BAB 24

17.5K 599 13
                                    


"Assalamualaikum" Laung seseorang di depan pintu rumah. Tengku Rayyan yang sedang bermain hp terasa sedikit terganggu. Terhenti tangan Aina Sofea dari memotong sayur. Dia membasuh tangan lalu mengelap di apron.

Aina Sofea mencapai tudung yang elok tersangkut di dinding pintu masuk. Takut jugak kalau yang datang itu lelaki. Suara yang memanggil itu seakan suara perempuan, tapi zaman sekarang mana boleh percaya sangat. Ada lelaki jadi perempuan, ada perempuan jadi lelaki.

Aina Sofea terkaku apabila melihat Raihana dihadapannya. Raihana memberikan senyuman sinis. Kawan baik ini saling menatap muka satu sama lain.

Tengku Rayyan meletakkan hp dengan kasar. Lama pulak Aina Sofea pergi. Dia bangun lalu menghampiri isterinya itu.

"Woi! Kau dah kena...hye babe" Suara yang ditinggikan tadi sudah mula mengendur apabila melihat si buah hati di depan mata.

"Hye baby. Sorry I datang tak bagitahu you."

"Its'ok la sayang. So kenapa you datang rumah I "

"I ingat nak masak something untuk you"

Asap sudah berkepul-kepul keluar dari telinga Aina Sofea. Boleh pulak dua orang manusia ini buat tidak tahu akan kewujudan dia di situ. Lagi menambah marak di hati bila si suami dan kawan baiknya itu menggunakan panggilan manja.

"Tak payah! Aku dah masak dah kat dalam. Korang just makan je"

"Sayang! You ada bau hangit tak?"

"Arghh ikan aku!!!!!"

Aina Sofea berlari menuju ke dapur. Aina Sofea kecewa bila melihat Ikan cencaru sudah hangus terbakar. Nasib satu menu je yang hancur. Ada lagi empat menu yang tinggal sekarang. Iaitu sayur campur, sambal tumis, ofc kena ada ulam sebab Tengku Rayyan suka makan dan yang terakhir ialah sup campur. Dalam sup campur itu terdapat macam-macam lauk, seperti ayam,udang,sotong, daging dan sebagainya.

Sebaik sahaja Aina menoleh ke belakang, dia sudah terpandang wajah bengang Tengku Rayyan.

"Sekarang kita nak makan apa?"

"Ada lagi lauk. "

"Huh kau ni memang cuai la" Jerkah Tengku Rayyan.

Aina Sofea menundukkan kepalanya. Raihana melihat Tengku Rayyan dengan tajam tanpa lelaki itu sedari. Sepanjang usia persahabatan dia dengan Aina Sofea. Tak pernah lagi dia menjerkah kawan baiknya itu. Memang dia selalu mengutuk Aina Sofea bila berhadapan dengan mana-mana lelaki. Kerana dia mahu menarik perhatian lelaki itu. Dia tak mahu menjejaskan nama baiknya semata-mata berkawan dengan Aina Sofea.

Tapi dia tetap sayangkan gadis gempal itu. Raihana telah banyak terhutang budi dengan Aina Sofea. Waktu dia sedih, sakit, gembira semua akan ada Aina Sofea. Senang cerita susah senang mereka tetap bersama. Tapi sekarang sudah hancur semuanya kerana iblis seperti Tengku Rayyan. Persahabatan mereka hancur sebab Iblis dihadapannya ini.

Kedatangan Raihana disini sekadar mahu bagi pengajaran buat Aina Sofea kerana merosakkan rancangannya. Raihana cuma mahu menyakitkan hati Aina Sofea.

"Babe, you nak masak apa"

"Hah?!ouh emm i think i nak masak ikan masak stim tapi i perlukan orang untuk potong bahan-bahan dia."

"Ok i tolong you" Tengku Rayyan melipatkan lengan bajunya keatas.

"Eh! No..no..emm its'ok. You tak payah la susah-susah. Maid you kan ada. Dia boleh tolong I"

"Tak boleh! Nanti hangus pulak masakkan you"

"Baby, kan I dah kata yang I nak dia potong bahan-bahan je. Yang masak I. Jangan risau ok" Raihana memeluk lengan sasa milik Tengku Rayyan.

"Ok, tapi hati-hati"

Gemuk VS Mafia (Complete)Where stories live. Discover now