Amelia memanjangkan lehernya meneliti kawasan rumah Tengku Rayyan. Dia memegang dua beg plastik yang berisi makanan. Kalau tak dikenangkan kakaknya itu pasti dia tidak akan memegang beg seberat ini.
" Akak!!!ooo akak!"
Eryana keluar dari rumah bila terdengar jeritan dari pontianak. Dia melihat Amelia dari atas hingga bawah. Gaya pakaian gadis itu macam seorang lelaki.
"Ehh ni rumah Tengku Rayyan kann" Eryana yang mendengar itu terus mendapat idea. Dia mahu semua di kawasan penjiranan ini tahu yang dia itu isteri Tengku Rayyan, bukannya si gemuk itu.
"Ye, saya isteri dia. Ada apa ya cik"
Amelia segera membulatkan matanya. Takkan la Aina Sofea dah kurus kut. Tak mungkinlah. Muka perempuan ni tak sama macam muka kakaknya pun.
" Waalaikumussalam..kau memang tak reti bagi salam ke Amelia." Amelia tersenyum apabila melihat kakak kandungnya itu. Eryana terlopong.
"Kak, abang rayyan kawin lagi ke?"
"Hah?! Mana kau dengar cerita ni dik?" Aina Sofea berpura-pura terkejut. Sebenarnya dia telah mendengar pengakuan palsu dari Eryana tadi. Pada mulanya mahu saja dia mengambil cili lalu tonyoh di mulut puaka si Eryana itu, tapi bila mengenangkan maruah si suami terbatal terus niatnya.
"Emm..whatever lah, jum keluar.."
"Ok jum..eh jap..Eryana. Awak nak ikut kami tak?" Tanya Aina Sofea sambil tersenyum.
"Ermm pergi mana?"
"Pergi picnic kat tepi tasik"
"Ouh.." Lama Eryana berfikir. Akhirnya otak gadis itu mendapat satu rencana.
"Tak apa lah. I penat."
Tanpa berlengah lagi mereka pun beredar dari situ. Aina Sofea dapat membau niat jahat Eryana terhadap Tengku Rayyan. Sesekali matanya dikerling Amelia yang sedang memandu. Telefon diambil lalu dia mendail nombor seseorang.
"Assalamualaikum abang, saya nak minta izin ni"
"Izin?! Pergi mana?" Kata Tengku Rayyan sambil memeriksa fail pelanggan.
"Nak pergi picnic tepi tasik"
"Ouh ok la.."
"Abang nanti datang dengan Raykal tau"
"Ehh sayang nak ajak abang sekali ke?"
"Yela sebab kat rumah tu tak ada sesiapa kecuali Eryana..buatnya iman abang tu gugur bila tengok dia pakai baju seksi tu macam mana?"
"Tapi abang rasa, abang malas la" Tengku Rayyan menguji gadis itu.
"Abang tak datang, siap abang!!. Malam ni tidur luar"
"Eleh macam la dia nak bagi sangat kita tidur luar. Buatnya si Eryana tu tido luar sekali dengan abang macam mana?"
"Ish..bencilah dia ni!" Sakit pulak hatinya bila bercakap dengan Tengku Rayyan.
"Okok jangan la marah. Nanti abang pergi dengan raykal ye sayang,love you muahh"
Tengku Rayyan masih tidak tutup talian kerana mahu menunggu balasan dari isterinya."Love you too..muah" Dengan perasaan yang malu Aina Sofea terus memutuskan talian.
Di hujung sana, Tengku Rayyan mula tersenyum.Suka sungguh lelaki itu bila mengusik Aina Sofea. Pasti muka gadis itu sudah bertukar warna. Tiba-tiba dia terfikir tentang hubungan mereka. Tengku Isma dan Tengku Hisham masih tidak mengetahui yang anak terunanya itu sudah mendirikan rumah tangga. 'Aku kena jumpa mama dengan papa'

ANDA SEDANG MEMBACA
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...