mengamit telinga aku. Dari celah-celah pintu aku ternampak Tengku Rayyan mencempung Eryana lalu membawak keluar.
Tiba-tiba perut aku alami kesakitan yang tak pernah aku rasakan. Terkejut aku bila merasakan basah di celah kelangkang. Air ketuban dah pecah.
"Abang!!!abang! Ya Allah sakitnya.." Aku terduduk di lantai. Perit, sakit, aku mengesot menuju kearah katil. Aku mencapai telefon lalu mendail nombor seseorang. Panggilan diangkat.
"Tolong saya dah nak terberanak ni!!" Telefon terjatuh. Panggilan menjadi kelam.
****
Tengku Rayyan duduk dihadapan bilik pembedahan. Dia rasa kegusaran di waktu ini. Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising. Dari jauh dia melihat Tengku Raykal berlari ke dalam bilik pembedahan yang bersebelahan dengan Eryana. Jarak bilik itu agak jauh, jadi dia tidak nampak siapa yang diatas katil tadi.
Tengku Raykal memicit kepalanya. Nasib dia cepat datang ke rumah Tengku Rayyan kalau tak? Mungkin kakak iparnya itu tak dapat diselamatkan. Kepala dipaling ke belakang apabila merasa ada sesuatu yang menyentuh bahunya. Tanpa menunggu lama penumbuk sulung Tengku Raykal diberilan kepada lelaki tersebut.
"Kau dah kenapa?" Tengku Raykal mencekak kolar baju Tengku Rayyan.
"Kau tanya aku dah kenapa?! Kau tu yang kenapa?! Tinggalkan isteri seorang diri kat rumah semata-mata nak hantar perempuan jalang tu ke hospital"
"Don't you dare.."
"Apa?! Isteri kau dah nak bersalin kat dalam tu, kau boleh sibuk tentang orang lain? Suami jenis apa kau ni?" Tengku Rayyan terkedu. Rupanya yang tadi tu isterinya. Tapi dia tetap tak mahu ambil peduli.
"Biarla kat dia"
"Kau?!.." Kata-kata Tengku Raykal terhenti bila seorang dokyor sedang berdiri dihadapan mereka.
"Siapa suami Puan Aina Sofea?" Tengku Raykal memandang Tengku Rayyan dengan harapan lelaki itu akan mengangkat tangan. Tetapi tidak, lelaki itu hanya palingkan muka kearah lain.
"Saya!" Tengku Rayyan melihat Tengku Raykal dengan pandangan maut.
"Encik boleh masuk bagi sokongan kepada isteri encik" Tanpa memandang Tengku Rayyan, Tengku Raykal masuk kedalam bilik pembedah.
Tengku Rayyan menumbuk dinding. Dia marah bila sepupunya mengantikan tempatnya untuk merasa kesakitan yang Aina Sofea alami. Tergiang-ngiang di kepalanya tentang janji yang dibuat antara Aina Sofea dan Tengku Rayyan.
"Abang janji abang akan ada disamping sayang sewaktu sayang lahirkan anak abang di muka bumi ini".
Tengku Rayyan meninggalkan ruangan itu perasaan yang sakit di hati.
****
Alhamdullilah demgan izin Allah, lahir lah seorang putera yang bernama Tengku Arian Haziq. Kehadiran Arian telah memberi senangat baru dalam hidup Aina Sofea. Tidak henti-henti dia mengucap syukur kepada Allah kerana menghadiahkan Arian kepadanya walupun Arian tidak mempunyai kaki kirinya.
Tengku Raykal tersenyum sambil mengazankan Arian yang berda di dakapan lelaki itu. Seandainya Tengku Raykal itu ialah Tengku Rayyan pasti hidupnya sudah lengkap. Pasti sekarang ini Tengku Rayyan tengah mengazakan Rayyan Putera anak kepada Eryana.
Aina Sofea tidak dapat menahan sebak di dada. Dia menghamburkan tangisan di dalam pelukan Amelia. Amelia cuba menenangkan kakaknya supaya lebih semangat. Dia menahan air mata dari gugur jatuh menyembah bumi. Aina Sofea amat memerlukannya sekarang. Tengku Raykal memandang Amelia dan Amelia memandang Tengku Raykal. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Mereka semua terkedu bila melihat Tengku Rayyan melangkah masuk ke bilik ini. Amelia cuba bangun dari katil dengan niat mahu menyerang Tengku Rayyan, tapi niatnya itu tidak kesampaian bila Aina Sofea memegang erat tangan Amelia.
"Buat masa ni kau berpantang la rumah abah, lepas habis pantang aku ambil kau. Lagipun bukan tak ada orang yang akan menaburkan simpati kat anak cacat kau tu." Kata-kata Tengku Rayyan bagaikan pisau yang tajam. Aina Sofea memandang adik iparnya yang sedang mengendong Arian. Muka Tengku Raykal menjadi merah. Sebelum Tengku Rayyan melangkah keluar dari bilik Aina Sofea, Tengku Raykal sempat menahannya.
"Kau tak nak tengok anak cacat kau ke? Cuba kau tengok dan lepastu kau bagitahu aku muka dia ikut sapa? Aina ataupun kau! " Bayi yang berada didalam gendongannya diacahkan mahu memberikan kepada Tengku Rayyan.
"Dia bukan anak aku FAHAM!!!"
Tengku Rayyan menghempas pintu. Bunyi tangisan Arian mula bergema mengisi ruang bilik. Tengku Raykal menepuk punggung Arian supaya baby itu bawa bertenang.
Jangan lupa voteNkomen😭

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...