BAB 30

17.3K 520 13
                                        

Aku menatang dulang air lalu meletakkan di meja kecil dihadapan Tengku Rayyan dan Eryana. Gadis itu tak henti-henti menangis lagi. Aku pun tak tahu sebab gadis itu menangis.

Selepas berkurung di bilik baru aku sedar aku tak patut layan tetamu aku macam itu. Walaupun dia tu BEKAS KEKASIH si Tengku tu. Aku tetap tak boleh buat dia macam tu.

Badan sasa lelaki itu dipeluk erat oleh Eryana. Hati aku begitu sakit melihat tingkahnya itu. Bagaikan mahu pecah dada aku ni. Isteri mana yang sanggup tengok suaminya dipeluk oleh wanita lain. Aku masih berdiri dihadapan mereka.

"Eryana, kenapa dengan u ni? Kenapa u menangis macam ni?"

"Suami i curang. I baru je balik kerja lepastu i nampak dia dengan sorang perempuan duduk diatas satu katil" Eryana mengambil tisu lalu mengelap sisa air matanya.

Suami kau curang dengan kau,lepastu kau nak rampas suami orang pulak. Aku hempuk kepala dengan dulang ni baru tau. Kesian?!kesian la jugak tapi bila mengenangkan kalimat yang dia tuturkan kepada suami aku. Hilang terus perasaan tu.

"Ni siapa?" Ha dia dah tanya dah. Aku nak jugak tahu samaada Tengku Rayyan nak mengaku atau tak yang aku ni isterinya.

"Dia isteri i" Yay bestnya. Dia mengaku aku isteri dia.

"Ap..apa yang u cakap ni. U saja nak tipu i kan. I tahu i salah tapi tolongla jangan buat macam ni kat i"

Eryana mencekak kolar baju Tengku Rayyan. Tengku Rayyan bangun lalu memeluk bahu aku. Aku menundukkan kepala. Kenapa aku rasa serba salah erk?.

"I tak tipu u. Dan apa yang u buat tadi salah. U tak patut peluk i. Walaupun u tak tahu yang i ni dah berumah tangga, atleast please sedar yang u ni wanita bertudung. Antara kita ada batasnya" Suaranya yang dilontar agak meninggi. Aku rasa terkejut, ingatkan dia suka bila kena peluk free.

Tengku Rayyan menghentak kaki naik ke bilik kami. Mata aku terpaku akan gadis lemah dihadapan aku ini. Tangannya ku pegang dengan kemas.

"Awak kena banyak bersabar. Setiap manusia ada pasangan masing-masing. Allah dah ciptakan kita hidup berpasang-pasangan. Jodoh itu milik Allah dan jodoh saya dengan Rayyan. Saya harap awak faham la. Jadoh awak mungkin akan sampai tak lama lagi. Saya tahu yang suami awak berlaku curang di belakang awak. Tapi setiap manusia boleh berubah. Saya doakan suami awak berubah dan kembali kepada awak."

"Terima kasih.."

"Aina"

" Terima kasih Aina. Saya minta maaf. Saya terlalu mengikut perasaan. Tapi saya nak minta izin awak untuk tinggal kat sini dalam beberapa minggu boleh."

"Buat masa ni awak tinggal la sini. Esok awak tanya la Rayyan tentang awak nak tinggal kat sini tu."

Aku membuka pintu dengan perlahan-lahan. Badan aku sudah pun berada di dalam bilik. Mata ku liarkan untuk melihat sekelililing. Tiada langsung kelibat Tengku Rayyan disini. Kemanalah lelaki itu menghilang. Tudung yang tersarung di kepala ku buka, lalu melemparkan kedalam bakul baju.

Aku menepuk dan menyapu-nyapu cadar katil agar selesa bila aku baring nanti. Belum sempat aku nak landingkan badan besar aku ni kat katil. Tiba-tiba badanku ditarik kebelakang.

Deruan nafasnya menampar lembut telinga aku. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

"I want you "

****************
Sudah seminggu mereka berada disini. Percutian mereka ke korea telah Tengku Rayyan tangguhkan gara-gara tidak mahu Eryana keseorangan.

Tipulah kalau kata Aina Sofea tidak terkilan. Pada tiga hari pertama disini,semuanya indah-indah belaka dan dia merasakan kegembiraan yang sedang menhujani harinya. Tapi bila datangnya Eryana semuanya berubah.

Gemuk VS Mafia (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang