BAB 13

15.2K 548 4
                                        

MMBO MX4D Cinema. Aku pernah dengar pasal tempat ni dari Amelia. Dia kata wayang ni dilengkapi dengan teknologi MX4D yang bisa bergerak dan membawa aku ke alam seperti dipaparkan dalam filem yang ditonton entah betul atau tak?. Tapi tiket dia murah gila jadi tak berbaloi harga yang diberi. Sebab MBO ni adalah panggung wayang pertama yang menawarkan sistem tontonan 4 dimensi MX4D ini

Jadi sebab harga tiket tu murah aku belanja la Tengku kesayangan aku ni. Ouh lupa pulak harga tiket ni hanya 20 ringgit seorang unbelievable..

Aku berjalan seiringan dengan 'teman lelaki' aku. Ceh dia pun tak terima lagi. Takpa maybe tak lama lagi ke? Mana la kita tahu kan. Ehh jap tu bukan Amelia ke?. Tak guna punya adik.

"Woi raykal!!" Aduh Amelia ni memang suka rosakkan rancangan aku. Aku membesarkan mataku memandangnya. Mereka berdua berjalan kearah kami. Amelia meneguk air liur basi dengan kasar. 'Mampos aku' desis kata hati Amelia.

"Hai bro..haih bukan kau ada keje penting ke nak buat arini. Ahaha ha macam mana date kau"

"Ahaha kau ni kalau sehari tak kenakan aku tak sah kan. So kau pun apa kurangnya. Masuk jarum nampak" Biarla diorang ni nak sembang apa. Yang penting sekarang Amelia. Aku menarik Amelia jauh dari dua orang sahabat tu. Aku memeluk tubuhku.

"Amelia...kau ni nak rosakkan plan akak ke?. Aku baru nak cipta kenangan dengan dia. Huh"

"Ala semalam wak2 aku bagi cadangan kat kau. Kau tak kata nak g sini pon."

"Saja aku taknak gitau kau sebab aku tahu nanti kau nak ikut."

"Huh amau kawan dengan akak"

Aku menjeling Amelia yang sudah memuncungkan bibirnya.

"Hoi wayang dah nak start ni. Cik adik berdua taknak masuk ke?" Tengku Raykal sudah memanggil kami berdua. Yang Tengku Rayyan stay dengan telefon yang langsung tidak boleh berpisah denganny. Sebal sungguh hari ni. Baru je nak cipta kenangan. Aku pegang Amelia dan kami berjalan menuju ke panggung.

*********

Boss!ada orang nak balas dendam dekat boss.- hazami

Siapa orang tu? And macam mana korang tahu- Tengku Rayyan

Kami belum pasti. Yang kami pasti dia ada hubungan rapat dengan Dato karim- hazami

Kau mesti tahu apa yang aku akan suruh kau buat- Tengku Rayyan

Siasat- hazami

Ye,aku nak maklumat dengan cepat faham- Tengku Rayyan

Bos orang tu dah bunuh orang kita,Bob.maaf tak beritahu bos lebih awal- hazami.

Tengku Rayyan yang tadinya asyik menonton terus menjadi tidak tenang. Dia melihat wajah Aina Sofea. 'Ahh aku kena balik jugak' getus hati Tengku Rayyan. Tengku Rayyan bingkas bangun lalu meninggalkan mereka bertiga. Aina Sofea merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang Tengku Rayyan lantas dia membontotinya.

"Tengku!!"

"I have to go now."

"Nak pergi mana?"

"Kau tak perlu tahu" Begitu sakit kepalanya sekarang.

"Ok takpa la kalau camtu.tapi kalau Tengku ada masalah share la dengan saya... Maybe saya boleh.."

"Kau memang tak paham ke buat-buat tak paham ha perempuan!!aku nak blah sekarang." Tengku Rayyan meninggalkan Aina Sofea sendirian.

***********
Sakit,sebal,benci mula menyinggah di hati. Aku melihat Amelia dengan air mata yang bertakung. Amelia memeluk tubuh aku dengan erat. Tengku Raykal mendekati kami berdua.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang