5 TAHUN KRMUDIAN
Bebola mata si jejaka hanya menatap komputer yang bercahaya sahaja. Sesekali matanya dilirikkan melihat jam di dinding. Fail dari syarikat BRADENZA HR segera dicapai. Fail itu ditilik dengan begitu teliti. Tiba-tiba bunyi ketukan menyapa gegendang telinga.
"Masuk" Hanya dengan satu arahan, seorang wanita yang berpakaian menjolokkan mata masuk ke dalam bilik si jejaka.
"Honey..hari ni.." Wanita itu berhenti dari berbicara bila lelaki itu memontong kata-katanya.
"Honey? Siapa yang izinkan awak panggil saya macam tu?"
"Saya tak perlu untuk meminta izin sesiapa untuk panggil awak macam tu Tengku Rayyan" Pasti gadis ini belum kenal Tengku Rayyan dengan baik. Yang betina ini tahu hanya mengoda dirinya saja.
"Saya tak suka awak panggil saya macam tu." Tegas Tengku Rayyan.
"Awak tak boleh halang saya lah. Lagipun.." Betty mendekatkan diri dengan Tengku Rayyan. Dia menonjolkan dadanya yang besar di hadapan Tengku Rayyan. Siapa yang iman dia tak kuat, bertabah la ye kalau anda berhadapan dengan Betty.
Betty melabuhkan punggung besarnya diatas meja Tengku Rayyan. Rambut lebat lelaki itu segra diusap. Tengku Rayyan tersenyum sambil membuka laci. Betty melebarkan senyuman, dia sangkakan dia akan mendapat wang dari lelaki itu.
"Goda lah lagi. Seronok pulak aku tengok perempuan murahan macam kau ni. Haha kau nampak pistol ni. Body dia lawa kan. Aku baru tukar. Peluru pun masih penuh. Tapi nampaknya kena peluru dalam pistol ni akan kurang satu lah..kau nak tahu kenapa?!" Betty terkaku. Tengku Rayyan membelai pipi Betty denga pistol gold. Peluh sudah merecik di dahi wanita tersebut.
"Sebab aku nak tembak kepala kau" Tengku Rayyan tersenyum sinis. Betty segera bangun dari meja Tengku Rayyan.
"You are fired. ". Tengku Rayyan kembali menatap skrin komputer. Betty keluar dari bilik Tengku Rayyan denga hati yang sakit. Tapi apa yang boleh dia lakukan. Kalau dia tidak menurut akan perintah lelaki itu mungkin dia akan ditembak oleh Tengku Rayyan. Tak mahu la dia mati awal.
Tengku Rayyan menyandarkan badan sambil kepala didongak mengadap siling. Perlahan-lahan dia menutup mata. Kenangan dia bersama Aina Sofea mula beramin di fikiran. Sungguh Tengku Rayyan amat merindui gadis itu. Dia ingin benar mahu berjumpa dengan Aina Sofea. Dimanakah gadis itu sekarang?.
"Woi kau berangan apa ha?" Seorang gadis yang genit menyapa Tengku Rayyan dengan kasar. Gadis itu berjalan menghampiri Tengku Rayyan. Lelaki itu mengukirkan senyuman. Gadis inilah yang merawat lukanya dulu sewaktu dia datang ke London.
"Kau memang tak ada adab ke Eliz?! Main terjah je bilik aku ni!!" Elizabeth Aisyah. Gadis mix yang menjadi kegilaan ramai di syarikat ini. Kacukan Melayu dan England. Sungguh cantik perempuan dihadapannya ini.
"Ye la- yela, lepasni kalau nak masuk bilik kau ni aku ketuk dulu ye. Bukan sekadar ketuk je salam pun aku bagi ok."
"Ha bagus-bagus. Hmm kau ni tak ada kerja ke? Asyik nak melepak je kat bilik aku"
"Semua kerja aku, dah setel dah kat rumah. Bukan macam kau asyik tertangguh je" Tangan Elizabeth menarik pen dalam sebuah bakul. Dia mula melukis sesuatu di telapak tangan. 'R❤E'. Matanya dilirikkan memandang Tengku Rayyan. Sungguh segak bergaya lelaki dihadapannya kini. Sejak hari pertama dia mengenali lelaki itu, dia sudah terkena dengan panahan cinta Tengku Rayyan. Wajah yang kacak , badan yang sado, baik pulak tu. Dia sudah ada hasrat dihati untuk menjadikan Tengku Rayyan sebagai pemilik hatinya.
"Amboi tak sayang mulut nampak. Dah la baik kau balik ke pejabat kau sekarang. Sebab lepasni aku ada meeting dengan pemilik syarikat EZ. CO."
"Halau aku namapk!.Wei esok kau balik malaysia kan!! Aku nak ikut boleh"
"Tak nak la aku angkut budak terencat macam kau ni balik ke sana. Nanti tak pasal-pasal kau malukan aku kat airport" Elizabeth mencebikkan mulut bila Tengku Rayyan mengusik dirinya.
"Ok la bukan aku nak ikut kau pun. Aku sengaja test huh!!"
Tengku Rayyan hanya memandang Elizabeth keluar dari biliknya. Dia sudah berjanji dengan dirinya yang dia takkan memujuk wanita lain selain isterinya. Dia tidak mahu belaku curang terhadap Aina Sofea walaupun mereka tinggal berasingan disebabkan masalah yang berpunca dari budak tu. Setiap bulan Tengku Rayyan memberikan nafkah kepada isterinya dengan menggunakan bank.
****
"MAMA!!" Arian berlari mendapatkan Aina Sofea yang berteduh dibawah pokok. Aina Sofea tersenyum melihat Arian."Mama...Ian lapar la" Arian mencebikkan bibir. Aina Sofea mengusap lembut rambut Arian. Dia mencapai tangan kecil anak kecil itu. Sudah 5 tahun gadis ini membesarkan anaknya tanpa bantuan sesiapapun. Selama 5 tahun jugak la dia menanggung rindu akan keluarga yang jauh di nun sana. Yang amat dia rindukan adalah Tengku Rayyan. Bagaimana kehidupan lelaki itu bersama Eryana?. Mesti sekarang ini mereka tengah bahagia.
"MAMA!" Bentak Arian. Boleh pulak mamanya itu semapt berangan. Arian mencekak pinggang lalu membuatkan muka marah. Hampir meletus tawa Aina Sofea. Comel sungguh Arian bila dia buat macam tu.
"Sorry sayang. Jangan la marah mama. Mama takut la isk..isk" Arian mengelabah. Perwatakan Arian hampir serupa macam Tengku Rayyan.
"Mama...okok Ian tak marah mama la. Ian saja je. Sorry mama sebab buatkan mama nangis" Satu mutiara mengalir jatuh dari pipi Arian.
"Mama tak nangis la. Ian janganlah nangis ye. Apa kata kalau kita pergi makan aiskrim nak?"
"NAK!!"
" Ok jum"
Seronok Aina Sofea bila melihat pipi Arian yang sudah comot dengan aiskrim coklat. Sesekali Arian mempelawa wanita itu untuk makan bersama. Tetapi Aina Sofea menolak lembut ajakan anaknya. Biarla Arian sahaja yang makan.
"Mama, mana papa?!" Aina Sofea tersentak. Ini dah masuk beratus ataupun baribu kali Arian bertanyakan tentang bapa kandungnya. Setiap kali Arian bertanyakan soalan itu, Aina Sofea hanya mampu bercakap..
"Papa kerja." Ringkas sungguh jawapan Aina Sofea.
"Mama..betul ke papa benci Ian"
"Kenapa Ian cakap macam tu?"
"Ramai kawan-kawan ian kata yang ian tak ada papa sebab papa tak suka dengan ian. Kaki ian kan tak ada" Air mata yang mengalir di pipi Arian segera Aina Sofea mengelapnya.
"Ian..papa sayang ian. Cuma dia ada kerja sekarang. Ian sayang mama tak?" Arian menganggukkan kepala.
"Mama pun sayang Ian. Papa..mungkin sekarang ni dia tengah rindukan kita"
Arian memeluk erat tubuh genit Aina Sofea. Aina Sofea membalas pelukan Arian lalu meletakkan dagu diatas kepala Arian.
Pintu bilik dibuka dengan perlahan. Arian meletakkan beg sekolah di penjuru bilik. Aina Sofea sangkut tudung di paku dinding. Getah rambut diletakkan di meja kecil yang menyediakan barang-barangnya. Rambut disikat dengan rapi.
"Mama...esokkan cuti. Arian nak ikut mama pergi tempat kerja mama boleh" Arian menanggalkan kaki palsu yang ketat itu. Sakit sungguh kakinya kini. Kesakitan itu hanya terpendam di hati. Arian tidak mahu menyusahkan ibunya. Sudah cukup dia melihat usaha Aina Sofea apabila mahu membelikan kaki palsu ini. Kaki palsu ini sungguh mahal sehinggakan Aina Sofea terpaksa mengadaikan cincin perkahwinannya bersama Tengku Rayyan.
"Boleh tapi nanti Arian guna tongkat ye." Aina Sofea tahu yang kaki palsu yang dipakai oleh Arian sudah ketat sebab kaki itu dibelinya sewaktu Arian berumur 3 tahun. Mestilah sudah ketat bagi anak kecil itu. Arian mengganguk dengan senang hati. Antara tongkat dengan kaki palsu, dia mahukan tongkat lagi kerana tongkat tidak menyakitkan dirinya.
Arian mencapai kain tuala lalu masuk kedalam kamar mandi. Aina Sofea berjalan menghampiri tingkap bilik. Dia melihat bulan yang cerah pada langit. Angin lembut membelai pipinya. Sungguh dia menrindui seorang insan yang menjadi kegilaannya dulu. Seorang insan yang membuatkan dirinya melakukan apa sahaja untuk insan tersebut. "Abang..fea rindu sangat dengan abang. Arian pun sama." Kata-kata yang diucap hanya mampu didengari oleh semut sahaja. Andai angin ini menjadi posmen mesti gadis itu sudah mengirimkan salam rinduunya buat Tengku Rayyan. Tapi itu semua mustahil belaka.
Jangan lupa voteNkomen💋
YOU ARE READING
Gemuk VS Mafia (Complete)
RomanceAina Sofea seorang gadis yang berbadan gempal. Kemana sahaja Aina pergi pasti akan diejek,dihina,dan menjadi bahan tertawa semua orang. "apa salah aku sampai diorang pandang aku macam aku ni jijik sangat erk? aku x kacau pon hidup diorang" Tengku R...