"Korang buat apa tu?!" Sergah Aina Sofea. Mereka berdua hampir saja melucutkan pakaian masing-masing. Ada ke patut dua orang manusia dihadapan mahu beradu asmara di taman Tengku Rayyan ni. Haih la pergi la check in hotel ke apa?. Aina Sofea menepuk dahinya.
Lelaki misteri itu mencerlungkan matanya kepada Aina Sofea. Gadis yang bersama lelaki misteri itu turut melakukan perkara yang sama. Mungki mereka berdua marah akan gadis gempal itu kerana menganggu projek mereka berdua.
Aina Sofea tersenyum sambil mengaru kepala yamg tidak gatal. Dengan perlahan-lahan dia mengundurkan langkahnya ke belakang lalu membuka langkah seribu. Lelaki itu cuba mengejar Aina Sofea. Nasib menyebelahi Aina Sofea. Dia mengunci pintu bilik taman lalu bergegas ke ruang tamu.
Lelaki misteri itu mengetuk pintu dengan kuat. Aina Sofea mula merasa gusar di dadanya. Bilalah suaminya itu akan pulang.
"Eh darah? Darah sapa ni? Ouh darah aku rupanya. Hah!!darah aku?!" Baru Aina Sofea perasan yang betisnya sudah penuh dengan darah. Mungkin sewaktu gadis itu lari, dia terkena dengan dawai yanh berdekatan dengan taman. Tadi dia tak perasan, jadi kesakitan itu kurang la. Tapi bila dia dah sedar kakinya itu berdarah, kesakitan itu mula dia rasai. Banyak darah yang berada di lantai rumah.
Aina Sofea menarik kaki seluarnya keatas. Nasib tidak besar mana lukanya itu. Aina Sofea berjalan menuju ke dapur. Dia melabuhkan punggung diatas lantai dapur lalu mengangkat kaki kanannya. Kaki kiri yang cedera, dia lunjurkan ke depan. Kepalanya diletakkan di lutut kaki kanan yang ditinggikan tadi.
Pon
Pon
Tengku Rayyan membuka pintu. Dia meninggalkan Eryana seorang diri di dalam kereta. Dengupan jantungnya seakan terhenti apabila melihat darah yang berada di ruang tamu. Dengan perasaan yang risau dia mengikuti darah tersebut. Air masin mula bertakung di anak mata.
Aina Sofea mengangkatkan kepalanya. Gadis itu tidak tahu untuk buat apa lagi. Dia seakan tidak berdaya. Cuma saat ini dia berharap Tengku Rayyan cepat berada disini.
"Sa..sayang!" Matanya bertembung dengan mata Tengku Rayyan.
Tengku Rayyan memeluk isterinya dengan erat. Di bibir lelaki itu tidak henti-henti meminta maaf. Aina Sofea bersyukur kerana heronya sudah sampai.
"Ark.. Abang sakit la!"
"Abang tahu la yang sayang tu sakit. Tapi luka ni kena bersihkan jugak. Kalau tak nanti kuman sayang.." Tengku Rayyan kembali menyapu iodin di betis isterinya. Aina Sofea mencengkam sofa dengan kuat.
"Macam mana sayang boleh luka macam ni?"
"HAH!" Terkejut Tengku Rayyan bila terdengar jeritan kuat Aina Sofea. Sampaikan botol iodin sudah tercampak jauh.
"Ab..abang ada orang nak buat ehem-ehem kat taman abang" Ngadu gadis itu.
Tengku Rayyan tergelak. Dia tidak percaya akan cerita si isteri. Aina Sofea mempamerkan wajah tidak puas hati. Dia bangun lalu menarik suaminya itu.
"Sayang..kaki sayang tu kan tengah sakit."
Aina Sofea buat tidak tahu je dengan nasihat Tengku Rayyan. Dia membuka kunci.
Pang
Apa la malang sangat gadis gempal itu hari ini. Awalnya kaki dia cedera selepas itu dia menerima tamparan pulak. Lelaki misteri itu tidak nampak Tengku Rayyan kerana Tengku Rayyan terlindung dengan pintu.
Tengku Rayyan terkedu. Dia memegang bahu isterinya lalu mengusap lembut pipi yang ditampar tadi. Tengku Rayyan mengambil tempat Aina Sofea.
Dia mengeluarkan pistol yang berada di dalam jaketnya lalu diacukan tepat dengan kepala lelaki itu. Gadis misteri yang ada dibelakang teman lelakinya terlopong. Lelaki misteri itu angkat tangan di langit.

YOU ARE READING
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...