"Tahniah Puan Aina. You are pregnant." Aina Sofea terkedu. Betulkah apa yang dia dengar sekarang ni.
"Be..betul ke?"
"Ye..usia kandungan puan baru masuk 2 minggu. Dan disebabkan kandungan puan ini masih baharu. Saya harap puan lebih berhati-hatilah lepas ni. Saya nasihatkan puan jangan buat kerja-kerja berat" Panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Doktor Syarifah. Tapi satu pun tak masuk dalam kepala otak Aina Sofea.
Diluar klinik Idaman, Aina Sofea memegang perutnya. Dia tersenyum senang. Mesti Tengku Rayyan seronok kalau tahu tentang hal ini.
Aina Sofea mengangkat tangan untuk menahan teksi. Sebuah teksi bermeter betul-betul berhenti dihadapan gadis itu. Seorang lelaki tua yang memakai cap menoleh ke belakang selepas Aina Sofea duduk di dalam kereta.
"Cik nak pergi mana?"
"Saya nak ke syarikat Tengku's Holding. Pakcik tahu tak?"
"Ouh syarikat terkenal tu ke? Pakcik tahu sangat syarikat tu. Cik kerja kat sana ke?" Soal Pakcik teksi itu sambil membawa kereta. Aku tersenyum.
"Tak, saya tak kerja kat sana. Suami saya yang kerja kat sana"
Pakcik teksi itu menganggukkan kepala lalu menumpukan pandangannya kearah lebuhraya. Aina Sofea tersenyum sambil memegang perut. 'Thanks sayang sebab hadir dalam hidup mama dan papa. Mama akan sentiasa dengan kamu. I love you my baby boo'.
"Cik..dah sampai" Teguran pakcik teksi itu menghentikan lamunan gadis itu.
Sekarang dia kembali berdiri di hadapan bangunan megah ini. Bukan berstatus sebagai cleaner. Tapi sebagai isteri sah Tengku Rayyan. Selepas Tengku Rayyan memberitahu kepada keluarga tentang Aina Sofea. Dia terus menbongkarkan rahsia yang kami simpan selama ini. Memang satu bangunan ni terkejut beruk la.
Aina Sofea menaiki lif yang berada di sebelah tangga. Dia memeluk diri sendiri sambil menyanyi di dalam hati.
Dari jauh dia melihat suaminya itu tengah membincangkan sesuatu dengan P.A baharunya iaitu Fahmi. Raihana? Raihana baru sahaja meletakkan jawatan dan berpindah ke Pulau Pinang bersama ibunya. Selepas peletakkan jawatan Raihana, Aina Sofea memberi amaran kepada suaminya supaya ambil P.A LELAKI!! Kalau Tengku Rayyan mengambil P.A perempuan, Tengku Rayyan akan tidur luar selama seminggu. Dengan terpaksa, dia pun menurut kata isterinya itu.
"Abang.." Tengku Rayyan kaget.
"Sayang buat apa kat sini?"
"Saya nak curi masa abang sikit. Fahmi, awak tak kisah kan"
Fahmi keluar dari bilik Tengku Rayyan dengan senyuman di bibir. Aina Sofea meletakkan kedua-dua tangannya di tengkuk Tengku Rayyan. Lelaki itu mula tersenyum. Mereka betentang mata.
" Sampai bila sayang nak tengok mata abang?" Soal Tengku Rayyan. Aina menyimpulkan senyuman.
"Ada apa-apa yang special ke harini?"Soal Tengku Rayyan.
"Teka la.."
"Harini bukan anniversery kita pun kann" Soalnya sambil mengerutkan dahi. Aina Sofea tergelak kecil lalu mengelengkan kepala. Dia mengambil tangan kasar milik Tengku Rayyan lalu meletakkan di perutnya. Mata lelaki itu segera membulat. Ada sedikit air yang bertakung.
"Sayang tak tipu kan" Aina Sofea mengelengkan kepala sekali lagi.
"Terima kasih sayang..i love you so much" Tengku Rayyan memeluk isterinya dengan erat sekali. Bahagia sungguh hatinya ini. Dia melepaskan pelukan lalu keluar dari bilik pejabat.
"PERHATIAN!" Semua mata tertumpu kearah Tengku Rayyan. Tengku Raykal yang baru berbincang sesuatu denga pekerjanya turut memandang Tengku Rayyan. Tengku Rayyan yang sedang mengigit penutup pen itu mengerutkan dahi.
"AKU DAH NAK JADI PAPA! YAY-YAY!" Semua orang disitu mempamerkan senyuman. Aina Sofea sudah membuat muka masam. Suaminya itu tak tahu ke yang dia sekarang tengah malu.
"Wah...tahniah. Untung la kau, umur dah masuk 24 tahun lepastu dah nak jadi bapa orang dah. Aku ni bila la nak dapat anak."
"Ala..apa susah,kau kahwin jela dengan adik ipar aku tu."
"Yang tu on the way"
*******************
"Betul ke kak? Wahh Lia dah nak anak menakan la."
"..."
"Ouh ok"
"..."
"Pukul berapa kau sampai?"
"..."
"Aku tunggu, Assalamualaikum."
Amelia tersenyum senang. Encik Kamil yang baru balik dari kebun terus mengarukan kepalanya. Lelaki tua itu mendekati anaknya yang berada di ruang tamu.
"Kenapa Lia senyum sorang-sorang ni? Seram pulak abah duduk dengan Lia."
"Abah..Akak dah mengandung!" Kata Amelia dengan nada menjerit.
"Ouh akak kamu dah mengandung..HAH!! DIA MENGANDUNG" Encik Kamil melompat keriangan.
Puan Fatma yang memegang senduk datang menhampiri Encik Kamil. Dia mengetuk pelahan bahu suaminya dengan senduk itu. Encik Kamil memandang isterinya lalu memeluk si isteri.
"Ab..abang ni dah kenapa terlompat-lompat macam monyet. Yang Lia pun, kenapa terjerit-jerit? Kamu tu perempuan haih"
"Anak kita dah mengandung"
Puan Fatma terkedu. Akhirnya dia dapat menimbang cucu.
****************
Emm sedapnya buah mempelam ni. Best jugak la jadi orang mengandung ni. Apa yang dia nak, semua dapat. Sesekali mata aku tertumpu kearah suami aku yang sedang bersenam. Gym ni memang sunyi. Yela gym ni hanya boleh digunakan oleh Tengku Rayyan dengan Tengku Raykal je.
Dulu Tengku Rayyan sangat sibuk dengan perkerjaannya. Sampaikan dia terlupa akan hari jadi aku. Memang merajuk mak buntal ni. Tengku Rayyan bersenam ni pun sebab aku. Aku kata kat dia yang six pack dia dah tak begitu menonjol. Mula -mula dia tak kesah, tapi.. Disebabkan aku ugut dia dengan ugutan yang sama. Tengku Rayyan kata dia boleh bersenam balik tapi dengan syarat aku kena teman dia.Dah la bersenam tak pakai baju huh.Sengaja dia nak goda aku.
Tengku Rayyan berhenti angkat berat. Dia duduk dihadapan aku. Aku mencapai satu kain untuk mengelap mukanya yang dibasahi peluh. Tengku Rayyan meletakkan kepalanya diatas riba aku. Dia tersenyum.
"Abang.." Tengku Rayyan mengambil tangan tembam aku lalu mengucupnya dan diletakkan diatas dada.
"Hmm"
"Jum balik rumah abah nak?!"
"HAH!! Sayang betul ke nak balik rumah abah?" Aku menganggukan kepala.
"Hurmm"
"Kenapa? Abang tak suka ke?" Tiba-tiba saja aku rasa sedih.
"Bukanla.."
"Habistu?"
"Emm abang takut itik belaan abah tu." Aku mengetukkan jari telunjukku di dagu.
"Donald ke bang?"
"A'ah..buatnya itik tu kejar abang macam haritu macam mana? Buat malu je. Muka hensem tapi takut itik huh" Tengku Rayyan mencebik.
Baru aku ingat peristiwa yang berlaku saat aku dengan Tengku nak pergi ke kampung aku. Waktu tu memang sedih. Bila aku turun je dari kereta si suami ni, ibu dengan abah terus lari peluk aku. Tiba-tiba kami terdengar bunyi bising macam suara itik. Aku segera merungkaikan pelukan lalu melihat Donald mengejar seseorang yang amat aku kenali. Tengku Rayyan la sapa lagi. Donald ni pun satu, abah dengan ibu aku lari peluk aku. Dia pun nak peluk jugak tapi dengan Tengku Rayyan la. Amelia sudah terkekek-kekek gelakkan Tengku Rayyan. Kesian suami aku ni.
"SAYANG" Terkejut aku bila Tengku Rayyan menjerit. Aku menjeling dengan tajam.
"Sayang ni kuat berangan la. Jeling-jeling, korek biji mata tu baru tau" Tengku Rayyan memuncungkan bibirnya. Aku mendekatkan wajah aku dengannya lalu
Cup
Terbeliak biji mata laki aku tu, bila aku cium dia. Akhirnya dia tersenyum sambil menyentuh bibirnya.
Jangan lupa voteNkomen guys💋

YOU ARE READING
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...